Air Mata Taqwa

 "Sudah lama aku tidak menangis Ya Allah, jangan dibiarkan hatiku menjadi keras!"

Rintihanku di suatu hari menjelang Rabiul Awal, merupakan hari ke-500 program Gema Fajar berjalan lancar dengan pertolongan Allah SWT jua. Suamiku diuji cirit birit, melimpah najis dari pampersnya. Ibu sudah biasa dengan rutin itu, tapi pagi itu tiba-tiba hati terasa sayu! 

Anaknda Rahimi menjadi saksi perhatikan ketabahan ibu hadapi situasi itu. Beliau  tolong angkat ustaz memudahkan  ibu bersihkan dan ambilkan wudhu. Selesai ibu urus diri dan angkat takbir solat sunat Fajar terus berjurai air Mata berterima kasih kepada Allah  yang Maha mendengar bisikan hatiku serta telah permudahkan semua urusan ibu, dan bekalkan sabar yang indah.



Sebelum ini ibu selalu menangis sendiri kerana terlalu penat dan letih. Mungkin berpunca dari  kurang sabar. Rupanya itulah proses yang perlu dilalui untuk mendapat Sobrun Jamil . Alhamdulillah, terima kasih ya Allah hadiahi aku air Mata Taqwa. Semoga air Mata itu menjadi mutiara yang sentiasa menghiasai diriku hingga ke hujung nyawa.

Jazakumullahu Khairan seluruh warga GF, terutama kak Ngahku Hjh Nortipah sentiasa memberi kepercayaan agar ibu istiqomah . Uda dan Hairiah sentiasa 'back up' bila ibu mulai Down!

اعوذبالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Jadual Taddabur

GEMA FAJAR


Hari ke 501

Hari  Khamis

21/09/23

5 Rabiul Awal 1445

6.20 - 7.50

Pembuka program

Ukhtie Hjh Norhana Redzuan 

Pengerusi

Ustazah Ukhtie Hjh Zainab Hussin 


JUZ 22

Surah Fatir

Halaman 436


ayat 12-14

pembaca Ukhtiie Hjh Rubaniah Juri

Ukhtie hjh Sarifah Ahim


Surah Fatir

ayat  15-18

pembaca

Ukhtie  Hjh Watini Adam

Ukhtie Hjh Sofiah Nor


Penjelasan dan  taddabur

Ukh Hjh Norlida Md Top


pengulas:

Hjh Nor Hairiah Md Top


penutup program

Ukhtie hjh Ummi Kalthum Ibrahim 

Semoga kita semua beroleh ganjaran pahala  seperti melakukan kebaikan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ

Maksudnya: "Siapa yang solat al-Ghadah (solat Subuh) secara berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari, lalu bersolat dua rakaat adalah 

baginya  pahala haji dan umrah"

Hadis riwayat al-Tirmidzi (586)

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil