Surah Yassin & Maulidur Rasul

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Semalam sudah masuk juzuk 23 menyambung taddabur surah Yassin. Kali ini ibu rasa sangat terhibur membacakan pandangan-pandangan ulamak muktabar tentang kisah Habib An Najjar pemuda dari hujung kota berkorban nyawa berdakwah kepada kaumnya agar ikut nasihat 3 utusan dari Allah agar mentauhidkan-Nya dan jauhi kesyirikan. 

Malangnya kesombongan dan rasa diri sudah sempurna menyebabkan mereka tergamak membunuh pemuda itu agar kesyirikan yang mereka lakukan itu tidak dihambat dengan nasihat-nasihat yang mengajak agar selamat di dunia dan akhirat. Ikut pepatah Melayu, pulang paku buah keras. Pembunuhan itu telah mengundang kemurkaan Allah, Allah utus suara yang menyiksa pendengaran mereka hingga semuanya mati dan  tidak sempat bertaubat. Mereka tidak memanfaat kedua -dua telinga mereka untuk mendengar ayat-ayat Allah.

Ini yang menakutkan ibu hendak berdakwah dalam rumah sendiri. Takut ajakan ibu ditolak seolah-olah mereka mengundang azab Allah. Pernah ajak melalui cucu-cucu, namun bagi pihak orang tua mereka rasa tak perlu , tak sudi nak dengar. Orang putih habaq 'not welcome' buat apalah kita terhegeh-hegeh nak paksa kalau mereka tak berminat.

Musibah yang menimpa dua tahun berturut-turut itu sebenarnya ada kaitan dengan sikap 'tak sudi nak dengar ' mungkin rasa diri sudah sempurna. Sebenarnya ibu malas nak masuk campur sebab suami ibu juga semasa sihat, beliau sering ucap 'malas' jika ibu minta nasihat mereka perbetulkan yang tak betul. Lebih 40 tahun suami sabar hadapi situasi ini dengan banyak diam. Semoga Allah kurniakan ibu 'sobrun Jamil' seindah sabar yang Allah kurniakan kepada suami ibu. Apalah yang nak dirunsingkan, belum 10 tahun ibu hadapi situasi agak sulit hendak berdakwah kepada yang tak sudi.Serah mereka kepada Allah, biar Allah yang perbetulkan kerana Dia Maha tahu segala isi hati. 

Pihak tarbiyatul aulad hubungi ibu, cadangkan nak masukan nama2 cucu dalam senarai usrah. Ibu minta mereka hubungi sendiri ibu cucu2 berkenaan. Jika dia mahu, Alhamdulillah. Jika tak mahu, serahkan segala urusan pada Allah, biarlah Allah uruskan apa yang mereka mahu.

Jika diambil berat dengan yang tak sudi, ibu akan meletihkan diri sendiri dan tak boleh fokus kepada rutin harian dengan taddabur. Tidak rugi abaikan yang tak sudi. Lebih baik fokus sepenuhnya membuat persiapan taddabur di samping santuni suami 24 jam.@sepanjang masa.

Jiran depan rumah ibu, setelah anak kandung lelaki tunggalnya berkahwin, mereka sewa rumah lain untuk elak salah faham demi menjaga ukhuwwahfillah. 

Kawan ibu, sebelum anak lelaki bungsunya kahwin, disiapkan dapur baru untuk family anak bungsunya dan setelah berkahwin  guna dapur masing2, tak pening kepala ibunya, elak  salah faham dengan menantu.

Sebab itulah jangan paksa pasangam baru berkahwin masuk dalam keluarga besar dan desak mereka ikut peraturan keluarga itu. Ini kesilapan yang besar mengundang "stress". Biar mereka dengan suaminya, jangan dibeban memikirkan keluarga besar kerana dia sudah biasa, lebih 28 hidup sendiri dengan keluarga kecil. 

Inilah punca timbul salah faham dan suami ibu sering sebut "dulu nak sewa rumah depa tak bagi"... 

So ibu nak ucapkan terima kasih kerana masing2 sudah memahami betapa pentingnya berikan hak privacy kepada pasangan suami isteri bertaaruf antara satu sama lain. Banyak -banyaklah bersyukur kepada Allah yang sangat baik kerana hantar ada yang sudi  menyantuni ayah kalian. Terima kasih kerana sentiasa berbaik sangka untuk mensucikan hati sebagai bekalan kembali kepada Allah dengan Qalbun Salim.

Jika ikut 'merajuk' ibu memang dah lama nak bawa suami berhijrah. Namun memikirkan masa depan dakwah dan tarbiyah, ibu mohon Allah kurniakan Sobrun jamil. Ambil iktibar, terus fokus dakwah kepada yang sudi secara 'consistent ' semoga menjadi inspirasi kepada anak-anak muda, golongan asatizah khususnya meneruskan apabila kami telah transit di alam barzakh kelak.

Sempena 12 Rabiul Awal merupakan hari bersejarah , suburkan jiwa ingin agar rasa rindu kepada baginda.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil