Hadiah Ulang Tahun ke-79


 Alhamdulillah, puji-pujian dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan Maha Baik -Nya, Allah aturkan agenda terbaik untuk suami dengan harapan kesembuhannya dipermudahkan. 

Suami amat memahami ibu sangat rindukan kampung halaman tempat ibu dibesarkan. Sudah sampai masanya tangki emosi ibu perlu dipenuhkan kembali melalui jaulah atau travel merentasi negeri. Lebih 58 tahun hidup ibu diwarnai dengan travel, musafir dan melancong. , Allah izin kini sudah 2 tahun ibu tidak berpeluang keluar dari Perlis. Suami ibu faham ibu manusia biasa dan bukan robot, perlu diceriakan emosi agar sentiasa stabil.

Plan A untuk jaulah hujung tahun telahpun dibuat, hampir menjadi kenyataan kerana ada seorang sahabat RA menawarkan Toyota Noahnya untuk menghantar kami ke Tangkak. Anak ibu ketika itu masih bertugas di Mekah. Allah izin hati tidak selesa menyebabkan ibu tangguhkan dulu ke tahun depan sempena hadiah ulang tahun suami buat Kali ke 79 dan cadangan jaulah selepas suami selesai ambik darah di HTF Perlis pada 11 Januari. Semoga Allah kurniakan kesabaran untuk ibu bertahan dan istiqomah dalam ketaatan kepada suami.

Suami kata kita ubah ke Plan B. Ibu tunggu anak ibu balik dari Mekah dahulu. Alhamdulillah  thumma Alhamdulillah, perancangan Allah sentiasa indah, tidak sangka semalam hari kedua anak ibu bercuti, kami dikunjungi oleh Ustazah Salwana (bekas pelajar UM yang ibu kenali sejak anak dara lagi )dan suaminya Dr Md.Nor, Pakar Orthopedic di hospital swasta Kuantan, Pahang. Allah hantar mereka sebagai planner, pakar orthopedic yang sangat memahami punca penyakit fizikal suami, memerlukan fisiotetapi secara terancang ikut modul yang ada di seluruh rehabilitation center. Ibu bersyukur kunjungan mereka sangat  memberi harapan dalam proses kesembuhan suami. InshaAllah. Ibu abadikan tarikh plan B pada 23.12.23. Cantik tarikh ini, bertepatan dengan hari akhi kami warga Gema Fajar selesai taddabur surah Az Zariyat, mengupas tentang hakikat rezeki...

Hari bersejarah ini juga Allah izin ibu selesai taddabur surah Az Zariyat dalam Gema Fajar . Konsep ibadah yang perlukan penjelasan yang lebih mendalam.  Hazamin fadhli rabbi. 

Ibu mohon kerjasama team perubatan Haluan Malaysia rancangkan yang terbaik proses membawa suami ibu di Rehabilitation center Melaka atau Cheras atau di Putra Jaya. Ibu tidak mampu hendak fikirkan dan tidak mahu menyusahkan anak-anak. Ibu raikan dahulu pandangan anak-anak. Respon mereka ibu faham amat, mudah2an masing2 ada idea yang bernas tidak menghalang plan B ini. Ikut resmi suami, tak perlu habaq, diamkan, sebab beliau lebih arif dan faham karektor depa. Elakkan diri dari toxic people yang boleh menjadi penghalang plan yang dirancang menjadi kenyataan kerana.... Jangan kecik hati, biarkan mereka! Tanpa merekapun selama ini, kerja Islam diteruskan walaupun suami keseorangan...

Alhamdulillah hati ibu lebih cenderung dengan idea 'think tank" yang jelas fikrahnya. Ahli Haluan, Doktor Hazimi(menantu Dr Arif) yang pernah bertugas di Rehabilitation center Melaka menawarkan diri untuk permudahkan urusan. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pentingnya perancangan secara berjemaah.

Alaikum fi jamaah, keberkatan bersama jamaah. Ibu serahkan segala-galanya kepada Allah, semoga plan B ini menjadi kenyataan. Jika plan B tiada harapan, stand by dengan plan C. Suami ibu selalu berpesan, usahakan semaksimanya, natijah serahkan kepada Allah.InshaAllah, usaha mana yg boleh, jika memang sudah rezeki, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Hasnunallah wanikmal wakil...


Kenangan terindah, semoga berulang kembali. InshaAllah 













Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil