Takdir Allah Sentiasa Indah

 Alhamdulillahi Rabbil alamin. Puji-pujian sepenuhnya hanya milik Allah penguasa sekelian alam. Ya Allah, terima kasih Engkau pilihkan keputusan yang lebih daripada apa yang kuharapkan. Adalah lebih mulia kita hidup dalam perancangan Allah, bukan dalam perancangan kita sendiri. Allahu Akbar.

Rindu nak travel macam ninil

Inilah keajaiban yang ibu perhati setelah pegawai Perkeso memberi alternatif lain atas faktor umur dan sakit jantungnya tidak sesuai menjadi calon pusat rehab Perkeso Melaka . Ukhti Nasitah, pengetua Matri menemani ibu ketika pegawai Perkeso itu melihat keadaan suami. Pegawai itu permudahkan urusan ibu dan akan berbincang sendiri dengan anak-anak.

Indahnya penyusunan Allah ditakdirkan insan cemerlang bersama ibu. Cikgu Nasitah berikan saranan " Bagi terus no hp Dr Bahijah, lebih mudah sebab dia Doktor dan tahulah dia uruskan keperluan kesihatan ayahnya". Dari saranan indah pengetua cemerlang itu terdetik di hati ibu indahnya perancangan Allah. Subhanallah.

Rasa berguni-guni beban yang ibu tanggung bertukar menjadi terlalu ringan rasanya, lega hati ibu ada 'think tank' sebelah ibu. Memang tahap usia 60 tahun perlu dibebaskan memikirkan urusan yang sepatutnya anak muda lakukan. Menurut cikgu Nasitah "Duit RM 30K tu tak ada masalah, sahabat-sahabat boleh cari dan kumpul."

Saranannya lagi " Norli minta anak-anak jaga ayahnya dan pergilah bercuti" Urusan ini belum dapat ibu laksanakan walaupun hati melonjak-lonjak hendak bercuti dan musafir macam dulu. Ibu KIV dulu sebab aib  suami perlu ditutup serapat-rapatnya . Itulah suami, sudah ada keputusannya.

Ibu teringat ustazah Salwana berpesan dengan anak ibu "ibu yang jaga ustaz ni kena pertimbangkan keperluan emosinya...beri peluang" maksudnya bawa taddabur alam di tempat lain, tukar angin.

Alhamdulillah, hari ini, hari bersejarah untuk ibu lepaskan segala tugas-tugas yang sebenarnya merupakan kewajipan anak-anak, ruang dan peluang mereka menempah syurga masing-masing.

Ibu merespon doa pencinta Al Qur'an, menurut mereka Allah nak ganti tempat yang lebih baik:

"Amiin Ya Allah Ya Mujib.

Ya betul ustazah, InshaAllah. Jalan-jalan ke Syurga bagi anak-anak ustaz rancangkan yang terbaik untuk kesembuhan ayahnya. InshaAllah"

 Syurga ibu hanya menjadi peneman suami, menyantuni apa yang ibu terdaya. Di luar keupayaan ibu itu adalah tanggung jawab dan kewajipan anak-anak.

Sebelum ini, ibu cuba aturkan yang terbaik untuk suami, tanpa ibu sedari seolah-olah ibu telah ambil alih tugas utama anak-anak. Lebih-lebih lagi anak-anak sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing, namun itu bukanlah alasan untuk berlepas tangan.

Kesilapan ibu juga kerana tidak bertegas dari awal. Sejarahnya bermula apabila ibu minta pandangan dalam apa-apa isu seperti ganti saliran paip baru kerana bill air terlalu tinggi dan mcm isu tertentu,  jawapan yang ibu terima biasanya;

 'tak tahu'  atau 'tak payah' atau 'tak perlu'. Jawapan toxic seperti ini agak menganggu emosi yang boleh meracuni  hati dan pemikiran warga emas. Daripada mereka berdosa menyakiti hati ibu, eloklah diamkan sepertimana ayahnya pernah alami kes yang sama.

Jawapan seumpama ini berulang-ulang hampir 10 tahun menyebabkan ibu malas nak libatkan mereka dalam urusan yang ada kena mengena dengan ayah mereka. Tanpa melibatkan mereka,  rupa-rupanya lebih toxic,  ibu telah menjauhkan mereka dari tanggung jawab utama menyantuni keuzuran ayah mereka. Astaghfirullah Al Azim...bukan mudah jadi ibu tiri rupanya. 

Ada yang ambil kesempatan menyalahkan ibu pulak kerana semuanya berpunca dari ibu kerana ibu 24 jam menemani suami. Urusan kesihatan sepatutnya diserahkan kepada ibu, bukan urusan depa. Sedapnya berlepas tangan di dunia, tapi ingatlah jika tidak bertaubat azab menanti di Akhirat. Nauzubillahi min zalik. InshaAllah jika semua balik kepada kitabullah, Allah akan perkemaskan keadaan menjadi lebih harmoni dan membahagiakan. Allah dah sematkan rasa bahagia itu di hati kami berdua. Alhamdulillah 


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil