Utamakan Santuni Ayah Bonda

 Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb sekalian alam dengan ucapan Alhamdulillahi Rabbil alamin. Selawat dan salam khusus buat junjungan tercinta, Rasullullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah menolong agama Allah.

Syukur Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua kini Gema Fajar telah selesai taddabur semua keenam-enam surah hawawmim. Yang ramai kaum ibu tersentuh apabila ibu bacakan tafsir Al Azhar dan fizilal Al Qur'an berkaitan Surah Al Ahqaf ayat 14-18, sampai ramai yang minta rakaman untuk dikongsi dengan anak masing-masing. Allah izin rakaman ada masalah, terhilang yang ibu rasa pasti ada hikmahnya. 

Perlu ulang baca dan taip di sini agar anak-anak serta cucu-cucu muhasabah diri masing-masing memilih untuk menjadi anak yang menyantuni ibu bapa atau sebaliknya. Bacalah tafsir surah Al Ahqaf ayat 15-18. Ramai anak-anak termasuk di kalangan ramai anak walaupun ada title 'Asatizah' juga terlepas pandang dan tidak tahu letakkan priority ayah ibu di mana.

Ibu amat bersyukur dapat perhatikan bagaimana arwah abah dan mak menyantuni kedua ibu kandung dan ibu mertua hingga meninggal dunia di rumah kami di Tangkak. Kesantunan merekalah Allah kurniakan anak -anak yang peka dan utamakan mereka hingga dapat husnul khotimah. Semoga kesantunan ini juga diwarisi oleh anak-anak dan cucu-cucu kami dari generasi ke generasi. InshaAllah

Buah dari contoh yang baik itu semoga menjadi hadiah untuk almarhum abah dan almarhumah emak dan mengeratkan ukhuwwah kami, InshaAllah hingga ke Jannah. Syukur, walaupun ibu tidak dapat hadir bersama dalam Solidarity Palestine, hati ibu sentiasa bersama mereka.




Ramai anak-anak sekarang agak gelojoh mengejar dunia bersikap biadap dan kurang ajar gara-gara ego, konon-kononnya lebih pandai dari kedua orang tuanya. Padahal ada di antara mereka  berkelulusan deeniyah. Kalau ada sarjana atau PhD deeniyah sekalipun tetapi tidak mendalami ayat-ayat Allah  bagaimana cara menyantuni orang tua maka tiada gunanya. 

Sebenarnya ibu sudah letih nak layan kedegilan anak-anak termasuklah anak angkat, anak tiri dan anak didik halaqah di mana mereka rasa diri lebih pandai dari ayah ibunya, tiada kerendahan hati langsung, wal hal teguran dari Allah datang bertub-tubi tetapi masih tidak mahu sedar diri. Mungkin umur muda lagi rasa serba hebat. Dah tua nanti baru tahu nak sedar. Mudah-mudahan sempat bertaubat.

Astaghfirullah Al Azim. Cepat-cepatlah bertaubatlah. Ini perintah dari Allah. Semoga Allah kurniakan kesabaran untuk ibu terus temani dan santuni suami sedaya upaya hadapi kedegilan yang amat menyedihkannya. Punca kedegilan kerana jahil dan tidak mahu memahami ayat-ayat Allah. 

Sebab itu ibu lebih suka diam, seperti mana sabarnya suami ibu diamkan diri sebelum ini. Kalau ada peluang, ibu berhajat nak berhijrah ke Johor, kampung halaman yang sangat ibu rindu. Lebih dua tahun ibu tidak jejakkan kaki di sana. Mujur Alhamdulillah kak ngah, kak uda, Hairiah dan abang kerap ziarah kami di sini. Semoga Allah permudahkan ibu dapat segera berhijrah di sana. 

Dalam kuliah GF ibu berpesan kepada anak-anak jangan letak kerjaya dan alasan kejar dunia untuk mengelakkan diri daripada menyantuni ayah ibu yang semakin uzur. Masing-masing jangan  berlepas diri walaupun ada orang lain yang menguruskan ayah ibu. Memang perlu ambil cuti, rutinkan dalam jadual bulanan, bukan apabila perlu. Ini adalah Kewajipan. Wajib itu maknanya jika tidak santuni berdosa! Bukan boleh pilih. Tak santuni maknanya derhaka. Baca ayat 18 surah Al Ahqaf, apa balasan anak derhaka?

Apa yang kalian lakukan, cucu-cucu memerhati. Tiada untungnya berdegil kerana kedegilan itu akan diwarisi oleh anak-anak kalian juga. Nanti sudah terhantuk baru hendak tergadah.

Dalam beberapa sesi usrah memang ada aduan anak-anak hadapi ayah ibu yang cerewet dan bertanya bagaimana menghadapinya? 

Bersyukurlah kalian, ayah ibu bukan spesis cerewet, tapi 'malas' nak layan kedegilan yang  masih menebal tidak diusahakan langsung untuk mengikisnya dengan taubat. Balik balik ibu tiri juga yang dipersalahkan. Keluarlah dari kepompong 'toxic people'

Ibu tegur di sini kerana tak larat nak cakap sebab lebih merbahaya apabila berkata-kata. Ibu doa semoga kita semua dipertemukan dalam syurga kerana masing-masing cuba bersabar membesarkan Allah dan mengecilkan sebarang masalah.  Kalau kaluan kenal ibu seperti mana sahabat sahibah dan adik beradik ibu kenal ibu, Alhamdulillah, di dunia lagi kita beriman dan berukhuwwah. Taaruf Asmaul Husna, InshaAllah segalanya pasti Allah permudahkan.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil