Usah Tertipu Dengan Nilai Dunia

Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang 

Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita semua masih diberikan kesempatan untuk terus hidup sedangkan ramai insan seusia, bahkan lebih muda telah dijemput kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah ampuni segala dosa mereka dan himpunkannya bersama roh para solehin dan solehah. 

ya Allah, jadikanlah yang paling baik dari umurku adalah akhirnya, yang paling baik amal-amalku adalah penutupnya, dan yang paling baik hari-hari yang kulalui adalah hari berjumpa dengan Engkau"

Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Allahuma solli ala Muhammad wa ala alihi Muhammad... Juga ahli keluarga baginda,  para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya kepada-Nya hingga hari Kiamat.

Dua minggu mutakhir ini macam -macam rasa melanda. Ada masa rasa sebak, terharu, rindu dan 1001 rasa menerpa, namun masih dalam bingkai ketenangan. Alhamdulillah, syukur Allah permudahkan ibu istiqomah menyantuni suami yang ibu yakin suatu hari nanti Allah akan tunjukkan keajaiban-Nya walaupun sekarang ramai yang tidak yakin Ustaz Omar boleh duduk Dan pegang Qur'an kembali. Proses pemulihan memang mengambil masa Dan perlukan sangka baik kepada Allah SWT. 

Semalam hari Sabtu, selesai sudah Taddabur Juzuk 17 Dan hari ini mula berkenalan permulaan juzuk 18 Dan rasanya tak sempat taddabur semua halaman pertama surah Al Mukminun.Surah baru ini merupakan'trade mark' Al Mukminun tak sedar baru Taddabur 7 ayat masa dah masuk pukul 7.40 pagi. Terpaksa sambung esok hari Ahad.

Allah bisa tegal biasa. Bila dirutinkan setiap hari, secara tidak langsung mendidik ibu fokus kepada seni mentaddabur yang ibu belajar perbaiki kualiti persembahan dengan menambah seerah sebelum taddabur iaitu Kupasan buku seerah untaian Permata Rasulullahungkin mengambil masa 5-7 minit sehari.  

dalam masa seminggu ibu kupas buku itu semakin ramai nak joint program. Alhamdulillah, bahagianya rasa apabila dapat kongsi bacakan Mukjizat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam menyebabkan ibu rasa kagum dan bangga menjadi umat baginda. Subhanallah, pentingnya niat hendak berkongsi. Semoga rasa kagum dan izzah ini turut dirasai oleh anak-anak muda yang masih terpesona mengejar dunia dengan nilai-nilai yang serba mengelirukan. 

Keputusan SPM sudah diumumkan, Alhamdulillah, cucu kami dapat straight A, (11A) . Allah aturkan dalam kebuntuan ibu, Allah izin ada sahaja rezeki meraikan cucu walaupun sudah dibuka kepada anak-anak lain, namun tiada respond. Ustaz Naza hantar Risol (menjamu tetamu dari Acheh) yang nak ziarah pada waktu yang sama manakala ukhti Mardhiyah hantar durian gred A

 Alhamdulillah, rezeki dari Allah dari insan berjiwa mulia.



 Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan ibu walaupun tanpa kerjasama mereka, ibu faham mereka tak boleh bantu di sat akhir. Pertolongan di sat akhir, mohon sahaja kepada Allah. Bulat hati ibu hanya harapkan pertolongan Allah. Benarlah, Allah mahu ibu 100% bergantung harap kepada-Nya.



 Apabila harapkan manusia memanglah sering mengecewakan. Berharap kepada Allah pasti membahagiakan. Hingga saat ini sungguh rasa bahagianya kerana Allah yang aturkan, sungguh indah segala yang  Allah aturkan dapat berikan manfaat bukan sahaja yang berhajat, bahkan pendamping ibu yang terdekat iaitu ustaz Omar, selalu merespon jika ada silap bacaan pembaca Qur'an. Jika ada yang membaca betul tajwid dan makhrajnya, akan ditegur  "bagus bacaannya". Alhamdulillah Hiburan ini bukan sahaja untuk diri sendiri, suami juga dapat libatkan diri dalam program mulia ini. Bahkan respon warga Gema Fajar, anak cucu mereka juga dapat tempias.  Lebih mudah berkongsi dengan yang berhajat berbanding mereka yang tidak berhajat. Dalam Al Qur'an ada skill yang diajar kepada para anbia, abaikan mereka yang tidak berhajat. Masih ramai di luar sana yang berhajat kefahaman  dan kesedaran Islam agar kita semua sentiàsa bertaubat kepada Allah SWT selamanya. Mentaliti toxic  yang sentiasa letak kesalahan di bahu ibu sudah ibu maafkan. Jika ada kesedaran untuk mengenal Allah tak mungkin sikap itu melekat dalam jiwa mereka.

Jadi ibu mohon berbanyak maaf jika tidak pernah lagi  mengharapkan sesiapa lagi, kecuali mereka sendiri secara sukarela hendak meminta ibu kongsi ilmu dam hendak membantu, Alhamdulillah silakan... Ahlan wah sahlan. Jika teringin berbakti dan menyantuni orang tua dengan apa saja sumbangan, Alhamdulillah ibu dahului dengan ucapan jazakumullahu khyran kathira. Pintu bilik kami sentiasa terbuka. Nak harap ibu meminta-minta, maaf sangat kerana Kudrat ibu sangat minima di hujung usia kini. Makan pakai kami ibu buat mana yang terdaya jika hujung minggu. Hari bekerja adalah pembantu rumah. Alhamdulillah, kadang-kadang ada sahaja insan mulia yang hantar buah-buahan dan lauk  pauk kegemaran suami.

Berbalik kepada nilai manusia, ibu merujuk keputusan SPM yang diperolehi oleh anak bungsu pembantu rumah. Dengan senyuman soalan ibu dijawab "tidak ada A Dan B satupun. Tapi Alhamdulillah Lulus";

Ibu kagum dengar jawapan ibu yang jelas fikrahnya, nilai sebenarnya adalah nilai Allah SWT. Ibu berazam hendak hadiahkan Al Qur'an kesayangan suami ibu agar anak gadusnya dapat menyambung Amal jariah suami ibu. Semoga dia dikurniakan kefahaman tentang Deen Nya. Ibu teringat ada hikmahnya ibu tak dapat result SPM yang diharapkan semasa SPM tahun 1979 yang lalu. Walaupun menangis Dan berkurung dalam bilik 3 hari 3 malam, tapi Almarhum Abah sangat perhatin dan menawarkan ibu terus masuk tingkatan 6. Mudah ibu terima cadangan Abah yang memberi ibu harapan lagi untuk terus belajar. "  Pesanan itu masih tersemat di hati ibu, muda-mudahan kedibukan ibu belajar siang malam bagaikan orang nak exam setiap hari akan memberikan ganjaran pahala yang bertali arus untuk abah dan mak di alam barzakh sana. Tak apa Abah, walaupun impian anakmu ini ingin belajar hingga ke PHD tidak kesampaian, program Taddabur Asmaul Husna dan taddabur Qur'an tiap2 hari merupakan hadiah terbaik dari Allah menanti hari untuk transit di alam barzakh.

Syukurlah ibu tidak disibukkan ikuti kuliah di kampus, sebaliknya memberi kuliah mulai jam 3.30  dan 6.15  pagi setiap hari  telah melatih ibu skill menawan hati pendengar agar mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi dari segal-galanya di dunia 

"Dah kahwin dan ada anakpun jangan berhenti belajar. Harapan Abah akhirnya menjadi kenyataan. Abah memang sayang kami semua, tiada harta untuk kami tetapi kami dibekalkan semangat belajar yang tidak pernah padam.  Sebenarnya Allah Maha  tahu ibu  'Slow learner' mungkin kesan kurang pendengaran ketika belajar dulu. Ibu bànyak fokus dengan mata dan telinga batin. Justeru itu Allah izin mudah melekat apa yang ibu faham untuk dikongsikan dengan orang lain.

Ibu sampaikan kepada semua cucu "manfaatkan semua kepandaian yang Allah kurniakan untuk menolong Agama Allah" Buku- buku tarbiyah suami yang berbahasa Arab diwariskan kepada insan-insan mulia yang bersungguh-sungguh ingin mewarisi dakwah dan tarbiyah madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Selepas wakafkan buku-buku itu untuk kerja Islam ibu dapati keadaan kesihatan suami semakin pulih berkat istiqomah memanfaatkan buku tersebut kepada mereka yang berminat. Payah sungguh hendak berunding dengan yang tidak berminat. 

Sikap tidak minat ini sudah terserlah sebelum ibu hadir dalam keluarga baru ini.  Dengan ayah kandung sendiri sudah tunjuk respon tidak berminat, usah diharap ibu tiri nak pupuk minat mereka. Tak mahu sudah!. Cucu-cucu jika nak pupuk minat mereka perlu  melihat dulu minat kedua ibu bapa mereka. Jika nenek tiri beria-ia bagaikan menegak benang basah. Sudah Cuba...cukuplah setakat itu menjadi Kenangan untuk kalian sendiri ' move on'. Tugas ibu sudah selesai. Tak perlu menyiksa diri melayan orang dah tak suka dan tak minat.

Ibu puas hati anak ibu bawa mak Ngahnya naik flight. Dapatlah ibu peluk sebelum beliau berangkat ke tanah suci. 


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil