Festival Ibadah Di Bulan Ramadhan

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang 

Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi.

Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah syukur ke hadrat sempat ibu seketika merakamkan kesyukuran yang amat sangat sempena hari ini 15 Ramadhan. Tetamu agung kami, Ramadhan terus berlari bakal meninggalkan kita 15 hari lagi. Allahu Akbar, bagaikan tercungap-cungap kami mengejarnya. Subhanallah, rasa tak cukup masa Dan pasti kami ketinggalan mengejarnya jika tidak ada mind set untuk bangkit seawal pagi.

Menanti 10 akhir Ramadhan kami 4 beradik sedang berlatih dan melatih warga Gema Fajar istiqomah bangkit seawal jam 2.30 pagi dengan rutin taddarus terlebih dahulu. Jam 3.00 pagi diskusi Asmaul Husna, kini sudah selesai yang ke 87. Rutin ibu selepas tadarus jam 4.00 pagi akan siapkan suami sahur menanti akhi Khubaib angkatnya ke toilet sebagai persiapannya untuk tahajjud. Selepas siapkan suami baharu ibu top up solat  sunat yang tertinggal. Jika tak sempat, hati ini memujuk agar bangkit lebih awal, namun tidak mahu membebankan kakak-kakak  hingga kurang tidur. 

Tahun ini ibu rasa sangat berbeza rutin dari awal Ramadhan, kak Ngah sudah latih mulakan taddarus dari malam hari pertama Ramadhan. Hikmahnya, bànyak tajwid dan makhraj bacaan ibu Dan Warga Gema Fajar dapat kak Ngah perbetulkan dengan izin Allah SWT. Masha Allah, tabarakallah bànyak pahala kak Ngah yang Allah kurniakan kelak.

Cantik Allah aturkan setelah sekian lama ibu tercari-cari rupa2nya kakak sendiri yang sudi bantu ibu secara sukarela. Terharu rasanya, di umur 76 tahun kak Ngah terus bertenaga bangkit seawal jam 2.00 pagi hingga lepas Subuh masih tidak mengantuk teruskan tadarus Quran dengan lebih 20 ahli yang istiqomah. Ibu rasa sangat bahagia sepanjang Ramadan tahun ini seolah-olah dalam festival menyambut ketibaan tetamu agung Lailatul Qadr. 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil