Marhaban Ya Ramadhan

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, lama benar ibu tidak sempat hendak post apa- apa input dan perkongsian dalam Subur Fitrah. Bànyak masa ibu buat persiapan menyambut Ramadhan tetamu agung, kini sudah masuk hari ke-4 di samping menyambut tetamu jauh dari Johor dan Shah Alam. Ibu tulis blog ini sejak 22 Mac, tapi tak sempat nak siapkan. Mencelah di tengah persiapan rutin harian mencari bahan untuk Asmaul Husna Dan taddabur 

 Alhamdulillah Allah Al Bari' aturkan sepanjang minggu ini dikunjungi oleh ahli keluarga terdekat khususnya kakak dan adik dari Johor dan Shah Alam, mengendurkan tegangnya  rasa rindu ingin memeluk mereka. Tidak sama bertemu secara online setiap hari dengan pertemuan fizikal walaupun seketika cuma. 
Meriahnya Jumaat penuh Barokah minggu ini sempat ibu tempah juadah nasi kuning, ayam goreng, buatkan sambal udang dan ikan percik. 

Selepas solat Jumaat rombongan satu van  dan satu kereta melawat Matri. Kami dijamu juadah mi goreng hailam. Sedap juadahnya tetapi tak larat nak habiskan memikirkan ada laksa Sarawak yang anak sulung sudah siapkan di rumah.
Matri merupakan tempat bersejarah dijadikan Ibrah kami 4 beradik. Awal bermula mendapat tarbiyah madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, bermula di sini. Kami kerap bertamrin di sini, sanggup berulang alik di samping menghantar anak-anak mengaji di sini. 
Satu akidah, setarbiyah, satu fikrah membentuk ukhuwwah fillah dalam Amal. Alhamdulillah.
Mudah-mudahan warga Gema Fajar yang ikut rombongan ini dapat sedikit sebanyak mengaitkan pentingnya organisasi yang benar-benar berusaha semaksima mungkin cuba ikut modul dari madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam mengukuhkan fikrah kami memfokuskan kepada Al Qur'an dan Hadis Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Mudah-mudahan kami merupakan di antara mata rantai yang tersambung dengan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam melalui ulamak-ulamak muktabar. 
Alhamdulillah, sebelum mereka beredar ke Arau, Alhamdulillah, Masha Allah tabarakallah, menantu kami Ustazah Aida tolong oder  dan ambilkan nasi Arab sebagai bekalan makan malam mereka di home stay nanti...
Ada juga keinginan hendak beristirehat bersama mereka di sana memandangkan pengalaman berombongan dengan mereka sejak kanak2 lagi memang meriah dengan pengisian ilmu. Memandangkan salah satu pengisian kembara mereka adalah Taddabur Gema Fajar, ibu tak ikut untuk buat persiapan untuk penyampaian esok pagi.




Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil