Daurah Murabbiyah

Seronok diapit oleh pemudi Haluan@Haluanita. Anak ukhti Zaiton@cikgu Azmi dan anak Ukhti Marfuah.
Kenangan berdaurah bersama pada 7-8 Julai

 Alhamdulillah, pujian hanya milik Allah Raja segala Raja berkuasa atas segala yang di langit dan bumi, sentiàsa sibuk mengurus atur keperluan setiap hamba-Nya di langit dan si bumi. Bagi kita yang beriman dengan Nama Allah Al Malik, hendaklah berusaha semaksima mungkin mendekatkan diri kepada-Nya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan agar dipermudahkan proses mendapat keredhaan - Nya.

Hari ini merupakan Jumaat terakhir dlm tahun 1444 Hijrah, memang bànyak perkara  yang  ingin ibu kongsikan, tapi ruang dan masa  untuk menaip amat terhad. 

Syukur Alhamdulillah, permintaan nak korban unta di Makkah Allah makbulkan. Semoga Allah terima ibadah korban kami, Insha'Allah. Ampuni segala dosa kami Ya Allah. Ibu tergerak nak korban unta selepas taddabur Qur'an surah Al Hajj, kuat keyakinan nak korban unta walaupun mustahil nak lakukan di Malaysia. Syukur melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Hayya travel, anak ibu dapat tunaikan hasrat ini. 






Isu yang sangat penting ibu nak 'high light' kan adalah persoalan yang dikemukakan oleh seorang peserta  veteran kepada ustaz Muhtad tentang 'kenapa ramai asatizah tidak sensitif kembali kepada proses tarbiyah madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, sebaliknya mereka selesa dengan sistem yang ada tanpa rasa bersalah kerana tidak bekerja keras mengembalikan khilafah Islamiyah' 

Mungkin corak soalan yang dikemukakan tidak seperti yang ibu taip. Tapi ibu faham maksudnya begitu. Ibu tertarik dengan jawapan aktivis kami "kita jangan buang masa menyentuh isu-isu ranting yang dilahirkan oleh sistem @ sekular. Asatizah itu dilatih untuk menyokong sistem tersebut. Kita Fokus kepada proses dakwah dan tarbiyah kita"

Salah seorang tetamu dari Terengganu bertanya bertanya kepada suami yang terbaring  tentang politik semasa yang memecah belahkan orang Islam

Alhamdulillah, suami ibu minta salah seorang tetamu yang berkelupusan dari Timur tengah agak terpinga2 mencari jawapannya, mungkin tidak jelas pada pendengannya.

Ibu share dengan abang ibu juga, Ustaz Omar selalu pesan satu pujangga Arab:

"Kawan politik bermusuh bila dapat kuasa"

Tetamu kami menjawab "ye betul ustaz, sampai sekarang depa asyik gaduh sokmo"

"Jangan tinggal dakwah dan tarbiyah " pesan ustaz Omar. 

Justeru itu ibu rasa bahagia meneruskan rutin utama suami sebelum ini sebagai murabbi

 Mendidik ummah, agar mereka mengenal Allah dan  mentauhidkan-Nya sepanjang hayat.

 Inilah akar umbi terlaksanakan politik Islam, ekonomi Islam dan Sosial Islam sebagai satu cara hidup' yang sempurna berpaksikan Akidah yang sejahtera. Tanpa Akidah, segalanya akan membuahkan isu-isu dan masalah-masalah serius yang bertali arus tanpa henti. 

Ustaz Omar  selalu berpesan dalam Usrah Gabungan  yang disampaikan ketika beliau masih belum sehat "sampaikan Islam yang syamil, kamil dan mutakkamil"

Bukan Islam yang hanya dalam solat dan di masjid sahaja tetapi merangkumi  dalam segala aspek kehidupan. Alhamdulillah ibu rasa sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dipermudahkan  melalui program Gema Fajar setiap pagi dengan izin Allah SWT. Impian untuk membumikan fikrah Islam secara syamil, kamil dan mutakkamil mendapat moral support dari kak Ngah, Uda Ani, adik bungsu Hairiah, sahibah Johor dan guru2 Qur'an sekitar daerah Ledang, Johor serta beberapa sahibah dari Kelantan, Pahang, Kedah dan paling ramai dari Johor 

Alhamdulillah, dalam minggu ini semakin bertambah di samping 35 peserta yang istiqomah.  Kami tak perlukan program 'gah' melalui FB, Tik Tok , Instagram, You tube yang canggih sekarang ini. Cukuplah sekadar kecil-kecilan tetapi kami saling bertaaruf dari masa ke masa dan menyuburkan Iman seiring dengan kemanisan ukhuwwah sesama. 

Program ini dihentikan dua hari sempena Hari Raya Aidil Adha, amat rindu rasanya hendak bertemu di alam Maya.

Inilah dunia ibu sekarang... Di samping menyantuni keuzuran suami, fokus sepenuh masa untuk Projek persiapan menanti mati. 

Favorite dish suami iaitu nasi dagang sangat permudahkan ibu, tak perlu 'stress' fikir nak masak apa. Banyak masa dapat ibu fokuskan dengan aktiviti membaca yang perlu ibu buktikan melalui keteladanan kepada cucu-cucu yang sedang membesar. 

Iqra' adalah makanan untuk otak, 

Zikrullah makanan untuk roh perlukan dirutinkan dalam keseharian hidup kita sebagaimana keseharian hidup Rasulullah Saw. 

Makan fizikal 3-5 hari tak perlu lagi dirutinkan. Cukuplah makan apa yang ada. Paling tidak ibu sediakan satu bungkus roti Gardenier perisa santan dan pandan sudah cukup dibeli ketika ambil tempahan nasi dagang suami untuk seminggu (di 'frozen' kan). Ibu beli sekali untuk ibu agar tak perlu fikir lagi nak masak apa?. Makan apa yang ada. Jika ada tetamu baru ibu oder apa yang patut. 

Ibu kini pesara sepenuh masa dari memasak secara serius , tetapi sekadar panas-panaskan apa yang ada. Ini sangat perlu agar tenaga ibu dapat dimanfaatkan semaksimanya untuk dakwah dan tarbiyah, bukan lagi untuk urusan di dapur. 

Anak menantu dan cucu-cucu yang serumah sudah masak dengan rutin baharu ibu sejak menjelang Ramadhan tahun 1443 Hijrah lagi. Tiada lagi rasa kecik hati, kecut hati atau jauh hati dan sebagainya. Faham-fahamlah sikap orang tua... Malas nak cari gaduh, nak diam dan tenang-tenang sahaja. Kalau perlukan teguran, cukuplah ibu rakam suara suami dengan wassup voice. Sampaikan walau satu ayat. Masing-masing faham aspek mana yang perlu dibetulkan.

Bànyak Kenangan manis ibu bersama dakwah dan tarbiyah sejak tahun 1980an, masih anak Dara. Nak Hidayah perlu cari. Allah pertemukan pencarian ibu dengan jiwa-jiwa yang ikhlas turut sama mencari. Syukur Alhamdulillah, kami ber re union pada 24 Jun lalu dengan teman seperjuangan di Johor yang kini menetap di Kota Kinabalu Sabah. 







Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil