10 Muharam 1445 Hijrah

 Alhamdulillah, syukur Allah beri kekuatan kpd suami dapat berpuasa 9 dan 10 Muharam seperti tahun-tahun sudah menyahut Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam .

Minggu lepas, pasangan suami isteri dari Medan Indonesia datang mengejut ziarah kami bersama seorang pemuda dari kampungnya untuk masuk tingkatan 6@ Khassah. Si suami rupa2nya bekas anak murid Ustaz Omar. Ibu bersembang dengan isterinya, terkeluarlah cerita bekas pembantu rumah ibu yang pertama semasa ibu di Johor Baharu Dan kemudian berhijrah ke Shah Alam sekitar tahun 1989-1992. Erna Sari bte Elias namanya. Bacaan Qur'annya amat merdu. Oleh kerana adik bungsu ibu amat perlukan pembantu rumah ( anak2 nya masih kecil), ibu pujuk Erna bekerja dengan adik kerana anak ibu dah besar darjah 2 dan 4 (Zubir anak abang duduk sekali). Walaupun pada awalnya Erna keberkatan, akhirnya dia seronok sebab rumah adik Penuh dengan bunga dari Cameron Highland untuk dibuat gubahan bunga untuk dijual. Pandai Erna gubah bunga dan akan pulang ke Medan untuk buka kedai bunga

Rupa2nya Allah ganti dengan pembantu yang lebih rajin yang bernama Umi Kalsom. Pandai masak dan urut. Kalau ibu tidak sihat, gigih dicari temu lawak Dan macam- macam herba untuk dibuat ubat. Pandai buat keropok sendiri...

Memang lurus bendul orangnya. Ibu dapat dari seorang guru yang sama2 mengajar di SMK Tunku Ampuan Jemaah Shah Alam yang telah selamatkannya dari rumah Cina. Paling kelakar ibu menyakatnya, entah-entah dia nak lari bila jumpa majikan lebih baik. Katanya "belahlah dada saya ibu! Saya tak akan tinggalkan ibu" 

Takdir Allah, dia terjumpa kawan lelaki sekampungnya semasa beli barang di kedai runcit mamak di Shah Alam. Jenuhlah kami ikut perancangannya nak selamatkan lelaki itu, kononnya telah dizalimi oleh mamak itu kerja tanpa gaji. Setelah selamatkannya, dihantar kerja di sebuah restoren sekitar Petaling Jaya. Sejak itu, rajin Umi Kalsom keluar hujung minggu katanya nak jumpa kawan. Percaya dengan janjinya akan setia. beberapa bulan kemudian terus ghaib hilangkan diri. Ibu Malas nak cari, biarkan dia hilang dan balik sendiri jika dia mahu.

Senyap tanpa berita beberapa tahun. Selepas kami berhijrah Ke Batu Pahat Johor, baharulah dapat berita dia bernikah dengan lelaki Indon yang kami selamatkan itu. Dikirimkan gambar2 mereka sekeluarga . Alhamdulillah, lega dia masih ingat dan ucapkan terima kasih.

Sepanjang kami berada di Batu Pahat, ibu hanya guna khidmat pembantu  rumah  tempatan yang datang pagi balik tengah hari. Sampailah suatu hari ada kenalan @ bapa saudara anak ibu perkenalkan saudara kepada pembantu rumahnya nak bekerja. Rezeki datang bergolek mugkin berkat ibu jaga 3 beradik  anak abang kerana ketika itu ibu bapanya bercerai.

Ikem Safitri namanya. Memang gigih nak belajar. Datang ke sini membawa hati yang terluka gara-gara suaminya buat Hal dengan kakak kandungnya hingga lahir anak luar nikah. Ikem berhijrah tinggalkan anak perempuannya bersama ibunya. Lebih tujuh tahun Ikem bersama ibu  sama2 ikuti Usrah. Sahibah2 berkenan sangat dengan kemuliaan akhlaknya, sopan santunnya, sangka baik dan tulus ikhlas sepanjang perkhidmatan hingga tahun 2008 sebelum ibu tunaikan haji buat Kali kedua. Haji Kali pertama guna passport merah pada tahun 1998, ingat masa anak ibu nak ambil UPSR. Mungkin berkat doa ibu  di hadapan Kaabah.

 



Alhamdulillah

Sebelum tunaikan Haji tahun 2009, ibu bagi 2 pilihan pada Ikem samada hendak balik Indonesia atau bekerja dengan nenek Mubarak di Muar. Ikem buat keputusan hendak balik kerana ibunya semakin uzur dan nak asuh anaknya sendiri.

Alhamdulillah, kami tidak putus silaturahim. Sepanjang ketiadaan Ikem ibu sambung perkhidmatan pembantu tempatan datang pagi balik petang urus kain baju dan kebersihan rumah yang tak larat ibu lakukan hingga sekarang. 

Sejak kecil urusan kain baju memang pembantu yang urus. Emak dan Abah  mudah dapat khidmat pembantu rumah tempatan. 

Ibu cuma minat membaca, kemas rumah  dan menjahit sahaja. 



Alhamdulillah hingga hari ini Allah permudahkan urusan ibu dengan kesetiaan Rohaya yang telah berkhidmat bakti dengan ustaz Omar lebih 16 tahun. Datang pagi balik tengah hari. Alhamdulillah dapat kami takmil Wal istikmal, menyantuni keuzuran suami ibu. Bila2 diperlukan, beliau dengan lapang hati membantu ibu walaupun ada desas desus tak suka lihat ibu 'pemalas' agaknya. 

Sebab itu ibu keluarkan pos ini agar mereka yang sering berdesas desus itu bertaubat dan hentikan gossip yang akan menyebabkan mereka muflis di akhirat nanti. Ada hadis yang menceritakan keadaan catatan Amal orang yang  rasa dirinya , rekod soleh amalnya kosong kerana telah ditransfer ke akaun Amal orang dizaliki atau diumpat keji. Sebaliknya rekoda Amal buruknya yang bertambah kerana mendapat transfer dari akaun orang yang diumpat keji ke alaunnya

Cuba fahami bagaimana Allah permudahkan urusan ibu sejak kecil dengan kehadiran pembantu rumah tempatan dan dari seberang semata-mata  untuk tujuan dakwah dan tarbiyah. Almarhum Abah berpesan teruskan belajar walaupun dah kahwin Dan ada anak.

Di hujung usia ini ibu tidak mahu bazirkan masa dengan urusan yang orang lain boleh lakukan dengan lebih baik. Lauk pauk, ibu dah kenal beberapa tukang masak bekas anak didik suami ibu. Orang faham Deen, masakannya berkah. Kurangkan pembaziran masa di dapur. Insha'Allah

Fahami fiqh Al aulawiyat oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, bahawa  makanan roh perlu diutamakan.

Urusan kain baju dan kebersihan rumah dan sekitarnya sepenuhnya ibu yakin Rohaya dapat lakukan dengan baik. Insha'Allah 

Redhalah dan  biarkan  masa ibu penuh bergelumang dengan kitab2 fikrah, Tafsir Al Qur'an untuk tujuan dakwah dan tarbiyah. Ibu dah letih nk melayan kerenah-kerenah orang yang tidak sudi sehaluan dalam perjuangan ini. 

Maaf, ibu diam dan elakkan pertembungan-pertembungan bukan bermakna benci, tetapi hendak maintain ketenangan hati sepanjang menyantuni suami yang terbaring keuzuran.

Mohon faham dan jangan terlalu mudah buat tafsiran negatif dan menghukum. Sucikan hati masing2 kerana harapkan redha Allah semata-mata 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil