Wanita Bugis Santuni Suami Penyabar

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan tercinta Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga dan para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, selepas Subuh tadi tamat kami warga Gema Fajar taddabur surah Yusuf. Beberapa Kali menitiskan air mata dapat menjiwai watak Nabi Yusuf terpisah dari ayah yang mencintainya lebih 40 tahun. Allahu Akbar, benar-benar terhibur 'happy ending' kisah Nabi Yusuf yang sangat meruntun jiwa. 

Alhamdulillah Allah ilhamkan sejak sekian lama  tergerak lisan ibu mengamalkan doa Nabi Yusuf, 

"...Ya Allah, Engkaulah Penguasa dan pelindungku di dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam keadaan menyerah diri kepada-Mu, hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh."

Subhanallah, kesannya memang hebat, Allah sentiàsa hubungkan ibu dengan orang-orang yang soleh. Insha'Allah semoga Persahabatan kami kekal hingga ke syurga.

Di samping itu ibu amat taajub dengan kesabaran Nabi Yaacob menyantuni kedegilan anak-anaknya yang dengki kepada Nabi Yusuf dengan "sobrun Jamil" . Buta matanya menangis kerana rindukan Nabi Yusuf, namun baginda  mengadu segala kesedihan, kepedihan dan kesusahannya hanya kepada Allah. Tidak pernah dia membuka aib anak-anaknya. 

Ketika mengupas taddabur ayat ini,  Subhanallah, terlintas di qalbu ibu,  di hadapan ibu ada seorang ayah yang sangat menyantuni anak-anaknya. Harapan   ibu sewajarnya anak-anak juga sentiasa bersyukur dengan tundukkan segala ego masing-masing dengan menyerah diri kepada Allah SWT. Kedegilan anak-anak tidak pernah merugikan  ayah yang  sobrun Jamil,  namun merugikan diri kerana nampaknya sukar kalian hendak 'move on'  dari pelbagai penyakit hati dan fizikal selagi ego dan kedegilan diri masih bertakhta dalam jiwa.. Bahkan ego itu kelak diwarisi anak cucu kalian jika masih belum bertaubat. Nauzubillahi min zalik...

Istighfar dan bertaubatlah.

Ibu terpaksa jelaskan dan menegur ini hasil pemerhatian ibu selama hampir 8 tahun menjadi pendamping suami yang sangat penyabar. Ibu tidak mahu masuk campur  urusan kalian tetapi hanya mampu menegur dalam blog ibu sendiri. Nak salahkan ibu selamanyapun, Alhamdulillah, ibu dah 'immune' dah tak kisah dan tak ambik hati pun. Ibu tetap maafkan  kerana inilah cara paling mudah agar tidak berlamaan menunggu di Padang Mahsyar kelak. Alhamdulillah,  Allah hibur ibu dengan cara yang dikehendaki-Nya. La haula wala quwatta Illa Billah Aliyyil Azim 

Kajilah sedalam-dalamnya kisah Nabi Yusuf dalam masa yang sama betapa santunnya Nabi Yaacob berdepan dengan kedegilan anak-anaknya lebih 40 tahun. Hampir sama dengan kesepian yang dialami oleh sang ayah yang ibu santuni sekarang. Alhamdulillah, Allah hantar pendampingnya nun jauh dari Johor berketurunan Bugis yang terkenal garangnya.

Paling kelakar, suami ibu selalu sebut 'lidah Bugis' apabila ibu cerita ustaz Omar selalu betulkan bacaan Qur'an ibu walaupun dia terbaring... Salah seorang sahabat dari Kuantan perkenalkan isterinya juga orang Bugis dari Kota Tinggi Johor. Ibu tanya ' dia garang tak?'

"Ya memang garang!"

Tengok Sultan Johor dan Selangor, tu keturunan Bugis juga. Tegas! Garang bila berhadapan dengan orang-orang degil sahaja! Orang yang Taat dan patuh, disantuni dengan kasih sayang.

Bugis didakwa oleh Barat macam 'terrorist' kononnya  jadi  Lanun yang menakutkan mereka... Sebenarnya lain ceritanya, Bugis bukanlah lanun seperti digambarkan serangan di laut tetapi ianya direka oleh pedagang barat khususnya Inggeris dan Belanda untuk mencemarkan imej Orang Bugis untuk bersaing dalam perniagaan laut, khususnya di pelabuhan. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar.

Ibu tergelak perkenalkan keturunan Bugis yang gagah berani di mana saja mereka berada ketika tetamu dari Kelantan datang ziarah.

Sahabat Kelantan itu jelaskan kisah Abu Zar dari keturunan perompak, apabila masuk Islam, berani sebar Islam secara terang-terangan hingga dipukul dengan teruk oleh orang-orang Kafir Quraisy di Mekah. Semoga keberanian ini memberi manfaat untuk ummah. Insha'Allah.

Dari Abu Dzar RA, beliau berkata: “Kekasihku (Rasulullah) SAW berwasiat kepadaku dengan tujuh hal: 

(1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka, 

(2) beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku, 

(3) beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturrahimku meskipun mereka berbuat jahat kepadaku, 

(4) aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan lâ haulâ walâ quwwata illâ billâh (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah), 

(5) aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit, 

(6) beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah, dan 

(7) beliau melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia”.

Hadis tersebut Shahih 

Alhamdulillah, mutakhir ini ibu berpeluang dapat ikuti mesyuarat  dan Daurah. Suami ibu mulai benarkan ibu keluar lama lebih 2 jam jika urusan itu sangat berkait rapat dengan kerja dakwah dan tarbiyah. Sepanjang ketiadaan ibu di sisi suami, digilirkan samada cucu atau pelajar Matri menemaninya. Kadang-kadang minta pembantu rumah teman sekejap.

Alhamdulillah, setelah berlamaan roda berada di bawah, Insha'Allah sedang berpusing naik ke atas. Apakah hadiah yang  akan Allah kurniakan? Wallahu alam 

Satu sahaja impian ibu ingin dapatkan Husnul khotimah di bumi Nabi. Kerja dakwah dan tarbiyah secara online setiap jam 4.20 pagi Dan 6.35 pagi akan berterusan setiap hari selagi hayat dikanding badan. Tugas ibu bagaikan pembaca warta berita dari langit. Alhamdulillah 

Sudah beberapa Kali anak ibu berulang alik ke tanah suci hanya doa dan roh ibu mengiringinya namun kaki ibu masih  terpasung menyantuni keuzuran suami. Ini pilihan ibu ingin sentiàsa di samping  perbendaharaan dakwah dan tarbiyah. Berkat doanya ibu dapat nikmat berdakwah online. Berkat suami sering berjaga seawal jam 3 pagi membantu ibu dapat buat diskusi Asma Allah setiap pagi, bukan sahaja 4 beradik juga dibuka untuk warga Gema Fajar yang berminat. Alhamdulillah 

Berita terkini elaun Matri untuk suami terpaksa dipotong kerana Matri mengalami masalah kewangan untuk naikkan gaji guru. Alhamdulillah suami ibu setuju potong semua walaupun pihak Matri masih ingin sumbangkan RM500 sebulan. Ibu anggap RM500 itu disumbangkan untuk Matri kembali.

Tanggung jawab anak-anak melengkapi kekurangan yang ada. Ibu tidak perlu hendak mengemis kepada mereka bagi pihak ayahnya. Masing-masing sudah tahu dan  bertanggung jawab di hadapan Allah memikul amanah menjaga dan menyantuni ayah yang uzur. Amat besar dosanya jika berlepas tangan kerana anggap ibu mampu memikulnya. Nauzubillahi min zalik .

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil