Persiapan Menjelang Ramadhan (2)
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian hanya milik Allah, Allah Al Halim yang Maha Menyantuni berbillion-billion kerenah para hamba-Nya.
Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda para sahabat, para tabieen , tabiut tabieen salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah.
Teman Gema Fajar terjumpa gambar lama kami tahun 1980/81. Allah izin di usia 60 tahun dipertemukan kembali dalam group Gema Fajar. Kami sama-sama bertaddabur setiap pagi saling melengkapi kekurangan dan kelemahan yang ada. Syukur Alhamdulillah, semoga program ini berterusan dari generasi ke generasi mengajak diri, keluarga dan masyarakat Eslah diri hanya mengharapkan keredhaan-Nya
![]() |
Diriku yang susah senyum |
Rutin harian kita menyapu habuk-habuk di lantai lebih 5 Kali sehari, begitulah qalbu ibarat seperti lantai sentiasa berhabuk dengan sampah saraf emosi dan dengan lintasan hati terlalu ikut emosi, bisikan-bisikan syaitan memerlukan kita perbanyakkan Istighfar dan bertaubat. Ibu malas nak layan gangguan emosi yang boleh buat ibu cepat penat kena gangguan emosi hingga berfikir tak tentu arah. Alhamdulillah, Terima kasih family satu rumah amat memahami rutin harian ibu perlukan kestabilan emosi berpanjangan dan rehat secukupnya setelah layani tetamu yang bertali arus menziarahi suami. Ibu lebih tenang jika kita fokus kepada keluarga masing-masing dan ruang dapur masing-masing. Tak perlu berserabut memikirkan juadah dan selera anak cucu yang berbeza. Fokus ibu hanya kepada suami dengan menunya yang tersendiri. |
Alhamdulillah setakat hari ini sudah 33 Asma' Allah kami taddaburi dan masih ada 66 lagi yang perlu diselesaikan menjelang Ramadhan. Hari ini 11 Febuari bersamaan 20 Rejab, hanya tinggal lebih kurang 40 hari menyambut tetamu Agung Ramadhan Kareem.
Hari Rabu lepas ibu minta ustazah Liuza Hanim taddaburkan surah Al Qadr sebagai 'Big Picture' membuat persiapan mental dan jiwa menyambut Ramadhan. Ibu hanya sediakan juadah ala kadar, tidak sangka semua hadir, seorang sahaja dengar melalui Google Meet kerana ibunya sakit. Meriah rasanya Dan suami turut dapat rasakan kerana kami buat di dalam Wad VVIPnya.
Dalam tazkirah ibu 'back up' input dari buku Syeikh Mustafa Mashyur, Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah di bawah tajuk 'Dalam Ibadah Puasa terdapat Bekalan'
Ramadhan bulan diturunkan Al-Qur'an pada 17 haribulan, sekaligus Allah turunkan ke langit dunia. Secara beransur-ansur diturunkan kepada Rasulullah selama 23 tahun (13 tahun di makkah dan 10 tahun di Madinah)
Menurut Syeikh Mustafa, pada bulan Al-Qur'an, pendampingan kita terhadap Al-Qur'an juga bertambah dengan membaca, mengamal, menghafal dan menggunakannya untuk qiyamulail , lalu kita memperolehi bekalan dari sumbernya yang sebenar. Ia tidak memamadamkan Nur, hikmah, hidayah dan pengajaran. bahkan mengubati apa yang ada di dalam dada. Ibu dan warga Gema Fajar akan teruskan program taddabur setiap jam 4.30 pagi (taddabur Asmaul Husna dikendalikan oleh kami empat beradik) dan taddabur bersama warga GF Surah 14 dan 15 sepanjang bulan Ramadhan. Sudah 310 hari kami bertaddabur. 10 Ramadhan nanti genap setahun kami betaddabur (360 hari). Insha Allah. Semoga Allah meneima amal kami. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Puasa menghasilkan sifat ikhlas dan mengelokkan ingatan hati terhadap Allah, kerana itu adalah rahsia antara hamba dan Tuhannya. Ikhlas kepada Allah di antara bekalan terbesar dan paling perlu bagi setiap Muslim di jalan Dakwah. Tiada kebaikan daripada amalan atau usaha yang tiada keikhlasan kepada Allah. Allah SWT Maha Terkaya dari segala sekutu. Allah tidak menerima sebarang amalan melainkan yang ikhlas kepada-Nya.
Semasa puasa perut dikosongkan dan pemakanan dikurangkan. Kedudukan roh menjadi tinggi , hati menjadi jernih, seterusnya hijab dan tarikan duniawi terhindar. Kejernihan dan dan sinaran memancarkan cahaya di dalam hati. Maka teranglah hati dan kebenaran dan nsfsu bersedia untuk menjalani proses Tazkiyah dengan zikir, bacaan al-Qur'an , istighfar, taubat dan doa, Lahirlah kebahagiaan hakiki, keselesaan Roh dan perasaan mendekati Allah. Ibu berazam sahur dan iftar tahun ini berbuka dan makan minum dengan apa yang ada.
Usrah Amal Aisyah lebih berfokus mentaddaburi hafazan surah Al -Muzzammil. Ayat 18-20. Membaca apa yang mudah. Syukur AlhamdulillahAllah Maha Mengetahui kekurangan Dan kelemahan setiap hamba-Nya sebab itu sentiasa dibuka peluang istighfar. Disentuh juga tentang penyaksian para hamba-Nya yang
Juga penjelasan tsaqqafah tentang Islam liberal yang merosakkan Akidah anak muda di zaman teknologi maklumat tanpa batas. Tanpa Akidah, semua Amal batal di sisi Allah SWT.
Hari Jumaat jam 3.30 petang ibu minta tolong pembantu rumah datang menjaga suami sementara ibu ikuti mesyuarat di surau baharu SRAATI. Tidak sampai hati jika buat-buat tak tahu kerana bekas guru besar (kini pengetua Matri) amat berharap ibu dapat hadir walaupun sukar. Menurutnya kaunselor amat faham keadaannya hadapi tekanan kerja baharu. Ketika bertemu sebelum mesyuarat bermula, kami berdakapan erat juga dengan PK 1 yang baharu lapor diri pada 4 Januari. Sekali sekala ibu menyapanya melalui PM wassap. Ibu turut mendoakanjya, mudah wal Allah permudahkan.
Comments
Post a Comment