61 Tahun Kini berbaki 2 tahun ikut umur Rasulullah sallallahu alaihi wassalam

 Alhamdulillah, Segala Puji-pujian hanya milik Allah tempat kita bersandar dan berpaut sepanjang masa, sejak dulu kini dan selamanya. Selawat buat junjungan tercinta Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. 

Menjelang usia 61 tahun pada 27 Mei hari ini terpanggil hati ibu untuk berkongsi perasan semakin lanjut usia ini dalam persiapan untuk transit di alam barzakh tak lama lagi. Sentiàsa 'get ready' menyusul roh ayah bonda tercinta dan juga kekanda serta insan-insan soleh yang mendahului kami menuju ar rafiqul a'la.

Paling terkesan di hati hari Khamis malam Jumaat, ketika mati seketika (tidur) sebelum dibangkitkan kembali pada jam 3.00 pagi, Roh ibu bertemu Almarhumah bonda Hjh Salamah bte Salim. Allahu Akbar, terlepas rindu dan sempat Almarhumah sapu rata minyak wangi di leher ibu. Subhanallah, petanda apakah ini? Adakah tidak lama lagi ibu akan menyusulnya?

Ibu tertanya kakak dan adik bungsu, meruntun jiwa membaca respon mereka. Mimpi minyak wangi petanda mimpi yang baik. Alhamdulillah semoga baik untuk dunia dan akhirat kami bersama.

Subhanallah rindu bonda ketika masih hidup sentiàsa dalam doaku seperti mana cintaku kepada ayah bonda kandung tercinta, Almarhum Md.Top Hj Daik dan Almarhumah Esah bte Long. 

Di samping kak Ngah, bonda Hjh Selamah paling bànyak menitiskan air mata sejak ibu berpoligami. Sebelum itu,  Pesanannya yang masih terukir indah  dalam kenangan ibu  "jangan tinggalkan.....(anaknya)"

Takdir Allah sentiàsa indah dan tidak pernah salah. Akhirnya bonda juga akur tidak boleh melawan takdir, dengan lapang dada beliau redha "segalanya sudah dalam suratan takdir Allah di Loh Mahfuz" Kata-kata ini diluahkan tidak lama selepas ibu berpisah dengan anaknya secara mudah yang Allah aturkan tanpa melibatkan mahkamah. Tutup aib masing2 dan bekas pasangan. Ibu rasa sangat tenang, Alhamdulillah.

Apabila kita sudah redha, mudah untuk kita  syukuri bànyak lagi nikmat lain yang Allah kurniakan. Paling ibu hargai adalah nikmat hidup' berjemaah dan ditemukan dengan pasangan yang sentiàsa hargai kehadiran ibu dalam hidupnya. Berpisah seketikapun, dipesan "cepat balik". Kepulangan ibu sentiàsa dinanti-nantikan.

Syukur Alhamdulillah, suami ibu bukan jenis suka ikut-ikit budaya meraikan hari jadi seperti masyarakat kini selalu viral menyambut hari jadi dirinya dan ahli keluarga di media sosial. Ibu rasa amat tenang dan santai , tidak payah mendera diri nak hafal tarikh lahir sesiapapun kecuali apa yang Allah takdirkan ibu boleh ingat... Selain tu jika ibu ingat kira bonuslah. 

Oleh kerana insan yang mengenali ibu tiada di sisi, Ibu raikan sendiri, tempah sendiri dan ambik sendiri, edar-edar untuk petugas yang angkat suami tiga kali sehari. 

Kudrat yang ada tidak mengizinkan ibu mempelawa  sesiapa pun adakan majlis makan-makan. Di usia ini ibu mudah letih jika paksa diri menghidang-hidang apa lagi memasak kecuali jika ada pembantu rumah bertugas di hari bekerja. Ibu perlukan afiyah, kesihatan berpanjangan untuk menjaga suami sakit. Menjaga orang sakit perlukan emosi yang sentiasa stabil dan elakkan pertembungan-pertembungan yang mengundang syaitan merosakkan ukhuwwah kami.

Minima ukhuwwah adalah berbaik sangka. Ibu andaikan mereka semua adalah 'ahli syurga'. Usah diharap kepada yang tidak sudi di kalangan mereka walaupun duduk serumah.  Fokuslah  kepada yang memerlukan bahkan sentiasa mencari walaupun nun jauh di Johor, Shah Alam dan Kelantan, sami'na wa atho'na, istiqomah belajar secara Maya setiap pagi selepas Subuh. Alhamdulillah semoga ada manfaatnya bagi kami khususnya warga emas. 

Untuk elak salah faham kononnya "Kera di hutan  disusukan anak di rumah mati kelaparan' itu di luar tanggung jawab ibu. Setiap minggu   ada usrah atau halaqah biasanya kami buat 'pot luck' dan pembantu rumah faham tugasnya dari A sampai Z jika ada tetamu datang ke rumah. Selalunya ibu oder saja makanan, minuman terutama teh hijau daripada petugas yang urus Ustaz masuk toilet setiap hari.

Ucapan anak tunggal ibu yang sedang bertugas di Genting Highland uruskan family day sebuah syarikat dengan 400 orang staffnya

Assalamualaikum. Sanah helwah ibu tersayang. Semoga Allah sentiasa rahmati dan berkati setiap umur ibu dalam ketaqwaan.. amiin

Didoakan Allah beri kesihatan dan kekuatan dalam khidmat kpd ayah dikasihi. Ya Allah terimalah, dan redha lah ia sebagai amal soleh yg boleh masukkan ibu kami ke dalam syurga Mu.. amiin 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Tiba-tiba menantu call, cucu-cucu nyanyikan lagu ulang tahun memeriahkan suasana sepi ibu nak tidur Qailullah. 

Hari ini sempena 61 tahun ibu tak larat nak ajak sesiapapun meraikan. Hiburkan diri dengan doa Nabi Isa as dalam surah Maryam ayat 33 seperti berikut;

وَالسَّلٰمُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُّ وَيَوْمَ اَمُوْتُ وَيَوْمَ اُبْعَثُ حَيًّا

33. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari kelahiranku, pada hari kematianku ku, dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.”

Indah sungguh doa ini jika boleh dimanfaatkan memohon kesejahteraan dan keredhaan Allah selamanya. Hadiah paling istimewa dari Allah untuk ibu adalah istiqomah  memperkasakan taddabur mukjizat Qur'an setiap pagi selagi hayat dikandung badan. Bagi ibu nilainya berbillion ganda lebih baik dari ibu sibuk belajar ambil PHD seperti yang ibu harapkan di awal tahun 2019. Lebih tenang istiqomah bertaddabur Qur'an dan taddabur alam sebagai kerjaya utama ibu sambil-sambil merawat suami

Alhamdulillah , Allah permudahkan urusan program Gema Fajar , hari ini masuk hari yang ke-412. Taddabur surah Al Anbiya ayat 73-81 merujuk Nota My Qur'an Time juzuk 17. Nota My Qur'an Time tinggal juzuk 18 sahaja. Juzuk 19 masih belum terbit lagi, maka untuk juzuk seterusnya ibu bercadang buat nota dalam bentuk power point. Perlukan lebih bànyak masa untuk menyiapkannya. Exam tambahan  ibu setiap hari siapkan 1 halaman untuk juzuk 19-30.  Mohon doa semua semoga Allah permudahkan dengan kerjasama puteri-puteri MATRI dan anak saudara ibu di Bintulu. Insha'Allah 

Syukur Alhamdulillah, Taddabur Asmaul Husna kini masuk pusingan kedua setiap jam 3.30 pagi. Hari ini Asma Allah yang ke 21 dan 22. Paling terkesan membaca buku Li Annakallah (Belajar Bersandar Hanya Kepada Allah) dari awal sampai akhir untuk dikongsikan bersama warga Gema Fajar Dan ahli keluarga masing-masing.

Kisah ini ibu rakamkan agar dibaca oleh anak cucu dan cicit-cicit ibu hingga hari Kiamat. Merupakan Kenangan terindah dan modal untuk kita sembang-sembangkan dalam syurga nanti. Insha'Allah. 

Wabillahi taufiq Wal Hidayah. Wassalam 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil