Uzlah Menangani Covid-19

Dengan Nama Allah 
Rabb Yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Pengasih 

Selawat dan salam ditujukan kepada Rasul junjungan sallalahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri hanya sanya kepada-NYA. 

Hakikat cinta sebenarnya tidak pernah mengenal usia. Inilah pengalaman yang Allah anugerahkan kepada pasangan yang memahami bahawa rezeki, jodoh dan ajal telah ditetapkan oleh Allah. Soal rezeki, jodoh dan ajal adalah hak Allah menentukan yang terbaik sesuai dengan niat dan keperluan para hamba-Nya. Alhamdulilah dalam serba kekurangan dan kelemahan masih ada banyak kelebihan  yang ibu amat hargai kehadiran suami hingga kini bukanlah suatu yang membebankan. Perkataan "I love you" di akhir kalimah ikhtitam (penangguhan) sebelum tidurnya "Alhamdulillah, syukran kerana..., minta maaf kerana....Tolong doakan..." amat perlu dijadikan contoh kepada para suami yang sihat walafiat supaya  menghargai jasa  isteri yang  sentiasa  melengkapi kekurangan  mereka (para suami) yang ada. Inilah  hakikat cinta  kerana Allah hanya lahir  dari proses tarbiyah  madrasah Rasulullah sallalahu alaihi wassalam.. Tanpa izin Allah cinta  ini tidak akan hadir mengindahkan kehidupan yang serba mencabar khususnya dalam era Covid-19

Ibu amat kagum dengan penyusunan Allah menghadirkan jiwa-jiwa yang ikhlas menyantuni suami yang semakin uzur. Seorang ustaz muda menyediakan khidmat mengurut tanpa mengambil sebarang upah walaupun beberapa kali kami pujuk agar sudi menerimanya. "Saya yang sedih kalau saya ambil duit tu..." selepas  ibu maklumkan "Ustaz Omar sedih kalau anta tak sudi menerimanya...". Keikhlasan ini juga lahir dari proses tarbiyah madrasah Rasululah sallallahi alaihi wassalam. Dalam sejuta payah hendak dapat walaupun seorang lebih-lebih lagi di zaman mereka  yang amat dahagakan  dana demi 'survive' di era covid 19. Semoga Allah permudahkan segalaurusan dan murahkan rezeki ahli keluarga merekayang ikhlas  berbakti  untuk Deen

Kini gejala Covid 19 mengganas kembali dan Malaysia mencatat rekod mencapai lebih kurang sekitar 3000 - 4,000 kes sehari. YDPA mengisytihar 'Dharurat' hingga bulan Ogos 2021 memandangkan jumlah kes masih belum berkurang. Alhamdulillah, semakin panjanglah  tempoh kami ber'uzlah' pasti banyak hikmahnya. Hadapi gejala ini dengan tenang dan anggaplah ini peluang keemasan untuk kita pulihkan kembali fitrah untuk mensucikan jiwa hingga beroleh 'qalbun salim' sebelum dipanggil pulang ke rahmatullah bagi warga 'emas' seperti kami. Golongan  yang masih muda  belia dan sudah berumah tangga, kembalikan fitrah menjadi guru pertama  bagi anak-anak  di mana rumah  merupakan sekolah pertama  bagi mereka. 

Pihak pengurusan SRATTI bercadang hendak teruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara fizikal membenarkan  murid-murid ke sekolah mulai 20 Januari nanti. Pegerusi ALP tidak setuju pasti  ada hikmahnya. Ibu teringat di antara  intipati ucapan aluan Dr  Abdullah Sudin Abd Rahman, Presiden Haluan semasa Muktamar  Haluanita Malaysia pada 16 Januari. "Biasanya orang dirikan sekolah Islam untuk mencari duit, berbeza dengan kita. Kita tubuhkan sekolah untuk buat kerja Islam" Ibu faham maksud tersiratnya perlukan proses tarbiyah berterusan untuk membina keseragaman akidah (wahdatul akidah) melahirkan wahdatul Fikr dan seterusnya  akan keseragaman amal (wahdatul amal). 

Dalam training pertama untuk pengasuh Taska Ummu Salamah pada hari Sabtu, 9 Januari ibu tekankan 3 faktor utama  yang menjayakan tarbiyah anak-anak di awal usia. Pertama  adalah  manhaj atau sistem pendidikan berteraskan Al Quran dan Sunnah. Kedua Murabbiyah yang memiliki Qabun Salim. Persiapan jiwa yang bersih melahirkan kesihatan mental dan fizikal pendidik@ pengasuh sendiri melayan ahli syurga  di hadapan matanya dengan sebaik-baiknya.   Ketiga adalah faktor  persekitaran  yang soleh (Biah solehah)

 Alhamdulillah, di samping berkhidmat menyantuni keuzuran suami ibu cuba istiqomah dengan tarbiyah Zatiyah perbaiki diri agar semakin dekat dengan Allah. Ibu akui memang ada kelemahan diri kerana tidak mampu memenangi hati semua ahli keluarga. Biarlah mereka nampak kelemahan ibu untuk dipelajari bagaimana cara untuk melengkapkan kekurangan orang tua. Berbekalkan tarbiyah, ibu yakin mereka akan memahami dan redha dengan segala kekurangan yang ada. 
Jika sukar sangat hendak memahami, orang Perlis kata 'biaq pi'lah. Sebenarnya di luar kemampuan ibu hendak fikirkan perkara remeh temeh yang sering menghambat diri agar menyimpang dari jalan yang lurus, bahkan amat meletihkan. Mujur suami amat memahami dan tidak pernah melayan hal-hal yang remeh temeh kerana  banyak lagi urusan  yang perlu  kami utamakan.

Alhamdulillah, syukur Allah izin ibu berpeluang hiburkan diri agar berbakti kepada tanah dengan menceriakan taman bunga yang sudah lama terbiar. Mudah-mudahan menjadi medan amal untuk cucu-cucu turut berbakti dari generasi ke generasi walapun tok ibu sudah meninggal dunia kelak.

Dua kali ibu dikunjungi oleh seorang ibu berusia 66 tahun, masih boleh memandu kereta. Sakit kencing manis dan hujung jarinya telah dipotong. Kehadirannya sebagai tetamu di awal pagi sekadar ingin berkongsi dan meluahkan rasa hati tentang anak sulungnya, seorang ibu tunggal (bercerai) dan berkahwin lagi dengan lelaki lain berwalikan abangnya secara online. Pernikahan tanpa sijil nikah inilah yang amat merisaukannya. Ibu itu keletihan memikirkan masalah demi masalah yang menimpa anaknya yang telah berhijrah ke Pantai timur mengikut suami baharunya. 

Berat mata kita memandangnya, berat lagi bahunya yang memikul. Sewajarnya di usia itu, dia perlu istirehat di rumah. Namun kerana anak-anaknya jauh, tanpa sebarang sumber pendapatan, dialah yang menguruskan makan minum suami dan adik iparnya yang uzur. Memang perlu disimpati kehadirannya...
"Ya Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan kepada ibu ini agar redha menerima ujian-MU" Ibu sarankannya agar dia sentiasa ulang-ulang baca surah al Ghafir ayat 44. Serahkan segala urusan kepada Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya dan akuilah sememangnya  kita tidak mampu. Kita kerdil dan amat memerlukan pertolongan dari Allah dalam menangani segala masalah.

Alhamdulillah kali kedua kehadirannya di pagi yang hening nampak keceriaan dan dia telah boleh menerima hakikat ujian Allah melalui anak-anak. Mujurlah dalam lubuk jiwa dan fikirannya sentiasa yakin bahawa anaknya baik dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. "Ana sekolah tak tinggi, setakat darjah 3, memang tak pandai...bla bla bla "beliau merendahkan diri. 
"Alhamdulillah, yang penting akak ada tarbiyah madrasah Rasulullah SAW" jawab ibu agar beliau merasa izzah kerana Allah pilih menjalani proses tarbiyah lebih 30 tahun lamanya. Apa gunanya ilmu sampai dapat ijazah, sarjana atau Phd malah bergelar ustaz atau ustazah sekalipun, namun jika tidak ada kerendahan hati untuk mengutamakan proses tarbiyah madrasah Rasululah SAW?  Apalah gunanya? 

Pada suatu malam seorang ustazah minta nasihat secara online kerana menurutnya dia rasa  terdesak dan amat perlukannya. Ibu respon "Pertolongan Allah pasti datang apabila kita memang tidak mampu, lemah, tidak tahu, daif dan jahil. Surrendor (Menyerah diri) kepada Allah." 
Ibu yakin, bila di hadapan Allah  kita akui bodoh atau jahil berhadapan dengan masalah apapun, nanti Allah akan perbaiki keadaan kita dan permasalahan kita satu persatu dengan Kebijaksanaan-NYA. Mengubah qalbu manusia adalah kerja  Allah bukan kerja kita sebagai hamba-Nya. Fokus kita hanya kepada kerjaya utama kita perbaiki kualiti sebagai hamba-Nya dan khalifah-Nya untuk menolong Deen Allah, maka Allah akan kukuhkan kedudukan kita di mana jua kita berada.Yakin dengan maksud surah Muhammad ayat 7 

Hakikat penyerahan diri secara total amatlah payah jika kita rasa diri serba boleh, serba tahu, sudah pandai dan tidak perlukan bimbingan lagi. Ibu amat bersyukur Allah aturkan berada di dalam organisasi Haluan, hidup berjemaah di mana kami saling ingat mengingati, saling lengkap melengkapi (takmil wal istikmal) kekurangan yang ada dalam rangka mencari keredhaan Allah SWT. Inilah  hakikat cinta tidak mengenal usia ingin ibu kongsikan dengan ahli keluarga tetapi masih belum kesampaian. 

Di syurga nanti kita semua sebaya sentiasa muda tidak tua, sentiasa sihat tidak sakit, sentiasa dapat istirehat tidak penat, sentiasa berbaik sangka, tidak dengki. Kita akan seronok bersembang dan menikmati segala keindahan dalam syurga. Untuk menikmati indahnya hidup daam syurga, di dunia ini dalam apa jua masalah yang kita hadapi, kecilkanlah. tak perlu diperbesarkan. Sebaliknya serahkan kepada Allah dengan kalimah Allahu Akbar. Allah Maha Besar .
Wallahu alam

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil