Syurga Buatmu Almarhum Zubaidi Amir Qusyairi

Menonton video ini menitis air mata ibu mengenangkan betapa rindunya anak ini yang baharu berusia 7 tahun dipisahkan dari keluarga yang mendidik dan mengasuhnya dengan penuh kasih sayang sejak berusia 2 bulan. Allahu Akbar, pasti ada hikmah yang terselit di sebalik peristiwa kematian anak yang masih suci  dari dosa di tangan  ibu kandung dan ayah tirinya. Pihak polis  dimaklumkan anak ini meninggal kerana lemas di dalam bilik air. Apabila siasatan dibuat, ada banyak kesan lebam membuktikan dia mengalami penderaan fizikal, mental  dan jiwa. Allah, kesiannya  anak ini. Syurga sudah pasti untuknya, menanti keluarga  yang telah berikan nilai kasih sayang walaupun dia tidak lahir  dari rahim ibu angkatnya. 
Semoga ibu kandung  dan ayah tirinya menyesal  dan bertaubat...



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil