Mohonlah Kepada Allah

 Dengan nama Allah 

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang


Segala puji-pujian hanya milik Allah

Rabb Yang Maha Mengetahui segala isi hati...amat terharu rasa, lebih-lebih lagi selepas tadarus dan taddabur surah Yusuf betapa Maha Baiknya Allah sentiasa terselit banyak hikmah di sebalik setiap ujian untuk para hamba-Nya

Selawat dan salam ditujukan khusus buat junjungan Rasullullah Sallallahu alaihi Wassalam kaum keluarga dan para sahabat.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah di atas nikmat Islam dan iman yang Allah kurniakan kepada kita. Ibu amat bersyukur, sangat-sangat bersyukur kerana Allah hantar mereka yang memahami ibu selesaikan satu persatu masalah ibu...

Pertama, menjelang Ramadhan, ibu mencari-cari di media sosial ustaz atau ustazah yang boleh bimbing ibu tadarus  dan taddabur Quran sepanjang bulan Ramadhan. Anak ibu siap bayarkan yuran. Hari pertama dan kedua Ramadhan, cuma dapat dengar sahaja bacaan Qari dan Qariah syarikat tersebut secara bertajwid. One way sahaja, rasa tak puas. Ibu harap ada orang yang boleh betulkan bacaan ibu. Sebelum ini memang baca depan suami. Siapa sangka tiba-tiba kak  Ngah wassap, ajak tadarus satu hari satu juz bersama 2 lagi adik dan kakak di Shah Alam. Alhamdulillah hari ke-3 Ramadhan kami mula tadarus juz 3 empat beradik perempuan. Ya Allah terima kasih, segala harapanku Engkau makbulkan dengan kehadiran 3 adik beradik yang sangat memahami segala kelemahan dan kekuranganku. Hingga sekarang Allah izinkan kami bertadarus dan ditambahkan dengan taddabur beberapa ayat dari setiap Juz

Alhamdulillah sambil menemani suami, ibu sibukkan diri membaca buku tafsir untuk dikongsikan bersama setiap perjumpaan maya selepas Asar. Satu jam sehari yang amat memberikan kepuasan.  Kakak ibu Hjh Nortipah memang guru Quran bertsuliah di Johor, bersanat. Syukur, walaupun ibu jauh nun di Utara, namun berpeluang belajar lagi dengan kakak yang bagai ibu kandung sendiri.

Kedua, perkembangan kesihatan suami dan anak lelakinya juga tidak sihat, tenaga ibu agak terlebih guna dari keupayaan menyebabkan ibu sering sakit pinggang dan tulang belikat. Akhir-akhir ini emosi ibu agak terganggu, cepat sakit pinggang dan keletihan.Ibu tak mengadu pada anak kandung dan adik beradikpun, cuma kepada anak sulung sahaja. Sedaya upaya memang hendak tutup aib. 

Alhamdulillah, Allah hadirkan seorang ibu muda datang urut kami setiap hari Jumaat. Masuk minggu keempat ibu muda ini urut ibu, beliau berpesan agar ibu tidak paksa diri guna tenaga berlebihan kerana ikut umur memang ibu tidak mampu urus suami seorang diri. Beliau cadangkan ibu gunakan kemudahan teknologi yang ada. Disarankan beli katil yang guna remote control. Ibu bincang hendak manfaatkan kemudahan kerajaan melalui JPA beli peralatan tersebut.  Ibu bincang dengan anak sulung dapatkan maklumat untuk mohon bagi pihak ayahnya.

Sungguh Allah Maha Baik, lepas Subuh tadi dapat wassap tanya khabar dan persoalan yang harap ustaz Omar berikan jawapan. Ibu rakam suara suami jawab persoalan tersebut menyebabkan mereka amat sebak mendengarnya lalu bertanya perkembangan kesihatan. Sahabat karib dunia akhirat yang amat memahami, tak banyak soal terus cari link Shope jual katil serba guna (harganya RM2,000 hingga 2500.  Mereka tanya ibu dulu kesesuaiannya  sebelum  meng'oder'nya. Ibu tak sangka suami isteri ini terus bagi tahu "kami hadiahkan untuk ustaz" Ya Allah, baiknya hati mereka, murshkan rezeki mereka"

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil