Sebak Di Bulan Ramadhan
![]() |
Sentiasa paling awal menanti dua beradik lagi |
Taddabur Quran pagi itu kami bertiga tanpa kehadiran kak Ngah, sudah pasti sibuk mengurus keluarga memaklumkan berita sedih itu kepada saudara dan rakan taulan,
Sedih kedua, kakak yang mengganti tempat emak kami, tidak dapat ibu peluk ketika diuji dengan kehilangan suami. Hanya doa dan linangan air mata mengiringi kerinduan dan kesedihan ini. Raya tahun ini ibu turut berkabung...
Banyak peristiwa di bulan Ramadhan tahun ini mengundang rasa sebak dan pasti air mata menitis mengenangkannya. Sebelum ini jika ibu hendak bermusafir tappa suami di sisi, anak tiri yang soleh dan menantu solehah menyantuni suami sepanjang ibu bermusafir atas urusan tertentu. Allah izin hingga saat ini sudah lebih seminggu mereka berdua tiada di rumah kerana anaknda ditahan di Wad 1 Hospital Besar Tunku Fauziah kerana darah merah 'drop' hampir 50% tanpa diketahui puncanya. Masih lagi dalam siasatan. Sedah tambah darah beberapa kali, drop kembali ke angka asal, 6.9.
Lebih sebak lagi mereka berjauhan dengan anak 5 orang. Mengenang yang kecil tidak pernah berjauhan, diuji seawal usia..memang sedih lihatnya. Mujurlah mak longnya tolong urus segalanya agar kesedihan ibu tidak berganda.
Comments
Post a Comment