Mungkinkah ini Ramadhan Terakhir Kita Bersama?
- Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb sekelian alam
- Selawat dan salam khusus untuk junjungan Rasulullah sallallahu alaihi Wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat dan jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah.
- Minggu ini merupakan minggu terakhir menjelang Ramadhan dan ibu rasa sangat terhibur kerana dua sahibah semasa kami sama-sama belajar di Universiti Malaya sekitar tahun 1985-1988 berkunjung dengan pelbagai berita terkini yang luar biasa.
- Ukhti Rashidah dari Kelantan bersama suami dan seorang anaknya berkunjung sebelah pagi (agak mengejut juga). Kelembutannya masih terserlah sejak dulu lagi. Ibu amat kagumi kelembutannya dan sedikit sebanyak menjadi contoh ibu meruntuh dan mencairkan kekerasan jahiliyah darah Bugis yang mengalir dalam diri ini. Ramai yang berbangga lahir dalam keturunan Bugis terkenal dengan garang dan bengisnya, begitu juga ibu ketika jahiliyah suatu masa dahulu. Sebenarnya boleh diproses untuk menundukkannya ikut Iman.
- Untuk simpanan cucu cicit generasi ke hadapan, ibu adalah keturunan dari jurai Embok Alik@ Yak Wak (Laksamana Angkatan Laut Johor). Almarhum Tok Abah Hj Md.Top (ada 10 beradik) bin Hj Daik (5 beradik) bin Jaafar (3 beradik) bin Lahmat@ Rahmat bin Embok Alik.
- Ibu dengan bekas menteri pendidikan (Dr Mazli) adalah 2 pupu mempunyai moyang yang sama iaitu Jaafar ( Hj Daik dan Hj Sagap adik beradik). Alhamdulillah, ibu berdoa semoga cucu cicit kami kelak sentiasa bermanfaat untuk kegemilangan Islam masa depan serta memberi ganjaran pahala yang tidak putus kepada generasi masa lalu yang mendidik kami mengenal Allah dan Rasul, Islam dan al Quran.
- Insha Allah, Alhamdulillah suamiku ustaz Omar amat faham, demikianlah watak anak Bugis memang tegas kpd yang Haq. Insha Allah.
- Subhanallah, Allah kurniakan ukhti Rashidah 11 orang anak dan ibu taaruf beliau mengasuh anak-anak tanpa leteran. Contoh yang sangat luar biasa kesan tarbiyah madrasah Rasulullah yang kami ikuti sejak tahun 1980an. Lebih menarik lagi berita suaminya Akhi Kamarudin Deraman pilih bersara lebih awal dari khidmatnya di sekolah Alam Shah kerana semata-mata hendak menjaga dan menyantuni keuzuran bondanya di Kelantan.
- Subhanallah, di dunia cyber serba mengejar dunia ini masih ada jiwa semulia Uwais Al Qarni yang berkorban belanja tunaikan haji utk jirannya semata-mata menjaga ibunya yang lumpuh, buta dan tidak berdaya. Uwais al Qarni juga sanggup tidak menunggu Rasullullah ( di Madinah) pulang dari medan jihad kerana teringat pesanan bondanya agar segera pulang ke Yaman. Satu dalam berjuta memang payah nak cari calon ahli syurga yang mencintai bondanya kerana Allah.
Cucu-cucu solehah belaka, Alhamdulillah - Sahibah kedua bekas teman sekuliah di UM juga berkunjung selepas Asar sekembalinya dari meminang anak gadis ustaz Mahadir untuk anak saudaranya (anak Dr. Zulaikha) Berita yang amat menghiburkan. Allah aturkan memang ibu tak sangka sama sekali tapi ibu dapat tumpang bahagia sangat...Alhamdulillah, terasa mutakhir ini semakin ramai anak-anak gadis Perlis dipinang oleh anak sahabat Johor.
- Allah izin, hero rumah ini ayah dan anak kedua-duanya uzur. Ujian bagi menantu solehah kami, sibuk menanda kertas SPM pendidikan Islam, masih mampu menyantuni keluarga besar kami sebaik-baiknya. Semoga Allah permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat Ibu tak dapat nak bantu kecuali fokus menyantuni suami.
![]() |
Penyampaian UG terakhir menjelang Ramadhan |
Ibu dah pesan dengan anak ibu ambil cuti 10 akhir Ramadhan. Cucu-cucupun perlu dicutikan bantu ibu santuni suami yang semakin perlukan perhatian yang amat sangat.
Mohon ampun dan maaf di atas segala dosa ibu dan kelemahan sepanjang kita bersama. walaupun tak sempat hendak bermesra namun cukup sekadar kita husnuszhon kerana Allah semata-mata. Sedikit sumbangan yang mampu ibu lakukan doakan semoga Allah terimanya sebagai amal soleh. Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita semua dan himpunkan kita kelak di syurga-Nya. Semoga Ramadhan ini merupakan Ramadhan terbaik untuk kita semua. Aamiin ya Rabbal alamin.
wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Comments
Post a Comment