Hakikatnya Kita Faqir

 اِنِّىۡ لِمَاۤ اَنۡزَلۡتَ اِلَىَّ مِنۡ خَيۡرٍ فَقِيۡرٌ

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."

Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Rabb yang Maha Teliti Mengaturkan segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung, junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga dan para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas menyerahkan diri hanya kepada Allah. 

Ahad, 14 November ibu berpeluang dapat bersemuka dengan veteran- veteran dalam halaqah merancang aktiviti bersama masyarakat. Kami buat pot luck, ada  yang bawa mee hoon Singapura,  kuih muih dan macam-macam. Bersemuka  jaga SOP. 

Ibu kemukakan isu semasa merujuk kes kaunseling keluarga terkini. Dua minggu lalu  seorang ibu menelefon mengadu masalah anak gadisnya ( ahli halaqah ibu) sudah mula menyimpang dan kemaruk dengan 'game' hingga tidak tidur malam. 

Ibu akur dah lama tak buat halaqah, mungkin mereka mula tawar hati hendak teruskan halaqah online. Justeru itu ibu ubah pendekatan, bagi anaknya buat projek WCDC (Warung Cyber Dengar Cerita). Anak gadis itu meluahkan tujuan dia terlibat dalam gamming ini bukan suka-suka tetapi ada niat untuk berdakwah. Dia ingin ikut jejak 'Ustaz TIDO'  berdakwah melalui media gamming



Kini dia ada 5000 followernya yang perlu diselamatan akidahnya. Kanak-kanak yang tak solat, kini dah mula solat. Tujuan WCDC  ini nak ajak anak gadis itu buat aktiviti secara berjemaah, bukan secara individu. Dia setuju hubungi bekas pelajar Matri nun di Turki sana  libatkan diri dalam projek WCDC sebagai tok dalang.Alhamdulillah, semoga Allah permudahkannya dan ibunya akan faham tujuan murninya itu.

Susah juga nak melayan kerenah ibu-ibu yang tidak bagi ruang untuk anak-anak berkreativiti.

Lebih susah lagi nak layan anak-anak yang tak faham 'deen' . 

اِنِّىۡ لِمَاۤ اَنۡزَلۡتَ اِلَىَّ مِنۡ خَيۡرٍ فَقِيۡرٌ

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."

Hakikatnya kita faqir, nak tunjuk pandaipun  paling tidak, malulah pada Allah.  Ibu serahkan segala-galanya pada Allah . Hanya Dia yang tahu uruskan segala yang ibu tak tahu. Ada ustaz cerita kata-kata Saidina Abu Bakar ra. seperti berikut " bila kita tak tahu, itulah makrifat , mohonlah kepada Allah kurniakan makrifat dalam qalbu kita"

 Syukur Alhamdulillah, apa yang Allah aturkan untuk ibu, semuanya yang terbaik untuk akhirat ibu. Insha Allah, banyak hikmah yang  ibu pelajari dari suami khususnya dari sifat syukurnya mewarisi syukur Nabi Ayob ketika sakit  dan  sobrun jamil mewarisi sabarnya Nabi Yaacob dalam  DIAMnya. Dalam diam ada ketegasannya untuk menunaikan janjinya yang tertangguh masuk  tahun ketiga. Luahan hatinya dicurahkan ke pendengaran anak ibu sahaja.

Ibu tidak pernah menuntut kerana ibu akur dengan keadaan fizikal suami tidak mengizinkan, namun ibu tetap raikan impian dan harapannya walaupun ada halangan yang bersimpang siur menanti kami di hadapan. Meraikan harapannya yang kini bakal masuk ke usia 78 tahun, bukan bermaksud mesti buat, tetapi ibu tidak mahu menghampakannya. Ibu raikan sahaja, sebagai tanda niat sucinya untuk membahagiakan ibu sebagai isterinya sudah dirancang. Belikan baju baru dan peralatan travel untuknya seperti tempat sandar dsb. Terlaksana atau tidak niat itu bergantung kepada apa yang Allah aturkan kelak. Di sinilah pentingnya makrifatullah, kenal Allah dahulu sebelum guna logik akal.

Anak muda sekarang senang-senang menghampakan perasaan orang tua hanya guna logik akal dan mengabaikan  hakikat bahawa perancangan Allah itulah yang terbaik. Ibu faham luahan hati suami selepas beliau  berdialog dengan seseorang. Katanya,  "dia nak takut-takutkan kita... sebab tu malas nak cakap!".

 "Malas nak cakap" ibu selalu dengar sejak awal perkahwinan tahun 2015, bukan baharu sekarang. Ibu rasa mesti ada "Something wrong" dengan mereka menyebabkan suami malas nak cakap. Bertaubatlah segera, minta Allah kurniakan kefahaman tentang Deen agar mudah kita berkomunikasi. Bila tunjuk diri lebih bijak dari Allah, inilah 'gap' yang menjadi penghalang kemesraan. Selagi lidah masih boleh berkata-kata, segerakan bertaubat. Pangkat dan jawatan kita tak akan membantupun untuk kita mendapat keredhaan Allah kecuali dengan qalbun salim. Jangan nanti lidah  dan qalbu sudah kaku dan keras membatu baharu nak bertaubat. Sudah terlambat.

Apa dayaku nak lebih-lebih bercakap sekiranya ia akan lebih memudharatkan. Diam lebih selamat.

Alhamdulillah dengan anak ibu laju aje cakapnya. Wahdatul akidah dan wahdatul  fikrah amat penting dalam seni berkomunikasi dengan orang tua khususnya

Ibu juga ada impian untuk bahagiakan suami hingga ke hujung nyawa. Bagi ibu, Allah ilhamkan ibu menyantuni suamipun berkat doa anak-anak agar ayahnya dikurniakan bidadari di dunia lagi. Anak ibu juga doakan, dan Allah makbulkan. Syukur anak ibu amat menghargai kehadiran ayah tiri. Sekarang adalah peluang kami  mendapat ganjaran jihad fisabillillah. Insha Allah,  tidak sia-sia kita korbankan masa untuk urusan di mana ramai yang  berikan 1001 alasan untuk elak dari amanah suci ini.



Ibu yakin,  berkat amal soleh ini, Insha Allah kelak Allah akan sampaikan hajat ibu suatu masa nanti untuk menyusul roh para sahabat dan sahabiah di kampung yang dirindui iaitu Madinah Al Munawarah. Setiap kali sebut Madinah, air mata pasti akan menitis, betapa rindunya rohku ingin ke sana buat kali terakhir. Ya Allah sampaikan impianku menjadi  penghuni perkuburan Baqe'. Itulah kampungku di dunia ini. Matikan aku di bumi nabimu ( doa Saidina Umar Al Khattab ra)

Teringat kakak almarhum abah, ibu panggil Mak Uteh Mendek bte Hj.Daik, meninggal dunia di sana ketika musim haji. Kakak almarhumah emakpun meninggal dunia di sana. Namanya Zaharah bte Long. Ibu panggil Mak Ndak Zaharah. Kedua-duanya adalah ibu saudara kesayangan ibu. Ibu banyak belajar kehidupan darinya, di samping ayah bonda tercinta. Ya Allah himpunkan roh kami kelak bersama roh para solehat. Aamiin Ya Rabbal Alamin.





Comments

  1. Casino Wylde: Las Vegas Casino, Hotel, Racing, & More - Mapyro
    Casino Wylde is the Official Casino in Las Vegas 영주 출장마사지 and 영주 출장안마 is operated 전라남도 출장샵 by Harrah's. It is located in the southern part of the 양주 출장안마 Strip and 화성 출장안마 is part of the Downtown

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil