Jom Bersiap-siap Kita Balik Kampung

Di mana-mana sejak boleh merentas negeri, di sana sini  sedang kemaruk orang ramai balik kampung lebih-lebih lagi bercuti panjang sempena Deepavali. Sejak suami mula kurang upaya mengurus diri, ibu beralah dan tidak pernah menaruh harapan untuk balik kampung lagi. Hati ini lebih cenderung untuk  buat persiapan rapi untuk balik  ke kampung abadi.

Malam tadi, sebelum tidur tiba-tiba  suami berpesan "doalah Allah permudahkan kita boleh pi Johor cuti sekolah nanti" Mungkin  suami juga rindu hendak bercuti di tempat lain. Rasa berbunga  di hati namun ibu tidak berharap  sangat kerana bimbangkan diri  ibu sendiri  tidak larat tanpa  bantuan  anak muda ketika travel. Pilihan yang ada, anak ibu di Melaka  turun Perlis  bawa kami  bersama bercuti di Melaka dan Johor. Insha Allah semoga  Allah permudahkan. 
kemanisan  berusrah  dapat makanan roh

Sementara itu ibu hibur hati ajak ahli halaqah sama-sama buat persiapan balik ke kampung akhirat. Buat kali pertama setelah lebih 10 bulan kami hanya berusrah secara maya (online) hingga mula rasa tepu (unhappy) asyik ber'online' Dari aspek siyasi macam 'gah' laporan penuh tetapi amat dibimbangkan aspek fikri, bimbang tidak kesampaian kerana kurang  atau tidak boleh fokus. 

Ibu cuba pelawa ahli halaqah datang ke rumah pada hari Selasa dan  Jumaat (dua kumpulan usrah kaum ibu)
Salah seorang  ahli halaqah orang Acheh juga  terpaksa pendamkan  hasrat hendak balik kampung kerana  Acheh  masih tutup  pintu  Airportnya. Selesai berusrah, masing-masing  ucapkan  "Alhamduillah  terima kasih kak/mak cik kerana sudi ajak kami  datang  rumah. memang rindu suasana  ziarah  dan taman syurga  seperti ini" 

Sudah lama kami tidak rasakan  kemanisan pertemuan  di taman syurga  secara 'live' . Kami sama-sama taddabur  ayat  Quran Surah Taha : 123-125. Takut baca ayat 124, apabila  berpaling dari peringatan Allah (Al-Qur'an) akan  dihimpunkan dalam kedaan  buta di akhirat nanti. Nauzubillahi min zalik
Insha Allah, kami berazam  untuk sentiasa taddabur Quran dan taddabur alam  supaya  kelak kami  balik kampung akhirat  dalam  keadaan  celik (tidak buta). Inilah sebaik-baik persiapan, sentiasa menggunakan mata anugerah Allah ini  untuk mengenal-Nya, mencintai-Nya  dan merindui untuk bertemu dengan-Nya di kampung yang abadi (Syurga-Nya)


قالَ اهبِطا مِنها جَميعًا ۖ بَعضُكُم لِبَعضٍ عَدُوٌّ ۖ فَإِمّا يَأتِيَنَّكُم مِنّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدايَ فَلا يَضِلُّ وَلا يَشقىٰ
Allah berfirman: “Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara.

وَمَن أَعرَضَ عَن ذِكري فَإِنَّ لَهُ مَعيشَةً ضَنكًا وَنَحشُرُهُ يَومَ القِيامَةِ أَعمىٰ

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

قالَ رَبِّ لِمَ حَشَرتَني أَعمىٰ وَقَد كُنتُ بَصيرًا

Dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?”


Comments

  1. Best slots online - CasinoBettingSites777.com
    The Best Online Slots. Play 외국 라이브 all 1 bet of 바카라 전략 the best games from top casino software providers. Try 우리 계열 your luck on hundreds of titles from our top slot 네이버 룰렛 돌리기

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil