Mental Illness

Minggu ni ibu berkabung.
Sedih amat sedih mendapat berita  seorang lagi anak muda kami  meninggal dunia di usia 31 tahun. Ayahnya Pak Id adalah  sahabat karib suami dan menggunting rambut setiap kali diperlukan. Sedih, ujian  sungguh untuknya, isteri tidak sihat, anak lelaki bungsu OKU. Semoga Allah anugerahkan kesabaran tanpa batas untuk mereka sekeluarga.
Ibu  bayangkan jika ibu duduk di tempatnya, pasti air mata tidak kering memohon pertolongan Allah dalam setiap urusan. 

Dua hari ini  sentiasa sebak rasa hati, asyik tergenang air mata merindui macam-macam.Rindu nak balik kampung pun ya juga. Melihat saudara mara dan sahabat taulan buat umrah, rasa rindu semakin mencengkam. 
Adakah ibu  mangsa 'mental illness'?
Ibu pujuk hati mendengar macam-macam jenis selawat dan  nasyid tentang Rasulullah
mutakhir ini buka apa ceramah sekalipun, cerita kisah Rasulullah menjentik hati ibu. 
Alangkah baiknya sejak dahulu lagi ibu mencintai Rasulullah, nikmat amat kemanisan jika cinta itu mula subur di hati...

Berbalik kepada tajuk 'Mental Illness' kes-kes orang  lain  ibu muhasabah diri. Jika ikut sejarah kehidupan sejak kecil. ibu mrmang bahagia kerana kelahiran anak perempuan selepas 7 anak lelaki memang sentiasa dinantikan. Ibu paling  dimanjakan  dalam keluarga sejak kecil... 
Syukur Alhamdulillah..

Ibu juga pernah mengalami mental illness sejak mengalami masalah pendengaran di usia kanak-kanak lagi. Ibu mula murung dan menjauhkan diri dari orang lain, berkurung dalam bilik.
Mujur dalam keluarga ramai tukang pujuk, khususnya arwah emak abah, kakak dan adik bungsu. Mereka yang mengalami mental illness akan menjauhi kita jika kita melabel negatif atau menyalahkannya. 

Kali kedua mengalami mental illness apabila ibu ditempatkan mengajar di sekolah yang ramai pelajar bermasalah di Taman Medan Petaling Jaya. Stress ulang alik dari PJ ke Shah Alam.
Ibu disarankan oleh psiktrist  HBKL agar sambung belajar dalam kaunseling Islam di IPPI ABIM Kajang.  Ubatnya hanya ilmu  dan kemahiran bukan pil .
Berbekalkan ilmu dan kemahiran kaunseling Islam. banyak membantu ibu  kawal emosi.
Rupa-rupanya Allah bekalkan ilmu dan kemahiran uuntuk ibu hadapi ujian yang lebih besar.
Subhanallah..
2009 berpoligami
2013 bercerai

Pentingnya Iman, ilmu dan amal untuk merawat mental illness
ubat terbik merawat mental illness ialah diam, baca Quran dan mengadu segala masalah kepada Allah.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil