Perbaharuilah Iman Kamu
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allahyang masih memanjangkan umur kita untuk terus bertaubat membetulkan niat beribadah hanya untuk-Nya. Selawat dan salam sama-samakita tujukan kepada junjungan Rasulullah Sallallahu alahi wassalam.
Cuti sempena Deepavali pembantu rumah kami ambil cuti agak lama kerana menziarahi keluarga uzur di Segamat, Johor. Memang ibu sudah biasa ada pembantu rumah sejak sebelum berhijrah lagi,lebih-lebih lagi apabila ramai hero menghuni rumah ibu di Batu Pahat Johor ( Tahun 1994-2013). Fokus ibu dengan tugas utama tidak terganggu kerana pembantu rumah boleh bantu urus dan bereskan kerja-kerja mengemas, mencuci, melipat dan mengosok pakaian, siram pokok, buang sampah dan sebagainya.
Hari Sabtu, ,6 November agak kalut juga ibu nak urus macam-macam hingga tak sedar jari telunjuk kiri tergunting. Allahu Akbar, laju darah memancut keluar bagai nak pitam takut tengoknya. Cepat-cepat ibu balut dengan bandage tebal-tebal. Tetamu nak datang 30 minit lagi. Nak ke klinik, kasihan suami tinggal seorang diri sedangkan tetamu on the way nak sampai dari Pulau Pinang.
![]() |
Satu jam lepas luka. Gagah-gagahkan diri |
Waktu kecemasan seperti inilah, jika sudah tahu tiada siapa yang hendak membantu, memang perlu sangat ada anak muda yang menemani. Ibu rasa hendak menangis, tapi tahankan kerana perlu rai tetamu. Semua anak muda yang ada ambil kesempatan bercuti entah ke mana-mana.
![]() |
4 hari lepas terluka |
Baca dan hayatilah seerah para sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ketika seorang sahabat hendak ikut pergi berjihad. Rasulullah tanya dahulu adakah ada ibu ayah yang uzur atau telah tua di rumah? Dijawab oleh sahabat tersebut "ada ya Rasulullah". Rasulullah saw minta sahabat itu menjaga orang tua dan beliau dikecualikan daripada berjihad. Menjaga orang tua juga sama mendapat pahala jihad.
Hadits ini diceritakan 'Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash RA. Berikut haditsnya,
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- يَسْتَأْذِنُهُ فِى الْجِهَادِ فَقَالَ « أَحَىٌّ وَالِدَاكَ ». قَالَ نَعَمْ. قَالَ « فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ »Maksudnya: "Ada seseorang yang mendatangi Nabi SAW, dia ingin meminta izin untuk berjihad. Nabi SAW lantas bertanya, 'Apakah kedua orang tuamu masih hidup?' Ia jawab, 'Iya masih.' Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pun bersabda, 'Berjihadlah dengan berbakti kepada keduanya.'" (HR Muslim).
Baca artikel detiknews, "Berbakti Kepada Orang Tua Sama Nilainya dengan Jihad, Berikut Haditsnya" selengkapnya https://news.detik.com/berita/d-5725613/berbakti-kepada-orang-tua-sama-nilainya-dengan-jihad-berikut-haditsnya.
Download Apps Detikcom Sekarang https://apps.detik.com/detik/
Kalau betul-betul hendak ikut sunnah Rasulullah, anak-anak pasti tidak tergamak tinggalkan orang tua tanpa bantuan di rumah. Patutnya ada rasa berdosa dan bersalah kerana lari dari jihad dan tanggung jawab utama.
Allahu Akbar, ibu istighfar banyak-banyak. Pasti ada hikmah tergunting jari, sakitnya emosi ibu aagak terganggu.Iman mula menipis...
Agak dalam juga luka tu, tidak sampai 5 minit terpaksa tukar bandage hingga ulang 5-6 bandage baru. Darah masih tak berhenti mengalir. Cuba sapu minyak gamat, sama juga darah terus mengalir laju. Ibu cuba ikat getah di pangkal jari telunjuk. Suami kata cuba letak air ludah , Alhamdulillah 'slow sikit aliran' darah itu. Ibu terbayang,kalaulah ibu pengsan, macam mana agaknya keadaan suami ibu. Tetamu sampai, ibu agak keletihan lawan emosi takut darah. Ambil gambar beramaipun tak boleh nak ceria. Kasihan tetamu ibu, niat di hati nak rai sungguh-sungguh,apakan daya, setakat itu sahaja yang Allah izinkan. Dalam kepala asyik teringat hendak pergi klinik. Tengok luka tu besar juga mungkin perlu dijahit.
Lepas zohor dapat wassap tetamu dari Serdang pula nak datang dua keluarga. Alhamdulillah, ibu tidak stress dan hidangkan apa yang ada. Setiap hari Jumaat memang ibu sudah oder siap-siap juadah untuk tetamu yang berkunjung setiap hujung minggu. Syukur Alhamdulillah, tetamu yang datang itu sendiri kemas dan cuci semua pingggan dan cawan. Doa sahaja Allah permudahkan segalanya dan ibu sihat, tidak tergganggu tugas utama ibu dan rutin menyantuni keuzuran suami.
Pentingnya kita sentiasa perbaharui iman yang sering cepat lusuh
Comments
Post a Comment