Berilah dia Harapan

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, hari Ahad lalu Allah kurniakan sedikit kelapangan untuk menaip. Tiba-tiba dapat panggilan mengejut memaklumkan ingin sangat hendak berjumpa kerana terlalu stress. Suami sedang menunggu fisioterapi sampai.

Ibu bawa ibu muda tersebut yang ibu kenal berjiwa kental ke bilik kaunseling lama sebelah dalam. Luahan lahar diiringi tangisannya mengundang rasa sebak di hati. Begitulah perasaan ibu ketika tahun 2009 hingga 2012 yang lalu. Rasa kecewa mengundang 1001 perasaan negatif yang  ikut graf menurunnya iman yang sering menipis, lebih nipis dari kulit bawang. Ibu rasa ibu muda ini lebih tertekan lagi kerana anak-anaknya masih kecil. Suaminya  sudah mula meninggalkan  solat fardhu. 

"Itu bukan dia!".Ibu cuba tenangkan dengan harapan dia akan hentikan  lisan memburuk-burukkan pasangan hidupnya yang menjadi punca dirinya semakin stress hingga sesak nafas.  Itu  QORIN syaitan yang berjaya menawan dirinya. Kena rawat segera dan pulihkan diri dahulu agar kuat dan sabar merawat suaminya. Ibu sarankan dia bersihkan keadaan rumah yang sudah menjadi sarang  syaitan. Bacakan surah al Baqarah sampai habis. Baca zikir al mathurat atau manzil pagi dan petang di hadapan air yang dijadikan minuman harian. Sentiasa berdamping dengan Quran dan solat tahajjud berterusan. Syaitan sentiasa attack kita depan belakang, kiri kanan dan atas bawah.

Begitulah yang ibu cuba lakukan semaksimanya untuk selamatkan rumah tangga pertama dahulu. Setiap kali pulang dari merantau  pasangan seperti makhluk asing. Ibu rawat hingga keadaannya kembali normal. Apabila gagal memisahkan kami, agenda lain diusahakan hingga kami terpisah. Hingga pasangan sentiasa terhalang balik ke rumah sekian lamanya, ibu  bagai digantung tidak bertali. Demi menjaga maruah diri,  keluarga ibu, (kakak-kakak bagai emak dan abang-abang bagai abah) menyelamatkan ibu daripada perangkap dan tipu daya tersebut. Alhamdulillah Allah selamatkan ibu tanpa perlu turun naik mahkamah demi menegakkan keadilan. Ibu berdoa semoga Allah ganti dengan yang lebih baik untuk deen dan akhirat ibu.

Namun amalan mendinding rumah  dan diri dengan ayat- ayat Quran dan  secara Islami sekurang-kurangnya dapat membantu diri sentiasa tenang dalam berhadapan apa situasi sekalipun. Sakinah terus disuburkan kerana Allah walaupun mawwadah warahmah ghaib begitu sahaja ketika itu. Alhamdulillah. Hazamin fadhli Rabbi dengan pertolongan Allah jua

Ketika diuji dahulu, anak ibu dah besar mengaji di UIA, ayahnya masih solat. Isunya mungkin  berbeza. 

Ibu cuba highlightkan dalam group wassap 'baitul muslim'  isu 'main game' di kalangan kaum bapa semakin menjadi-jadi menyebabkan kaum ibu stress. Salah seorang ibu muda  merespon, 'isu ada pelbagai...bagaimana kita merespon isu itu yang penting'.


Kebetulan kami diminta cadangkan tajuk program untuk tahun 2022. Tertaip cadangan tajuk  'Bina Bahagia dalam Derita'. Terkenang Asiah isteri Firaun, membina bahagia dalam derita suaminya mengaku dirinya Tuhan.  Kisah ini yang ibu bekalkan untuk rasionalkan ibu muda tadi...

Kenangkan kembali segala kebaikan suami. Suami bukan Firaun...

Beri dia harapan membimbing kita masuk syurga. Terpana ibu muda tadi...

Cuba lupakan dua perkara ( lupakan baik kita kepada dia, dan lupakan segala keburukannya kepada kita)

Ingat dua perkara ( ingat buruk kita kepada dia dan ingat baik dia kepada kita)

Sepanjang ibu muda itu meluahkan lahar yang membahang, ibu berdoa "Ya Allah, legakan hatinya selepas sesi ini".

Ibu tapping ringan dan minta dia buat 'heart setting'

 "Ya Allah tolonglah aku keluarkan segala  gangguan yang menyakitkan ini" menangis lagi.. biarkan, menangis merupakan salah satu proses pemulihan 

disambut dengan mengulang-ulang  mind setting "Ya Allah, aku ikhlas dan pasrah menerima ujian ini"

Akan bersambung. Insha Allah







Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil