Mihrab Tok Ibu

 Dengan  Nama  Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, segala  puji-pujian  hanya  bagi Allah, Rabb  yang  menguasai segala  isi langit  dan bumi. Allah Ar Rahim yang Maha Pengasih memilih kita berada di dalam nikmat Iman dan  Islam. Alhamdulillah, "jadikanlah kami ya Allah orang yang  sentiasa  mensyukuri segala nikmat-MU dan bersabar  berhadapan  dengan ujian-MU".. 

Allah, Rabb  Yang  Maha Pencinta. Allah  Al Wadud ,amat mencintai  para hamba-Nya  yang sentiasa  bertaubat dan sentiasa  berusaha semaksima mungkin berhijrah berlari dalam  dakapan cinta dan kasih-NYA. 

Selawat  dan salam  ditujukan khusus untuk Rasul kecintaan Allah,nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam., kaum keluarga  baginda, para sahabat, para tabiin, salafus  soleh dan ulamak-ulamak  muktabar  yang ikhlas  berubudiyyah  hanya sanya untuk Allah SWT. Baginda SAW dan seluruh pewaris para anbia adalah  sebaik-baik golongan yang perlu dijadikan contoh sepanjang kehidupan kita demi mencari keredhaan  Allah SWT.

Alhamdulillah, ibu amat  bersyukur dan berterima kasih  kepada Allah mengaturkan kesibukan dengan kerja-kerja Islam di Mihrab ibu. Mihrab ini adalah inspirasi  ibu ingin berusaha semaksima mungkin me'Maryam'kan diri menjadi hamba Allah  yang  taat, mengabdikan diri hanya untuk-NYA. Sepanjang PKP hampir dua tahun ini, di Mihrab inilah  segala aktiviti kecintaan ibu menjadi penghibur  dan mudah-mudahan menjadi amal soleh untuk kehidupan selepas mati kelak. Di  Mihrab inilah ibu adukan segala kesedihan dan kedukaan (jika ada) dan biasanya keletihan melayan kerenah dunia  yang tidak mampu ibu galas. Sekadar amanah menyiapkan makan minum suami, Alhamdulillah sangat mudah bagi ibu dengan pertolongan Allah SWT jua. 

Semoga orang  yang bertanggungjawab, ambillah kembali amanah ini yang sepatutnya kalian urus sendiri. Ibu tidak mampu hendak mengarah atau menyuruh, bagai tukul dengn pahat.  Silap cakap lain natijahnya.

Benar kata Saidina Umar al Khattab,

 "aku  tidak  pernah sekalipun menyesal dengan diamku, tetap aku berkali-kali menyesali bicaraku"  Cukuplah sekadar ibu mengadu kepada Allah agar Allah yang ilhamkan  kepadanya   tanpa ibu bersuara. Berilah ibu ruang dan peluang memanfaatkan setiap sisa umur yang ada siang malam, pagi petang dan malam untuk memikirkan apakah lagi sumbangan  yang boleh diberikan kepada ummah di hujung usia menanti giliran ke Rahmatullah. 

Usrah keluarga  juga sudah ibu  serahkan amanah ini kepada yang bertanggung jawab. Tak perlu lagi ibu  bersusah payah memikirkan urusan yang di luar kemampuan  ibu. Jika  mereka  rasa perlu, Alhamdulillah silakan kita bincang bersama. Jika rasa tidak perlu, Alhamdulillah, kami sudah biasa dan 'kebal' menerima kenyataan  seperti itu. 

Di umur senja ini memang tidak sesuai ibu yang aturkan urusan keluarga, semua adalah urusan dan tanggung jawab anak muda. Begitu juga dalam jemaah, anak muda yang aturkan aktiviti  yang sesuai untuk ibu dan suami. Hari Rabu lepas ibu diamanahkan beri input tazkirah untuk warga IPTIP bertajuk 'Tanda-Tanda Cinta  kepada Allah SWT. Alhamdulillah  ibu berpeluang study bagaikan nak exam. Di Mihrab inilah segala persiapan dilakukan.


Petang tadi, kaka Ngah minta siapkan teks ceramahnya  di Johor bertajuk  Amanah. Ibu minta tempoh siapkan hari Ahad kerana sedang bergelumang dengan kerja  buat laporan halaqah. Masih ada satulagi group halaqahtertinggal, belum dibuat laporan. Insha Allah hari  ini siap.




Harapan kami hanya kepada Allah  agar  kehidupan  sentiasa teratur  mengikut acuan yang Dia kehendaki. Alhamdulillah  selepas  ikut saranan seorang asatizah setiap hari  solat istikhorah, terasa  teratur segala urusan dan rasa tenang . Insha Allah semoga  istiqomah,Aamiin Ya Rabbal Alamin.  .

Khidmat 24 jam menyantuni keuzuran suami  sebenarnya  banyak membantu ibu fokus kepada kerja-kerja Islam. Sedangkan lidah lagi tergigit, sekali sekala ada juga rasa tak sabar. Bila muhasabah kembali, bayangkan diri berada di tempatnya yang uzur, rasa simpati dan kasihanAllah limpahkan dalam jiwa ini. Ibu dinasihatkan menjaga kesihatan. Biasanya stress bila rasa penat, kudrat wanita tua tidak sama dengan kudrat orang muda. Ibu backup makan supliment pagi dan malam.


 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil