Suburkan Sabarmu

Dengan nama Allah

Rabb yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberi kita peluang hidup untuk meningkatkan kualiti ubudiyyah kita hanya untuk Allah SWT. Selawat dan salam kita tujukan junjungan Rasulullah SAW, kaum keluarga dan semua jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya untuk Allah demi pengorbanan mereka  memenangkan Deen Allah di muka bumi ini.

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah di atas nikmat Iman dan Islam yang membahagiakan kita menanti giliran menemui-MU di kampung akhirat.Suburkan cintaku kepada-Mu dan Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam serta jihadku untuk Islam hingga akhir hayatku "

 Meriah rasanya dapat bersama anak cucu yang pulang ke kampung menyebabkan ibu teringat dan sangat rindukan  meriahnya susana keluarga  ibu di Tangkak dan Shah Alam. Jauh ibu merantau memang tidak sama dengan manisnya kenangan bersama keluarga kandung sendiri. Seringkali apabila bertemu, diprogramkan ada pengisian roh selepas solat berjemaah Subuh dan Maghrib. Semoga Allah redha semua usaha itu dan diwarisi oleh anak cucu yang ikhlas bersama kami ketika itu.  Seronok buat family day di rumah sahaja  ketika mak dan abah masih hidup, kemudian di  rumah Hj. Rosli sambil- sambil ada sukaneka di swimming pool. Paling tidak sangka, ibu yang tak bersedia hendak masuk swimming pool, tergelincir masuk semasa baling bola kepada team sukaneka . Tercebur masuk dengan baju dan tudung cantik. Mujur ketika itu pakai jubah berseluar warna maroon muda. Masih segar  dalam ingatan peristiwa yang amat membahagiakan itu. Gambar kenangan itu mungkin sda tersimpan dalam kotak di rumah anak ibu di Melaka.

Semasa kecil kami sering main pondok-pondok di rumah kami di Sungai Mati Tangkak . Walau sudah 45 tahun berlalu, bahagia itu  masih segar dalam ingatan ibu, jika tidak silap ketika itu umur ibu 5 tahun. Kami 13 beradik  menemani emak menoreh di belakang rumah. Abang-abang buat pondok guna dahan pokok getah yang dah tua, ibu lihat sendiri abang-abang menyangkul keluarkan ubi dan merebus ubi di sebelah pondok. Emak dah siapkan sambal tumis kegemaran kami. Kak Ngah goreng cekodok dan jemput-jemput ikan bilis. Kami makan bersama ramai-ramai beralaskan daun pisang. Kak Uda jadi penyelaras aktiviti kami menyanyi lagu-lagu lama seperti 'lagu 3 kupang, rasa sayang heh, 10 budak hitam" dsb. Masih terakam indah kenangan itu atas inisiatif kakak dan abang- abang. Idea 1st class, Alhamdulillah.

 Mudah-mudahan anak-anak cucu juga berpeluang  menikmati kemanisan yang kami rasa serta mewarisi kreativiti dan inovasi seperti itu. Insha Allah. Ibu curahkan idea di sini, mudah-mudahan tercetuslah idea memakmurkan rumah di Tunjung ini dengan aktiviti perkhemahan umpamanya yang meninggalkan kenangan manis buat semua cucu yang soleh dan solehah. Ibu sekadar mampu lontarkan idea, Anak-anak berbincanglah bagaimana hendak melaksanakannya.

Di era warga emas ini ibu kena rasa seronok menyantuni keuzuran suami sambil memohon kepada Allah hntuk istiqomah mengukuhkan kekuatan sabar yang infiniti. Dalam usrah lalu, perkongsian adik bungsu menyentuh hati ibu " siapapun, di mana-manapun memang hidup ini ujian. harta ujian, rasa serba tak cukup itu ujian, pasangan kita ujian, anak-anak ujian, kitapun ujian bagi mereka"  Seronok ulang alik masuk toilet menjamin kesucian berwudhu dengan izin Allah lebih 7-8 kali sehari. Seronok menyuapkan suami makan lebih 3 kali sehari Insha Allah. Takdir Allah  sentiasa indah dan tidak pernah  salah



Bab makan, sekarang ibu ucapkan terima kasih masing-masing bawa buat pot luck bawa juadah dan kami makan bersama. Alhamdulillah ibu tidak rasa terbeban kerana semua dah faham dan redha ibu fokus menyantuni suami sahaja di samping aktiviti  di Mihrab ibu. Entah kenapa Ibu kini masih rasa diri ibarat perantau tak berani hendak  cadangkan idea secara lisan kepada  ahli keluarga yang masih belum kenal ibu. Mungkin ibu seperti ayah juga sudah dapat jangkakan kemungkinan jawapan 'No'  amat besar sekali agaknya.  Wallahu alam.

Jika lisan ibu boleh  menyinggung perasaan  sesiapa dan akan  memudharatkan hubungan silaturahim lebih baik  diam dan bersabar. Jika bermanfaat, ibu memang seronok jika semua urusan yang meriah ini dibuat tanpa disuruh. Rancanglah dan laksanakanlah semoga Allah redha dan dapatlah kami tumpang bahagia. ...senyum sendiri..

Memang sukar mengulangi kemanisan dan kemeriahan suasana itu namun tidak mustahil jika semua anak muda ada kerendahan hati ingin berbakti dan menghibur ayah ibu dengan suasana meriah taman syurga. Niatkan demi mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil