Menusuk Qalbu
Alhamdulillah, respon dari pendidik Tadika dan Taska Korahmah amat positif setelah mendengar tazkirah ringkas tentang pentingnya 'Proses Tarbiyah' untuk melahirkan anak-anak soleh atau solehah. Ramai ibu bapa dan guru kecewa kerana gagal melahirkan produk anak soleh, sedangkan dirinya sendiri tidak pernah melalui pengalaman menjalani proses tarbiyah. Anak soleh atau solehah adalah hasil atau produk (natijah) dari proses tarbiyah... Ibu tidak mahu SS (syok sendiri) dan beri peluang kepada pendengar merespon samada negatif atau positif apa yang ibu sampaikan pada pagi Sabtu, 14 Julai 2018. Proses Muhasabah, yang buruk jadikan sempadan manakala yang baik dijadikan tauladan.
Respon pertama : Pengisian ini mudah, simple dan dah lama kita tak dengar. Dulu pernah dengar
tetapi kita lupa kerana 'stress'....
Respon kedua : Baru hari ini saya tahu di sebalik kerjaya sebagai guru tadika ini ada proses
tarbiyah. Selama ini saya ingat kerja untuk dapat gaji sahaja.
Paling menyentuh hati respon terakhir : Pengisian tadi memang sungguh menusuk jiwa (qalbu) saya hingga tidak terkata apa yang hendak saya kongsikan (tergenang air mata di kelopak matanya) Sebak suaranya.
Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan doa ibu agar apa yang ibu lafazkan adalah ilham dari Allah jua, mohon Allah mengetuk jiwa-jiwa mereka yang mendengarnya memahami konsep proses tarbiyah amat perlu selagi nyawa dikandung badan melahirkan guru-guru atau ibu-ibu solehah dan anak didik yang soleh/ solehah. Turut menemani ibu, dua cucu, di mana salah seorangnya amat diharap dan didoakan akan mewarisi kerja-kerja ibu kelak sebagai kaunselor. Insya Allah
Halaqah pertama selepas Ramadhan dan Syawal dimulakan dengan 'pic nic' di taman permainan hari Khamis petang selepas Asar. Masya Allah, seronoknya anak-anak dapat bermain sambil kaum ibu berbual sambil melayan mereka. Terbinalah jalinan kasih sayang tanpa disedari betapa berkahnya jika dipelbagaikan aktiviti, melibatkan anak-anak kecil sentiasa mendapat perhatian. Allah hadirkan anak-anak untuk dihiburkan, digembirakan dan dilayan agar mudah mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan kita.
![]() |
Kenangan Indah be 'Pic Nic' bersama anak cucu |
Comments
Post a Comment