Wariskan Kegembiraan Buat Anak Cucu

Cadangan  untuk mengikuti kursus kaunseling  di Nilai Seremban dan adakan bengkel untuk pendidik Taska dan Tadika  Subur Fitrah  di Tangkak terpaksa ditangguhkan demi meraikan anak menantu ibu akan berlepas menunaikan  Haji pada 2 Ogos, tidak lama lagi. Cadangan untuk mendapatkan pengasuh dari Indonesia tergendala di Jakarta  lantaran umur bibik itu sudah 48 tahun dianggap sudah tua oleh pihak imigresen. Bibik yang diharapkan tidak dapat datang, maka sebulat suara kami kembali ke plan A. 

Menunggu ketibaan cucu-cucu dari Johor, meransang  ibu buat persiapan melontarkan idea  bahan-bahan tarbiyah pelbagai rupa dan kongsikan dengan pelaksananya  yang berada di Taska Ummu  Salamah. Tema bulan Ogos  adalah Al Hafiizh.Alhamdulillah dalam bengkel, tidak sangka sungguh, para  pengasuh sangat  suka ibu ajak  mereka bermain permainan tradisi Musang  dengan  Ibu Ayam, demi memahamkan  konsep Allah  Al-Hafiizh. Ibu ayam sangat menjaga anak-anaknya. Allah Maha  Menjaga kita  zahir dan batin, Allah memelihara langit, bumi dan lautan serta segala makhluk di muka bumi ini.  Turut  diajar cara berdoa 'bicara Iman'  guna Asmaul Husna 'al Hafiizh'  mohon Allah pelihara diri, keluarga dan negara serta umat  Islam seluruh dunia.


Gelak ketawa  mereka yang sudah berumur emaspun seronok berlatih bermain, apa lagi jika permainan ini melibatkan kanak-kanak. Melalui permainan, anak-anak mudah hendak memahami sesuatu konsep itu. Dalam bengkel bersama guru taska, pelbagai idea  keluar dari para pengasuh, khususnya menjelang  hari Raya Haji. Ada  kotak TV besar  di taska itu turut  dimanfaatkan  untuk  buat replika Kaabah. Ibu bapa disarankan  bekalkan anak-anak towel putih, berlatih  tawaf. Ada yang cadang hendak  bercerita bagaimana Allah jaga  dan pelihara Kaabah  dari serangan orang Habsyah dengan tentera gajah. Mereka  nak ajar surah Al-Fiil sambil  bercerita. Ada yang hendak cerita tentang kisah  Nabi Ismail, Allah jaga dari disembelih dan digantikan dengan seekor Qibash. Ibu bersyukur mendapat  idea bernas  dari para pengasuh sendiri, tak payah keluarkan arahan, mereka  nak buat sendiri. Alhamdulillah, beruntunglah cucu-cucuku dapat  menumpang  rahmat  keikhlasan para pengasuh di sini. Insya Allah. 

Sekadar lontaran idea sahaja (maklumlah warga  emas, tak larat nak buat semua kerja)  Allah izin terbuka  pintu hati ramai sahibah muda (dalam halaqah ibu) yang terlalu lama  berada dalam zone 'mandul' mulai 'move  on' untuk membantu Deen Allah dalam aktiviti secara berjemaah. Terbaca  kembali sharing  sahabat  bernama Cikgu Ghazali dalam wassap group 'Petikan Pusaka'
dariipada  Almarhum  Orang Kaya Bakti Ustaz Dahlan  Bin Md.Zain;
"Justeru, inilah kerja-kerja kita. Ia juga membawa maksud bahawa kerja-kerja kita adalah benar dan berat dan kerja-kerja ini diberi peluang  oleh Allah SWT kepada  kita.  Jika tidak  ada kerja ini bermakna kita tidak ada peluang  berjihad dan berkorban- yang boleh kita curahkan untuk mendapatkan ganjaran dari Allah SWT.  Jurang yang jauh di antara matlamat dan hakikat memberi pelaung  kepada  kita untuk sama-sama bekerja dan memberi saham untuk pembangunan insan Muslim yang diredhai Allah. Tidak lama kemudian, besan ibu share kata-kata pujangga;

"The distance between  your dreams  and reality is called action"
Bekerjalah,  Allah  dan Rasul serta  orang  mukmin  menjadi saksi..., di antara  firman Allah yang wajib  kita fahami melalui  tafsir  para ulamak muktabar.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil