Masha Allah, La haulawala quwatta Illa Billah

 Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah Allah berikan kesempatan menaip lagi setelah sekian lama tertangguh dan tergendala kerana ada urusan yang aula atau lebih utama yang perlu didahulukan. 

Masha Allah, la haulawala quwwata illa Billah,  Segala kesibukan yang Allah hantar kepada ibu merupakan proses merawat diri  dan sedikit sebanyak membantu merawat keuzuran suami. Alhamdulillah kesan ziarah saudara mara dan sahabat handai yang tidak putus dari jauh dan dekat merupakan salah satu proses terapi meransang diri rasa bahagia menyantuni tetamu dan Alhamdulillah kelihatannya kini suami beransur pulih walaupun belum sihat seperti dahulu. Makan minum semakin berselera.

Seorang sahibah Doktor dari Johor menelefon menceritakan pengalaman ibu mertuanya yang sakit masuk ICU, tiba-tiba sihat seperti biasa seminggu dua, tidak kemudian masuk ICU semula dan akhirnya meninggal dunia.

Beliau berpesan agar jangan tinggalkan ustaz bersendirian. Alhamdulillah, hingga hari ini Allah beri kekuatan menemaninya 24 jam, kecuali jika ada keperluan mendesak ibu keluar sekejap dan ada cucu atau pembantu rumah temaninya.

Hari bersejarah 13 September 2022, kunjungan kak Ngah ditemani anak angkat dan kak Uda bersama suami benar-benar merawat rindu ibu sejak 27 Ramadhan lalu ingin memeluknya. 




Bahkan suami ibu juga rasa bersemangat melawan gangguan entah dari mana datangnya.

 Alhamdulillah, terima kasih family Mubarak dan family Badari silih berganti pulang ke Tunjung menyantuni ayah dan memahami keperluan semasa kami, warga emas yang  perlu dipermudahkan segala urusan oleh anak-anak. Mubarak pulang 11 September sebelum berangkat membawa 70 jemaah Umrah Hayya Travel.  Manakala Badari  pulang minggu berikutnya. Alhamdulillah selera makan ayah kalian kini semakin pulih, bermula teringin hendak  makan Nasi Baryani. Sekarang sudah berselera makan nasi lemak, nasi Arab, Char kwetiau Dan lain- lain.

Fisioterapist yang sudah pulang setelah sebulan bertugas dengan Tabung Haji menyantuni keuzuran jemaah Haji. Ibu rasa selama Dua bulan ketiadaan fisioterapist kesayangannya juga menjadi salah satu asebab proses  lemahnya kaki di samping hingga didakwa mengalami stroke kecil sebelah kiri, namun apakan daya, beliau enggan ke hospital.  Ikhtiar alternatif berterusan berkat moral  support pelbagai pihak.

Adik bungsu ibu tidak putu-putus bekalkan madu Noni Dan air murni therapists, manakala kak Ngah beberapa Kali poskan ubat sapu terkini.

Pelukan dan belaian sahabat yang ziarah juga bànyak membantu. Ada yang tawarkan rawatan dari jauh dan solat hajat tetapi perlu bayar, bahkan ada yang tawar diri nak rawat secara peribadi selama satu bulan setengah tetapi perlu sediakan tempat tinggal Dan bayarannya. Ibu rasa agak tidak selesa dengan tawaran ini Dan tidak setuju kerana kami juga perlukan privacy. Privacy inilah rawatan yang  paling mujarab, ketenangan bersama Al Qur'an.

Sebab itu waktu melawat ibu hadkan selepas pkl 10.00 pagi hingga 11.30 Dan 5.30 hingga 6.30 ptg. Bànyak juga rombongan tetamu datang hampir waktu Maghrib. Bersabar memang bànyak hikmahnya. 

Kami amat bertegas tidak bersedia menerima tetamu  pada waktu malam kerana kami perlukan istirehat secukupnya dan membuat persiapan taddabur Qur'an.

Ibu amat terharu kunjungan tetamu hari ini terdiri daripada anak muda. Semangat suami hendak mengajar semula semakin meningkat apabila 17 pelajar@putra Khassah datang ziarah dan bersembang santai.

Petangnya bekas puteri Matri yang mengaji di Mesir datang dengan 5 adik beradiknya yang juga bekas pelajar Matri. Rupa2nya anak taukey kilang kopi Muhammad Hassan di Baling. Bànyak kopi dihadiahkan kepada kami. Kami hadiahkan kepad tetamu2 yang ziarah tadi dari Kelantan dan jiran tetangga.

Pesanan suami kepada mereka " jangan tinggal Islam. Tanya teacher ibu bagaimana buat program taddabur Qur'an.  Kaji buku Dr Majdi bertajuk Gurbatul Qur'an..." Bagaikan wasiat untuk anak muda tersebut.





Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil