Ada Gangguan?

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Segala Puji-pujian hanya milik Allah, Rabb Yang Mengetahui Segala yang Ghaib. Hanya kepada-Nya sahaja ibu bergantung segala harapan dan Allah sahaja sebaik-baik Pengurus yang menyelesaikan segala masalah yang merumitkan.

Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa  yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT.  

Benarlah pengalaman amat penting dalam mengenal pasti hujung pangkal segala permasalahan di samping doa yang tidak putus mengharapkan pertolongan Allah. Syukur Alhamdulillah, kami saling takmil Wal istikmal dalam menelusuri satu persatu punca permasalahan 'sepi' yang tak pernah ibu ceritakan kepada sesiapapun sebelum ini, hanya harapkan Allah selesaikan satu persatu.

Pertolongan Allah amat dekat melalui ziarah orang jauh. Benarlah tetamu memang membawa rezeki dan  mengeluarkan segala 'bala' yang melanda rumah ini. 

Jika kita bertaqwa kepada Allah, segala permintaan akan dimakbulkan.  Insha'Allah





Hari Ahad yang lalu, kami dikunjungi 3 tetamu dari jauh. Oleh kerana mereka sampai lewat malam, ibu cuma maklumkan pintu kayu tidak berkunci. Merekapun tidak mahu ganggu tidur ibu. Suami berpesan " siapa yang single tidur di bilik depan, manakala pasangan suami isteri tidur di bilik belakang"

Ibu memang tidak boleh menunggu kerana rutin ibu berbeza, perlu bangkit jam 2.00 pagi dan tidak tidur hingga selepas Zohor. Jadi semua kena faham, ibu kena ikut jadual orang sakit akan terus tidur sebaik sahaja selesai solat Zohor  dan selepas solat Isya'. Kalau waktu tidur ini terganggu, mulalah kepala masuk angin, migraine kerana kurang tidur. Waktu ziarah memang dihadkan pukul 10.30-11.30 pagi Dan pukul 5.30-6.30 petang. Jika ada yang call, terpaksa Mai ziarah di luar waktu melawat ibu terima sebagai uzur syar'ie.

Ibu sudah letih mengajak tapi bagai mengajak dinding@tembok, bisu tanpa sebarang respon. Bila cadang pukul 5.30 petang, depa muncul  bagai dipaksa makan bersama waktu suami hendak masuk ke toilet. 

Berbalik kepada kisah tetamu bertiga, Selepas tahajjud, ibu kunjungi bilik orang yang single di depan seawal jam 3.50 pagi sebab beliau berpesan kejutkan untuk sama-sama taddabur Qur'an kami empat beradik setiap hari. Semasa nak kejutkan ibu rasa pelik kenapa orang lelaki tidur di katil depan. Ibu ke bilik tidur belakang lalu kejutkannya. Kami tak sempat nak bercerita panjang kerana waktu taddabur dah nak mula. Ini rutin kami utamakan taddabur dahulu sebelum yang lain. 

Sewaktu sarapan pagi Isnin, baru dapat dengar cerita yang di luar jangkaan sama sekali. "Bilik depan tu menyeramkan, tak berani nak tidur situ, saya tidur bilik belakang" cerita adik bungsu dan kakak ipar saya .

"Ya betul, memang ada benda kacau saya tidur sepanjang malam" abang saya buka cerita. Katanya "jangan bagi orang sakit tidur bilik tu. Rawat dulu, buang mana-mana yang patut!" Abang ibu cadangkan.

Tercengang  ibu, tidak sangka sama sekali ada gangguan seperti yang mereka  ceritakan. Suami ibu mencelah, syaitan memang ada di mana-mana mengacau anak cucu Adam. Benteng diri mohon perlindungan Allah.

Jika ada gangguan seperti ini jangan takut, syaitan  dan kuncu-kuncunya sebenarnya lemah. Jika terasa gangguan itu attack suami ibu, taawuz adalah senjata di samping doa surah al mukminun ayat 97&98

Ikhlas juga mainkan perananBertaqwa kepada Allah 

Ibu memang dah rasa gangguan itu sudah lama ada kerana ada  yang sangat iri hati atau dengki dengan kebahagiaan keluarga kami. Nampak zahirnya kami macam bahagia, namun kami memang belum bertaaruf langsung kerana hendak mengelakkan salah faham. Setiap kali ibu bersuara, responnya belum nampak positif. Ada sahaja tersalah faham, menarik muka. Ibu akan larikan diri sebelum depa bermasam mencuka Lebih selamat dan mudah, ibu ikut jejak suami bànyak diam untuk menjaga kemaslahatan keluarga.

 Mungkin gangguan ini sudah lama, sebelum ibu hadir di rumah ini lagi pada bulan Mac 2015. 


Ibu ada juga berusaha untuk buat usrah dengan cucu-cucu, memang menyeronokkan tetapi tak nak istiqomah. Support sistem dari ibu bapa kepada cucu-cucu A , amat tidak menggalakkan. Ibu malas nak gaduh. Senang cerita 'biaq pi lah' Gangguan datang lagi mungkin  amat  iri hati dengan kebahagiaan kami berdua.  

Ibu tidak dapat nafikan kewujudanitu memang ada.. Dua tahun lepas, cermin mata yang baru berganti cermin bernilai RM1,700 telah hilang, hingga hari ini masib jumpa g

jumpa. Ada toyol sembunyikan agaknya. Wallahu alam. 

Alhamdulillah, mujur Allah tenangkan hati ini, semoga Allah gantikan dengan cermin mata yang lebih baik. Proses ruqyah akan diteruskan dari masa ke masa, semoga gangguan itu Allah hancurkan hingga ke akar  umbi. 

Ibu pernah titipkan doa dengan seorang sahibah karib yang menunaikan Umrah selama 20 hari, agar Allah angkat hijab yang menyebabkan kami anak menantu dan cucu-cucu tak boleh hendak berkomunikasi. Mungkin berkat doanya Allah tunjukkan jawapan melalui adik bungsu dan abang ibu. Confirm gangguan itu sudah bermustautin di rumah kami. 

Ibu tak berani hendak menyalahkan sesiapa dalam kes ini. Masing-masing rawat diri masing-masing dengan berpegang teguh pada Al Qur'an. Syukur Alhamdulillah, Allah sibukkan ibu dengan rutin Taddabur Gema Fajar setiap pagi  dan Taddabur adik beradik seawal jam 4.00 pagi. 

Kakak ipar ibu kata, "Alhamdulillah bilik ini tenang, bilik sebelah tu menyeramkan" Maksudnya bilik yang asalnya bilik Kaunseling ibu  kini dijadikan wad VVIP untuk suami. Baharu ibu dapat jawapan kenapa ada masanya di tengah malam tidur suami terganggu. Gangguannya dari bilik sebelah. Ibu amat yakin, Allah akan jaga kami selagi mana kami berpegang teguh dengan Al Qur'an. Rutinkan bacaan dan taddabur setiap hari. 

Selepas ibu lakukan cadangan adik bungsu ibu, Alhamdulillah keadaan suami bertambah pulih. Masa ibu baca Qur'an, beliau boleh semak bacaan ibu tanpa melihat Qur'an. 'Talk' sehari 3-15 minit juga sudah bermula hari ini. Semoga kami dapat istiqomah memerangi gangguan tersebut dengan izin Allah SWT.

Alhamdulillah, jazakillahu khyran kathira. Kunjungan yang merawat... Insha'Allah 

Memang bànyak hikmahnya Allah uji bertubi-tubi kerana tanda sayang-Nya kepada kita semua. Berdamailah dengan takdir.

Bànyak lagi nikmat lain yang Allah kurniakan yang perlu kita syukuri. Berbaik sangkalah dengan takdir Allah. Tanpa ilmu dan disiplinkan diri mengikuti usrah memang payah untuk masing-masing bersangka baik dengan Allah.

Semoga selepas ini kita sama-sama perjuangkan apa yang menjadi kecintaan tuan rumah ini, UOHS. Aamiin Ya Rabbal Alamin 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil