Waliku

Dengan  Nama Allah

RABB Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang


Segala puji-pujian hanya milik Allah,  Tuhan pemilik segala yang ada di langit dan bumi termasuk diri kita dan seluruh nikmat yang kita kecapi sekarang. RABB yang berhak menghidupkan dan mematikan kita bila-bila masa sahaja.

Selawat dan salam dirafakkan kepada junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiien, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT.

Hari Jumaat yang penuh barokah, kami dikunjungi oleh ahli keluarga ibu di mana suami ibu amat hormatinya sebagai wali . Mana tidaknya wali , abang ibu inilah yang menikahkan ibu pada 20 Mac 2015 yang lalu. Beliau menjadi tuan rumah meraikan kehadiran keluarga baharu dari Perlis. 

Walau hanya seketika namun mengundang senyuman terukir di bibir pesakit  yang dikunjungi. Banyak pesanan-pesanan wali ibu lafazkan ibarat 'marah anak sindir menantu'. Sepanjang perjalanan mereka dari pagi diiringi hujan  renyai dan cuaca yang cantik sekali. Mudah-mudahan benarlah beliau adalah wali Allah. Insha Allah. 

ALhamdulillah, sampai sudah hasrat murni nak jumpa...


Banyak kali beliau sebut hendak ziarah Ustaz Omar. Alhamdulillah anaknya Dr Anizah Aishah ambil cuti bersama keluarganya menyampaikan hasrat suci abahnya. Barokah sentiasa mengiringi kehidupan mereka dalam redha Allah selamanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin

Puas ibu menumpang kasih abang sepanjang menjadi ibu tunggal selepas 03 Mei 2013. Beliau ibarat penyelamat maruah keluarga ibu dan di hadapannya lafaz talak 1 bergema di rumahnya di Jalan Badik, seksyen 11, Shah Alam diiringi air mata pelafaznya. Alhamdulillah berkat nasihat dan doa wali ini ibu hadapi lafaz itu dengan redha dan tenang.  

Abang ini juga yang puas berbakti menjaga dan menyantuni  Almarhumah bonda sepanjang keuzurannya. Syukur Alhamdulillah.Semoga ini menjadi asbab Allah kurniakan syurga tertinggi untuknya sekeluarga. Dalam kemewahan dan keselesaan, beliau  sentiasa ada tawadhuk, menghormati suami ibu. Alhamduillah, terima kasih Ya Allah dikurniakan abang yang menyenangkan qalbuku berbicara. Walaupun juadah ringan (ikut menu kesukaan dan pilihan suami) ibu hidangkan tetapi kesyukurannya, Masha Allah, berterima kasih amat. Subhanallah

Semalam hari Khamis, sebelum Maghrib tetamu dari Serdang singgah ziarah mengejut dengan buah tangan kegemaran suami. Beliau perkenalkan diri dan pernah hantar anak pertama hingga anak bungsu mengaji di Matri. Subhanallah, thiqah sungguh pasangan ini dengan sistem pembelajaran di Matri.

Pasangan dari Serdang

Hari Rabu, bekas jiran ibu ketika kami  di Shah Alam berkunjung. Sebaik sahaja bertemu suami terharu dengar kata-katanya:

"Malu saya, ustaz terbaring macam ni masih beri sumbangan untuk Islam..."

Tetamu ini aktif dalam menyemarakkan Haluan Palestine. Isterinya merupakan penceramah utama Haluan Palestine. Semua anaknya  mengaji di Matri. Mereka sekeluarga pernah belajar di Indonesia selama 2 tahun.

Tetamu dari Shah Alam..."malu saya ustaz.."

Alhamdulillah, mutakhir ini memang kerap kami menerima tetamu. Hiburan buat kami. Memang sudah sampai masanya  umur dikunjungi, bukan lagi mengunjungi, kecuali atas permintaan yang uzur ingin tukar angin ke selatan seketika. Setiap kali tetamu hadir pasti membawa rezeki yang berkah untuk kami berdua. Ibu jarang memasak,meraikan rezeki hadiah dari tetamu soleh dan solehah.  Semoga syurga buat mereka yang banyak  pemudahkan  urusan kami menerima tetamu. Aamiin

Pentingnya team work yang faham Deen dan memiliki fikrah yang sama. Walaupun kami tak pernah berjumpa dan jarang berjumpa tetapi seolah-olah sudah kenal lama sangat.Allah yang satukan roh kami. 

Bila tidak faham fikrah Islam yang benar, akan banyak timbul perselisihan faham. Namun ibu akur dengan kata-kata Dr Abuya Ar Razi Hasyim; "kita harus siap menerima perbezaan" Inilah ujian yang ibu hadapi sekarang yang tak mampu lagi ibu tangani. Ibu menyerah kalah dan serahkan segalanya kepada Allah. Biarlah sampai mati ibu diam demi menutup aib semua pihak, semoga Allah menutup aib ibu di akhirat kelak. Amiin Ya  Rabbal Alamin. Focus menyantuni tugas utamamu menyantuni   keuzuran suami. Di sinilah syurgamu. Salah satu pesan waliku...

Hari ini Ibu terhibur dalam halaqah online pukul 10 pagi tadi diselangi mendengar tafsir surah Yunus ayat 57-58 disampaikan oleh ibu dari Acheh ikut suaminya berkhidmat di Matri. Beliau merujuk buku tafsir  almarhum Nik Aziz. Ibu bacakan Dalam Puasa ada bekalan merujuk buku Syeikh Mustafa Mahsyur.

Mlm ni sedang meeting memurnikan modul halaqah keluarga bertajuk "dahulu lidah, sekarang jari'. Syukur Alhamdulillah Allah hntr tenaga muda siapkan kerja yang ibu tak mampu nak selesaikan.Hati-hati guna lidah dan jari. Silap mengata, entah entah yang kita ejek atau gossip itu wali Allah. Wallahu alam







Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil