Allah mengasihimu Intan Baizura.
Alhamdulillah, syukur sangat ke hadrat Allah SWT di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita semua. Selawat dan salam ditujukan khas untuk murabbi agong, Rasulullah SAW, para sahabat, kaum keluarga baginda, para tabiin, tabiut taabiin, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas memperhambakan diri hanya sanya kepada Allah hinggalah ke hari kiamat.
Pertama sekali ibu mengucapkan terima kasih teramat sangat kepada suami, semua anak menantu serta adik beradik ibu yang sentiasa mendoakan agar segala aktiviti yang ibu lakukan untuk menolong Deen Allah sentiasa Allah permudahkan laluannya. Selalu ibu mengadu kepada Allah, ibu tak mampu , ibu lemah dan tak terdaya. La hau la wala quwatta illa billah. Apabila ada pengakuan dan kerendahan ini memang terlalu sangat mengharapkan pertolongan Allah melengkapkan segala kekurangan yang ada. Tanpa pertolongan Allah, rasanya memang tak terdaya nak perkatakan apapun ketika ceramah-ceramah bersiri 'Kaunseling Rabbani' di tanah tumpah darah, tempat ibu dilahir dan dibesarkan. Walaupun sudah berhijrah jauh namun di sudut hati terkunci kemas "aku tak akan tinggalkan adik beradikku, khususnya kakak-kakak dan abang-abangku yang membesarkan ku dengan penuh cinta sejak kecil"
Kaunseling Rabbaani 25 Januari 2019 |
Ibu ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kak Ngah dan team Mawwadah Wa Rahmah di atas kesungguhan menubuhkan ' Rumah Mengaji'' yang lengkap dengan surau. Semoga Allah angkat darjat mereka semua dengan Al-Qur'an. Program Kaunseling Rabbani bersiri setiap bulan akan dibuat di sini bagi memanjangkan amal jariah emak dan abah yang telah mendidik kami menjadi soleh dan musleh. Selesai program di Tangkak semalam ibu rasa bahagia sangat, ramai kaum ibu seronok dapat ilmu yang boleh mereka manfaatkan mendidik anak cucu di rumah. "Susah macam mana sekalipun saya nak jumpa dan peluk puan, " betapa bersyukurnya beberapa kaum ibu yang baru mengenal tentang madrasah Rasulullah , di mana ibu adalah guru pertama di rumah. Kali pertama tenaga kami 3 beradik berpadu membahagikan hadirin yang di luar jangkaan ramainya. Pada awalnya memang nak fokus kepada staff tadika dan taska sahaja. Alhamdulillah, semuanya Allah yang aturkan.
Selepas KR di perkarangan Rumah Ngaji 1 Mac 2019 |
Dalam perjalanan menantu ambil ibu selepas ceramah "Hala Tuju Anak-Anak Kita" di Tangkak, ibu bertanya kepada menantu yang tahu khabar perkembangan tentang Intan Baizura yang pernah ibu ziarahinya pada 4 Januari lalu. Tak tahulah rasa terdetik di hati "jika tiada harapan lagi, semoga Allah permudahkan dia kembali kerahmat Allah" Kakak ibu ajak ke Batu Pahat menziarahi menantunya namun jadual ibu terlalu ketat di samping temani suami meeting di Bangi. Diam tak diam, rupa-rupanya ada dua agenda ibu di Bangi
i. Meeting tentang perkembangan buku 30 tahun dalam naungan tarbiyah
ii. Meeting perlaksanaan Kursus Kaunseling untuk guru-guru Haluan pada 23-25 Mac kelak
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, Allah aturkan program 'family day' untuk ibu berkampung di Bangi. Tiada program yang lebih membahagiakan ibu, melainkan apa yang Allah aturkan kerana masih ramai jiwa-jiwa yang amat dahagakan erti bahagia yang sebenarnya iaitu mewarisi Tarbiyah Madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Kadang kala terlintas di hati hendak sewa rumah di Bangi sahaja kerana banyak aktiviti terfokus di sana. Semoga Allah permudahkan nanti. Insha Allah
Selesai kembali dari meeting, kakak maklumkan menantunya meninggal dunia. Allahu, sayangnya Allah kepada Intan Baizura. Ibu tidak dapat hendak bekejar ke Batu Pahat, hanya doakan semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya, merahmati dan himpunkan Rohnya bersama para solehin. Mudah-mudahan kakak ibu sempat bisikkan ke telinganya tentang hadis nabi yang bermaksud;
" Telah dikatakan kepada penduduk syurga, "sesungguhnya kamu sihat dan tidak sakit selama-lamanya., kamu hidup, tidak mati selama-lamanya, kamu bersenang lenang dan tidak bersedih selama-lamanya, kamu muda dan tidak tua selama-lamanya" (HR Muslim.)
Hidup di dunia ini hanya seketika menunggu ajal dan semua akan menanti giliran masing-masing berada di alam barzakh. Kematian merupakan permulaan perjalanan kita menyertai rombongan roh para anbia, siddiqin, syuhada dan para solehin menuju ke syurga Allah bagi mereka yang tidak jemu-jemu menolong Deen Allah tanpa kenal erti penat.
" Telah dikatakan kepada penduduk syurga, "sesungguhnya kamu sihat dan tidak sakit selama-lamanya., kamu hidup, tidak mati selama-lamanya, kamu bersenang lenang dan tidak bersedih selama-lamanya, kamu muda dan tidak tua selama-lamanya" (HR Muslim.)
Hidup di dunia ini hanya seketika menunggu ajal dan semua akan menanti giliran masing-masing berada di alam barzakh. Kematian merupakan permulaan perjalanan kita menyertai rombongan roh para anbia, siddiqin, syuhada dan para solehin menuju ke syurga Allah bagi mereka yang tidak jemu-jemu menolong Deen Allah tanpa kenal erti penat.
Semoga Allah merahmatimu selamanya, aamiin |
Bangi
2 Mac 2019
Comments
Post a Comment