Keislaman Umat Di New Zealand...
Mutakhir ini, sebelum15 Mac Allah izin ibu terbaca kajian salah seorang cendekiawan Muslim bernama Prof. Hussain Askari dari George Washington University yang berjudul "How Islamic are the Islamic Countries?". Kebanyakan negara di Eropah mengamalkan 'Prinsip' Islam dalam kehidupan mereka walaupun mereka bukan dilahirkan dalam masyarakat Muslim.
New Zealand adalah contoh negara teratas dalam ranking di dunia dalam mengamalkan 'akhlak umat Islam.' Luxembourg tempat kedua, Ireland ketiga, Iceland keempat, Findland kelima, Denmark keenam, Canada ke-7.
Malaysia menduduki tempat ke-38 ,
Kuwait ke-48,
Baharain ke-64.
Manakala Arab Saudi menduduki tempat 131. Cuba fikir-fikirkan mengapa agaknya ye???
Sila rujuk laman web .http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/ireland/10888707/Ireland-leads-the-world-in-Islamic-values-as-Muslim-states-lag.html
Kajian ini merujuk moral atau akhlak penduduknya. Terdetik di benak ibu, "alangkah baiknya jika mereka semua adalah Muslim." Tidak jemu-jemu sama-sama kita doakan seperti mana yang telah diajarkan oleh Syeikh Abdul Kadir Jailani seperti berikut:

"Ya Allah...Berilah petunjuk kepada semua manusia untuk menuju ke Pintu-Mu. Ini adalah permohonanku selama-lamanya ... dan segala urusan itu aku serahkan kepada-MU" (Rujuk buku Lautan Hikmah Kekasih Allah)
Maha Baiknya Allah, Maha mendengar segala bisikan dalam lubuk qalbu ibu. Kemudian terjawablah segala persoalan yang betubi-tubi menyapa sebelum ini. Tiba-tiba pada 15 Mac 2019, dunia dikejutkan dengan pembunuhan terancang oleh seorang pembunuh yang mendakwa sebagai salah seorang 'pejuang perang Salib' menembak jemaah solat Jumaat di dua Masjid. 50 orang yang Syahid, turut melibatkan salah seorang remaja Malaysia berusia 17 tahun. Sungguh menyayat hati, namun di sudut qalbu kebanyakan kita yang yakin bahawa itu adalah perancangan Allah yang Maha Hebat, satu demi satu keajaiban berlaku di mana semakin ramai yang memeluk Islam melihat kesabaran keluarga mangsa bersabar memaafkan pembunuh tersebut. Akhlak mulia ini telah menjentik jiwa perdana menteri New Zealand. Allahu Akbar!!! Kini semakin ramai umat di New Zealand yang memeluk Islam. Masha Allah
Allah pilih New Zealand tanah di mana Insha allah akan berlaku pecutan yang laju berkembangnya Islam di Eropah. Hilang 50 nyawa kembali ke rahmatullah dalam tragedi ini. Hikmah di sebalik kehilangan ini, tidak mustahil Allah ganti 50 juta malah 50 billion umat mendapat hidayah Allah. Allahumma Ya Latif, Ya Wadud, Ya Haq. Maha lemah lembutnya Allah yang Maha Pencinta mendaulatkan kebenaran di tengah-tengah tragedi yang penuh hikmah ini.
New Zealand adalah sebuah negara kepulauan di barat daya Lautan Pasifik. Masyarakat Maori menamakan New Zealand sebagai Aotearoa yang bermaksud 'Tanah Berawan Putih Yang Panjang'. Paling sayu sehari selepas tragedi itu, salah seorang pelajar Malaysia (anak ADUN PAS Kelantan) telah membacakan ayat 154-157 surah Al Baqarah. Pada hari esoknya Parlimen di New Zealand dimulakan dengan bacaan ayat Qur'an ayat yang sama. Sebelum solat Jumaat sebentar tadi PM New Zealand membacakan hadis bahawa kita adalah satu Umat. Masha Allah. . Maha baiknya Allah meyusun atur peristiwa manis yang merawat hati umat seluruh dunia. Sayangnya Allah kepada kita semua. Allah rindunya kami ingin menghadap-MU
20 Mac 2015 merupakan hari terpilih yang selalu kami 'terlupa'. Dalam kesibukan menyantuni keperluan anak SRATI dan MATRI, Menyantuni Tamrin Puteri Matri malam semalam. Tiba-tiba anak ibu ingatkan barulah tersedar, diam tak diam dah 4 tahun ibu berhijrah di Perlis.20hb ibu hantar besan ke air port Kepala Batas akan menunaikan umrah bersama anak menantu dan cucu ibu. Walaupun tidak berpeluang ikut menunaikan umrah, ibu amat berpuas hati mendapat hadiah lain dari Allah. Hadiah istimewa Allah kurniakan tahun ini adalah keredhaan suami dan anak menantu ibu, mereka beri 'moral support' dan doakan agar ibu terus gigih menyambung pengajian peringkat PhD dalam bidang Kaunseling Islam.
Alhamdulillah sebentar tadi selesai sudah program 'Persediaan BIJAK menghadapi PhD" bersama Dr Nadiyah. Siap beliau menyarankan ibu pilih dan berkomunikasi dahulu dengan penyelia yang beliau kenali. Boleh mula dari sekarang perlahan-lahan menanti hari pendaftaran bulan Disember nanti. Usia dah melepasi 57 tahun baru tergerak nak ambil PhD. Suami ibu beri sokongan "asalkan untuk Dakwah" katanya. Ya Allah permudahkanlah urusan ini hanya untuk Deen-MU. Aamiin

Comments
Post a Comment