Jalan Pintas Ke Syurga
Tanah kubur 50 mangsa
keganasan 'pejuang perang Salib' di New Zealand masih basah, kini berita
serangan bom Zionis terhadap Gaza sejak 23 Mac, 2019
mengundang kemaraan Briged Al-Qassam. Inilah gambaran skala besar kebencian
musuh-musuh Islam dunia kini yang diketuai oleh Firaun alaf Cyber
bernama Donald Trump dan Nentanyahu dan mereka sedang mencabar
tentera-tentera Allah. Janji Allah itu PASTI. Kemenangan umat Islam sudah
dekat dan akan sampai masanya tidak lama lagi...Insha Allah
Di samping bekalan
Iman dan Taqwa perlu juga dibekalkan kesabaran yang indah hasil dari
proses keimanan madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Merujuk sesi
soal jawab seminar parenting 16 Mac yang lalu, memang timbul persoalan
'susah nak sabar'. Cikgu Azmi ada sebut bahawa sabar itu adalah
buah atau hasil daripada proses tarbiyah. Dalam sesi soal jawab itu ibu
diundang dan kongsi bahan merujuk buku 'Riyadhus Solehin' yang
ibu baca dan dari input Ustaz Abdul Somad mengkategorikan Sabar itu
ada 3 tingkat.
Sabar
first class = Sabar mentaati segala perintah Allah,
sabar ini akan menjadi apabila kita sentiasa suburkan kefahaman dan
kesedaran dari ilmu makrifatullah (Mengenal Allah)~ Melahirkan
maiyatullah (kebersamaan bersama Allah)
Sabar second
class = Sabar menjauhi segala maksiat. Kita akan dipermudahkan lulus
hadapi kesabaran ini apabila sabar first class kita lulus. Pokok
pangkalnya mesti lulus dahulu Sabar mentaati Allah.
Sabar
third class = Sabar menghadapi musibah. Kita akan lulus
sabar hadapi musibah ini apabila sabar 1st class dan sabar
2nd class di atas kita lulus. Siapa yang nak luluskan? Tanya
Iman dan jawab sendiri...
Berkat kesabaran umat
Islam, jalan pintas masuk ke syurga sudah disediakan oleh Allah SWT. Ibu suka
mengulang dengar Nouman Khan menceritakan bahawa Allah sudahkan
sediakan rumah untuk setiap manusia di syurga. Di Akhirat nanti banyak
rumah di syurga kosong kerana para penghuninya gagal sampai. Kenapa?
Mereka gagal
merealisasikan dua kalimah syahadah sebagai anak kunci masuk syurga.
1. Syahadah pertama,
mengukuhkan akidah ~ perlu ikut 'manual' yang terkandung di dalam
Al-Qur'an. di setiap ayat, Allah memperkenalkan diri-NYA.
2. Syahadah kedua
perlu ikut jejak langkah baginda Rasulullah SAW cara menggunakan 'manual'
tersebut dalam setiap detik dan ketika, walau di mana kita berada samada ketika
susah atau senang.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam,
“Setiap
ummatku akan masuk syurga, kecuali yang enggan!” maka sahabat bertanya,
siapakah yang enggan itu wahai Rasulullah?"
Rasulullah
menjawab, “Siapa yang mentaatiku maka ia masuk syurga dan siapa yang
tidak taat padaku maka ialah yang enggan” (HR Al-Bukhari)
Dan juga sabda
Rasulullah shallallahu’alaihi
wasallam,
“Syurga itu
lebih dekat kepada salah seorang dari kalian dibandingkan dekatnya tali
kasutnya sendiri, demikian pula dengan neraka.” (Muttafaqun ‘alaih).
Perjuangan antara hendak meraih redha Allah atau mengejar redha manusia akan sentiasa menguji kita. Perjuangan hendak dekat kepada Allah atau ingin jauh dari-NYA juga akan menguji kita. Sama-sama kita doakan semoga Allah tetapkan jiwa kita terus istiqomah dan beri hidayah kepada mereka yang belum nampak keindahan Islam, khususnya juak-juak Donald Trump di merata dunia. Minggu lepas 'depa' mengamuk kerana dituduh sebagai 'master mind' kepada tindakan pengganas yang membunuh 50 jemaah solat Jumaat di New Zealand. Jika tiada angin tidak mungkin pokok bergoyang.Bertambah parah lagi apabila 'provok'nya di New Zealand hendak membangkitkan kemarahan umat Islam tidak menjadi. Sebaliknya berkat kesabaran keluarga mangsa, umat Islam di New Zealand dilayan dengan penuh adab sopan dan istimewa sekali oleh penduduk di sana, khususnya perdana menteri mereka.
"Ya Allah,
kurniakanlah hidayah kepada mereka yang melayani umat Islam dengan
penuh kasih sayang" Ada yang berani mengatakan bahawa PM New Zealand
itu adalah 'Ratu Balqis' alaf cyber.
Mungkin ini satu
perjalanan dan proses Allah hendak menggantikan ramai pemimpin umat
Islam yang 'murtad' kepada yang Allah kehendaki, iaitu mereka yang
ada kecenderungan mengamalkan akhlak Islam...Tunggulah masanya akan tiba. Insha
Allah.
Allah Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ
أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي
سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ
يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari Deennya,
maka kelak Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun
mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad
di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.
Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah
Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-Maaidah: 54)
Ibnu Katsir mengatakan, “man yartadda minkum ‘an diinihi”
adalah mereka adalah orang yang berpaling dari menolong agama-Nya dan
menegakkan syariah-Nya. Diterangkan pula oleh beliau, orang tersebut keluar
dari kebenaran kepada kebatilan.
Bersatulah wahai pemimpin
umat Islam!!! Jika kalian enggan, Allah akan gantikan kalian dengan kaum yang
lain. Kini berbondong-bondong orang Eropah dan Jepun masuk Islam,
menambah kegerunan Firaun-firaun yang ada di Mesir dan Arab Saudi kerana mereka
bersekongkol dengan musuh-musuh Islam.
Sunnatullah, memang
Islam sentiasa diperangi oleh Thaghut. Dalam skala kecil,
setiap jiwa kita juga sentiasa berperang antara yang hak dan batil,
kesedaran Islam berperang dengan hawa nafsu yang cenderung kepada
jahiliyah. Peluang untuk jihad fi sabilillah sentiasa wujud apabila setiap
insan itu ada rasa ingin dekat kepada Allah. Ketulenan ingin dekat dengan Allah
pasti akan diuji 'ikhlas'nya. Sebenarnya Allah hendak permudahkan
kita semua umat Islam yang di'anggap' menjadi 'mangsa ' itu masuk
syurga 'short cut'. Sebab itu ramai umat Islam berbondong-bondong dari
segala pelusuk dunia secara sukarelah ke Palestine, kot ada rezeki
syahid di sana. Insha Allah jika kita ada niat ingin menolong
mereka di sana dan berusaha menyebarkan kefahaman dan kesedaran di
samping mengajak umat Islam berinfak, peluang-peluang mendapat jalan
pintas ke syurga amat dekat. Formulanya : INFAQkan diri untuk
menolong Deen Allah~ Insha Allah, Allah akan permudahkan segala
urusan kita ke Syurga-.
Sekarang ini umat Islam
di Indonesia sedang berkerja keras memenangkan Prabowo dan Sandi
sebagai Presiden Indonesia dalam pilihanraya 17 April kelak. Semoga
Allah kurniakan kemenangan mengukuhkan lagi perjalanan dunia
Islam mengembalikan khilafah Islamiyah. Insha Allah. Hendak memenangkan Islam
di alaf Siber ini kena ikut juga 'trend' menawan hati anak-anak
muda secara santai. Sebab itu, kini ibu diamanahkan menggerakkan 'Halaqah
Santai' menawan kembali bekas anak-anak MATRI yang sudah lama 'tertinggal ETS'
kerana cenderung kepada dunia yang melalaikannya.
Jom sama-sama kita doakan Mujahideen di mana sahaja mereka berada khususnya di Palestin;
Doakan Mujahideen Di Seluruh Dunia 😭😭😭
Ya Hayyu Ya Qayyum,
Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
turunkan para Malaikat-Mu untuk membantu para Mujahidin di mana sahaja mereka berada, khususnya Gaza, Seluruh Palestine,di Suriah (Shams), di Indonesia, di Mynmar, Uighur dan di Rohingya...,
sebagaimana telah Engkau turunkan ribuan Malaikat dalam perang Badar, di Khandaq dan di Tabuk.
ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di sana,
kuatkanlah terus generasi baru kami dari kalangan anak-anak dan cucu-cucu kami ,
menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam melalui Jihad fii Sabiilillah.
janganlah Engkau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami.
Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu.
Jangan Engkau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim.”
Amin amin Ya Rabbal Alamin.
Comments
Post a Comment