Hakikat Kursus Kepimpinan Ansor Untuk SEMUA
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang mukmin, jika kamu menolong Deen (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Alhamdulillah pada hari Sabtu 9 Mac, Allah aturkan tanpa dipinta, ibu dilibatkan dalam memberi input dan sesi simulasi untuk para ansor Matri di Bukit Ayer Perlis. Alhamdulillah suka sangat apabila melihat remaja-remaja dan pra dewasa Matri 'enjoy' menjalani latihan atau simulasi 'sesi kaunseling' sebagai persiapan menjadi pembimbing rakan sebaya di asrama dan di sekolah. Hanya mengamalkan 'body language' seperti eye contact, dengan mengulang-ulang hujung ayat dan menjadi pendengar yang memahami masalah rakan sebaya. Kemahiran ini semakin pupus kini kerana majoriti ibu bapa sentiasa disibukkan dengan kerjaya hingga anak-anak terabai dan terperangkap dalam syndrome 'BLASTED' (boring. lonely, angry, tired, stress ). Paling mengejutkan dalam kajian, ramai kanak-kanak bawah 7 tahun ketagih seks kerana sudah biasa menonton you tube porno. Kalau kanak-kanak juga menjadi mangsa kejahilan ibu bapa, apa lagi para remaja dan anak-anak dewasa!!!
Gejala tenat yang merosakkan minda dan jiwa ini berpunca dari sikap memberikan gajet kepada kanak-kanak di awal usia. Umur belum kenal halal dan haram. Justeru itu di dalam Al-Qur'an Allah SWT berfirman ;
وَلاَ تُؤْتُواْ السُّفَهَاء أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللّهُ لَكُمْ قِيَاماً وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا وَاكْسُوهُمْ وَقُولُواْ لَهُمْ قَوْلاً مَّعْرُوفًا ﴿٥﴾
"Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik."
Dalam menangani gejala ini, anak saudara ibu, salah seorang psiktris kanak-kanak dijemput dalam sesi khas TV Hijrah menjelaskan hakikat punca kejahilan ibu bapa. Dengarlah you tube di atas.
Kesan program kepimpinaan tersebut pihak MN Perlis minta ibu siapkan 'business card' agar khidmat ibu dapat dimanfaatkan untuk masyarakat lebih luas. Ibu mohon maaf kepada MN Perlis, ibu tak minat hendak berbisnes dan tidak mahu 'glamour' kerana itu bukan matlamat ibu. Ibu lebih suka bergerak dalam team dan jamaah. Alhamdulillah minggu ini merupakan minggu paling sibuk hingga tiada masa hendak berbual dengan warga di rumah. Fokus menjayakan program parenting untuk ummah sebagai salah satu alternatif atau jalan keluar kepada ibu bapa yang prihatin. Kalau asyik stress tapi rasa sudah OK dalam mendidik anak, tunggulah ujian dari Allah tak lama lagi, menyebabkan tersungkur dan tunduknya jiwa kita kepada Allah.
Tugas ibu dalam projek ini sebenarnya sebagai penasihat sahaja, akhirnya kena turun padang juga kerana pengarah program sibuk dengan pemasaran mencari pelajar memasuki IPTIP sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan. Alhamdulillah 'team work' projek ini terdiri daripada para ansor yang sudah terlatih dengan aktiviti kesukarelawanan sejak mereka menjalani proses tarbiyah. Kebanyakannya adalah anak muda termasuk 2 kaunselor yang menemani ibu ke kursus kaunseling di UNISHAMS Kuala Kuala Ketil Sungai Petani pada 11-12 Mac lalu. Ini juga merupakan proses menurunkan kemahiran dan kepakaran kepada mereka meneruskan kerja-kerja perbaiki kerosakan umat.

Hujung tahun ini Insha Allah, ibu akan bersara seketika dari kerja-kerja amal di Perlis kerana hendak tumpukan sepenuh perhatian menyiapkan Tesis PHD 'Membumikan Kaunseling Rabbani' di samping menjadi pensyarah 'part time' di IPTIP dan KTDKL. Sebab itu awal-awal lagi ibu tidak mahu terikat dan ingin 'bebaskan diri' dari ikatan keluarga dan tidak mahu ahli keluarga menaruh harapan yang tinggi agar ibu berbakti kepada family mereka. Cukup sekadar ibu berbakti kepada suami dan kerja-kerja keluarga besar ibu (HALUAN).
Masing-masing sudah ada keluarga dan anak-anak. Tidak perlu bergantung kepada ibu dan ayah lagi. Jadilah anak-anak soleh dengan bergantung hidup kepada Allah sepenuhnya. Alasan 'menjaga ayah sampai hujung nyawa' itu tiada maknanya jika tidak ada kerendahan hati hendak mendengar sendiri tazkirah atau mutiara-mutiara hikmah dari lisan ayah kandung sendiri. Allah atur ibu mai jauh dari Johor sangat menghargai segala mutiara hikmah yang ayah kalian kongsi, mengapa tidak anak-anak yang dekat sejak puluhan tahun yang lalu? Muhasabahlah diri masing-masing kenapa ayah kalian hanya diam dan membisu? Ibupun banyak belajar sabar dari ayah kalian dan berdiam diri adalah pilihan yang ada. Anak ibu juga berpesan 'ayah lebih faham perangai anak-anaknya. Kalau ayah diam, ibupun diam sahaja. Lebih selamat' Ibu tidak mahu lebihkan sudu dari kuah. Settlekan masalah kalian dengan ayah kalian barulah ibu boleh bermesra tanpa sebarang 'gap' atau halangan. Insha Allah. Menjaja sana sini 'ibu salah, ibu tak patut macam tu', apa kah akan menambah pahala???. Setakat ini Diam adalah jalan keluar terbaik agar anak-anak tidak berdosa kerana asyik membantah jika ayah kalian bersuara.

Mendidik dan berbakti membina 'kuntum khaira ummah' menjadi priority ayah dan ibu hingga akhir hayat. Kami ada banyak lagi projek mati yang perlu dibuat. Nak marah atau 'bising' macam mana sekalipun, kerja ini akan kami teruskan sampai hujung nyawa. Harap anak menantu semua faham bahawa ayah dan ibu adalah milik ummah, bukan milik keluarga semata-mata. Kalau tak faham juga, memanglah mengada-ngada namanya. Nak cuba protes atau abaikan ayah kalian kerana hasrat suci ini,tepuk dada dan tanyalah iman kalian. Tidak ada ruginya langsung kerana Allah akan hantar lebih ramai Ansor yang menjaga kebajikan ayah. Yang jauhkan hati kita adalah Allah kerana berbeza visi dan misi hidup. Begitu juga yang akan dekat dan menyatukan hati kita juga Allah, kerana memiliki visi dan misi hidup yang sama iaitu harapkan keredhaan-Nya mengajak manusia mengenal Allah.
Jom sama-sama kita mohon kepada Allah agar ditundukkan hati hingga terbuka untuk belajar dari ayah tentang hakikat kehidupan Islam yang sebenarnya. Kalau hanya bermesra melalui aktiviti makan-makan tanpa input roh, tak ubahlah hidup kita ini macam 'non Muslim'. Nauzubillahi min zalik. Usah menyesal jika ditakdirkan Allah menjemput ayah pulang ke rahmat-Nya tanpa kalian mendapat sebarang ilmu yang amat bermanfaat darinya. Tugas ibu sudah selesai kerana mengingatkan. Semakin faham kita tentang Deen Allah dari mulut ayah sendiri (mewarisi tugas para anbia), makin dekat hati kita Allah satukan. Kalau masih ada cebisan ego di hati kalian terhadap ayah kandung sendiri, ibu tak boleh buat apa-apa lagi melainkan terus mendiamkan diri dan terus enjoy berbakti untuk Deen Allah, mengajak orang lain mentauhidkan. Alhamdulillah setakat ini kami tidak pernah kecewa dengan sikap kalian kerana amat yakin , berkat kesabaran kami, Allah gantikan dengan para ansor (anak didik) yang lebih ramai membantu kerja-kerja kami perbaiki ummah ikut sunnah Rasulullah SAW.
Rumusan ayat di atas (surah Muhammad ayat 7) merujuk tafsir Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili. Ayat ini merupakan perintah Allah kepada kaum mukmin agar mereka menolong agama-Nya, berdakwah kepada-Nya, dan berjihad melawan musuh-musuh-Nya dengan mengharapkan keredhaan-Nya. Jika mereka melakukan hal itu, maka Allah Subhaanahu wa Ta'aala akan menolong mereka dan meneguhkan mereka, yakni menguatkan mereka dengan kesabaran , ketenangan, dan keteguhan serta membuat badan mereka dapat bersabar di atasnya serta menolong mereka terhadap musuh mereka. Ini adalah janji dari Allah Yang Maha Pemurah yang benar janji-Nya, bahawa barang siapa yang menolong agama-Nya baik dengan ucapan mahupun perbuatan, maka Dia akan menolongnya, memudahkan sebab-sebab pertolongan, seperti keteguhan dan sebagainya.

Comments
Post a Comment