Vitamin Jiwa: Masuk Syurga Secara Berjemaah
Segala puji-pujian hanya milik Allah yang telah mengatur kehidupan segala isi langit dan bumi dengan sempurna sejak zaman Nabi Adam hingga kini dan seterusnya hingga hari Kiamat. DIAlah sebaik-baik pengatur kehidupan para hamba-Nya dan sewajarnya kita suburkan sangkaan baik ('husnu zhon') kepada-NYA dalam setiap detik, masa dan ketika walau di mana kita berada. Husnu zhon ini hanya akan bertakhta dalam jiwa apabila kita sentiasa tingkatkan kualiti ubudiyyah dengan mengenal-Nya (Makrifatullah). Selawat dan salam sama-sama kita tujukan kepada Rasulullah SAW dan para pejuang dakwah dan tarbiyah hingga akhir zaman.
Hari Rabu malam Khamis, anak ibu hantar gambar sedang meraikan ulang tahun ke-7 cucu ibu, Musthofa Mishary. Baharu sambut ulang tahun ke-7, tahun hadapan tak lama lagi, 2020 akan masuk Tahun 2. Nikmat kegembiraan menyambut cucu pertama masih terasa hingga kini. Semoga Musthofa Mishary dan adik-adiknya membesar dalam keadaan fikiran dan jiwa cepat matang dan dewasa bersama Dakwah dan Tarbiyah. Dengan dakwah dan tarbiyah mereka kelak akan menyambung tugas para anbia, menyelamatkan lebih ramai manusia agar sama-sama dapat masuk syurga Allah SWT.
![]() |
Kasih sepenuh jiwa ~ 19 DISEMBER 2012 |
19 Disember 2019 ibu tukar profile dalam FB, mengajak diri sentiasa mengingati mati kerana dengannya kita sentiasa menghargai setiap detik masa yang ada beramal soleh selagi hayat dikandung badan.
Selepas Asar pada tarikh yang sama ibu dimaklumkan oleh anak ibu berita yang sangat menyedihkannya, bapa saudara kesayangannya, Hj Suhaimi bin Hj Ghazali telah kembali ke rahmatullah sebelum pukul 6 petang hari Khamis. Teringat kata-kata keramat Almarhum ketika ibu berpeluang menziarahinya dua kali.
"Uda redha terima semua ujian ini..."
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya, melapangkan kubur dan menyambut rohnya dengan penuh kasih sayang. Istirehatlah Almarhum Hj Suhaimi dari segala kesakitan yang telah menghapuskan segala dosa-dosanya. Insya Allah semoga Allah himpunkan rohnya bersama roh para solehin. Husnul khotimah untuk anak soleh yang telah menjaga kedua ayah bondanya hingga ke hujung nyawa.
Salam takziah kepada isteri solehah almarhum, Hjh Rokiah Bte Salleh. Semoga amal solehmu menjaga suami, ayah dan bonda dengan cemerlangnya sudah tercatat dalam rekod di loh mahfuz, memudahkan laluanmu ke syurga Allah SWT. Insha Allah. Semoga Allah kurniakan sebaik-baik ganjaran buatmu di dunia lagi. Aamiin.
Hari Jumaat, 20 hb Disember, Allah izin tiba-tiba diminta jadi pengerusi 'bidan terjun' telah mewajibkan diri untuk hadir walaupun tanggung jawab di rumah lebih aula ketika itu. Akhir-akhir ini Allah kurniakan rasa sangat bimbang meninggalkan suami keseorangan di rumah. Mujurlah usrah hanya buat di Matri. Boleh segera pulang bila perlu. Berkat niat dan doa untuk mendapat 'vitamin' jiwa, Allah permudahkan perjalanan 'Usrah Amal Aisyah' terlaksana dengan penuh keimanan, ukhuwwah dan mahabbah.
Kami sama-sama berjanji masuk syurga secara berjemaah bukan secara individu. Saling mencari siapa sahabat dan sahibah yang tiada di syurga agar kita sama-sama diselamatkan berbekalkan visi dan misi yang sama sejak di dunia lagi...cita-cita ini adalah lanjutan dari tadarus dan tafsir surah Al-Waqiah. Cerita tentang gambaran keadaan di dalam syurga. Masha Allah
Luar biasa 'roh' usrah kali ini turut dihadiri oleh sahibah yang baharu berhijrah dari Alor Setar. Dalam sesi beliau perkenalkan dirinya, air mata ibu berguguran. Ibu sudah kenal dirinya sejak berada di Johor. Beliau secara sukarela menjadi 'mentor' yang sering memberi 'vitamin' jiwa agar ibu 'maintain' kesabaran mengharungi segala tribulasi kerana ada persamaan ujian yang kami alami ketika itu iaitu hidup berpoligami. Hingga hari ini beliau tetap bertahan dan tabah pertahankan 'baitul muslim'nya walaupun perit berkongsi kasih dengan madu yang tidak memahami dan tidak memiliki visi dan misi yang sama dalam dakwah dan tarbiyah.
Ketika beliau mendapat berita ibu bercerai pada 3 Mei 2013, beliaulah orang yang paling sedih sekali kerana menurut pandangannya, suami/ pasangan ketika itu perlukan kita agar sama-sama terus istiqomah dalam dakwah dan tarbiyah. Tidak ada niat ibu hendak membiar atau mengabaikan pasangan ketika itu. Walaupun dihalang bertubi-tubi oleh si'penakut' di sisinya kini, namun hingga kini ibu masih memaafkannya dan terus istiqomah berdoa agar insan soleh itu akhirnya akan terus bersama kami dalam perjuangan yang suci ini secara berjemaah. Tugas mendaulatkan Deen Islam di muka bumi ini tidak boleh buat secara individu sebaliknya perlu dibuat secara berjemaah. Perlu ada organisasi dan ada tanzim. Iltizam syar'ie dan iltizam tanzimi perlu disuburkan dari masa ke masa.
Satu kisah yang dikongsikan yang menyebabkan air mata ibu menitis ialah kisah seorang wanita yang mendapat husnul khotimah. Allah kurniakan hadiah dapat mati dalam keadaan bersujud di hadapan Kaabah. Kematian yang amat dicemburui. Apakah faktor wanita itu terpilih mendapat Husnul Khotimah ? Wanita itu telah menjaga kebajikan bapa mertuanya hingga akhir hayat. Bukan sahaja menjaga makan pakai, bahkan rela mengurus najis bapa mertuanya walaupun gunakan sarung tangan plastik. Sedangkan suaminya sendiri tidak mampu mengurus ayah kandungnya sendiri. Masha Allah, keikhlasan yang sungguh luar biasa, Allah kurniakan ganjaran yang luar biasa.
Inilah kisah yang menyebabkan air mata ibu menitis, sejak dulu lagi ibu amat berharap dapat husnul khotimah di bumi Nabi. Untuk mendapatkannya perlukan kesabaran hidup berjemaah dan sering mendapat vitamin jiwa dari sahabat dan sahibah yang sama-sama ingin masuk syurga secara
berjemaah.
“Ya Allah aku memohon kepada-MU husnul khotimah.”
berjemaah.
"Ya Allah perkenankan dan makbulkanlah hajat
suciku ini...Aamiin"
Husnul khotimah adalah jawapan terbaik yang kita
harapkan hingga hujung usia. Ulang-ulang doa khususnya ketika sujud dalam solat Tahajjud;
harapkan hingga hujung usia. Ulang-ulang doa khususnya ketika sujud dalam solat Tahajjud;
“Ya Allah aku memohon kepada-MU husnul khotimah.”
Comments
Post a Comment