Alhamdulillah Kini Tenang Dengan Rutin Baharu
Innalillah wa inna ilaihi rojiiuun, berita mutakhir yang tersebar di media sosial amat menduka citakan kerana berturut-turut 'ustaz' glamour seolah-olah mengikut arus jahiliyah perdana seperti artis yang tidak terdidik. Masalahnya ustaz-ustaz glamour itu menceraikan isteri pertama yang sedang hamil setelah berkahwin lain. Macam-macam persepsi negatif menular di sana sini, memburukkan lagi imej diri dan nama Islam yang suci. Astaghfirullah lil mukminin na wal mukminat. Inilah akibat daripada sikap memperlekehkan dakwah dan tarbiah dan tidak memahami kesyumulan Islam yang sebenarnya.
Awal Disember baru-baru ini, memang tak menyangka ustaz glamour dari negara seberang menceraikan isterinya setelah tidak sebumbung lagi sejak tahun 2016. Ibu cuba kenalpasti apakah puncanya isteri itu diceraikan, bukan isteri itu yang minta cerai. Di media sosial bertubi-tubi pihak 'bekas isteri' menyalahkannya. Dalam dua artikel ibu menegur wartawan supaya menghentikan sebaran tuduhan yang tidak sihat yang akan melemahkan umat Islam. Keadaan ini amat membimbangkan jika menjadi ikutan masyarakat biasa.
"Didiklah bekas isteri tersebut supaya redha menerima hakikat 'putus jodoh' itu adalah takdir dari Allah untuk menyelamatkannya. Doakan semoga Allah kurniakan mereka jodoh yang lebih baik"
Alhamdulillah kini berita 'tidak enak' itu semakin kurang tersebar di media sosial. Pasti ada hikmah tersirat di sebalik apa yang berlaku. Tiada siapa yang suka umat Islam bercerai berai, apa lagi keluarga para ustaz yang sepatutnya menjadi contoh dalam masyarakat.
Pesanan ibu kepada semua wanita bersuami agar bersiap sedialah dengan kekuatan roh, mental dan fizikal. Subur dan kukuhkan hubungan cinta hanya kerana Allah dan untuk Allah. Soal jodoh adalah urusan Allah sama seperti urusan rezeki dan maut. Sesungguhnya soal rezeki, jodoh dan maut itu di tangan Allah.
Jangan ada rasa suami itu milik kita. Semua adalah milik Allah. Berpada-padalah mencintai makhluk, termasuk suami. Jika berlebihan, akibatnya kita akan kecewa nanti. Tepat pada masanya Allah akan tarik nikmat itu dan berikan kepada wanita lain dan bersedialah redha untuk berkongsi suami walaupun tidak suka.
Jika tidak serasi dengan suami yang ada, tidak perlu ceritakan dalam FB, Istagram atau Twitter. Begitu juga 'bahagia palsu' tak perlu ditayangkan dalam FB dan seumpamanya menyebabkan ada pihak yang 'sedih' dan dukacita terutama golongan muda yang baharu kematian suami atau baharu bercerai. Sebelum 'post' sesuatu, fikir berkali-kali apakah kesannya kepada mereka yang tidak berpeluang. Apakah banyak pahala yang kalian dapat?
Banyak lagi agenda 'bahagia hakiki' yang boleh kita share di media sosial. Simpanlah bahagia atau derita urusan rumah tangga serapat-rapatnya. Mengadulah hanya kepada Allah. Dalam diam menyimpan aib keluarga, Allah kurniakan ketenangan yang semaksimanya. Insha Allah.
Alhamdulillah, banyak pengajaran yang ibu dapat hasil musafir tarbawi 27 November hingga 5 Disember lalu. Baharu ibu mengerti tugas utama ibu hanya menemani suami. Segala urusan lain BUKAN tugas utama lagi melainkan bidang penulisan dan halaqah yang telah menjadi darah daging ibu.
Sekembali kami ke Tunjung, ibu cuba cari 'runner' yang boleh hantar makanan kegemaran suami setiap petang dari 'Hanna Cookies' ke rumah. Kebanyakan 'runners' semuanya sibuk waktu itu (selepas Asar). Letih juga nak keluar masuk rumah, memang terasa kudrat nak aktif macam dahulu sudah berkurangan. Jika boleh hendak keluar rumah seminggu sekali sahaja kerana urusan penting yang tidak boleh dielakkan. Balik rumah memang terasa letih dan perlukan rehat yang cukup sebelum menumpukan perhatian dalam bidang penulisan.

Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan salah seorang anak halaqah ibu yang 'thiqah' bersetuju hantar lauk setiap hari. Lauk itu dimasak oleh ibunya yang memang minat memasak 'ala kampung' dan ibu kenali iltizam 'syari'ie'nya, pembersih dan amat menitik beratkan 'halalan toiyyiban'. Kos upah memasak yang ditetapkan tidak semahal di restoren, mungkin ada terselit niatnya hendak berbakti kepada murabbi. Ibu tambah kos semurah itu dengan duit minyak anaknya ulang alik hantar lauk.
Terima kasih ya Allah pertemukan ibu dengan insan ikhlas ini. Tidak perlu lagi ibu bekejar mencari bahan-bahan mentah untuk dimasak, kecuali jika memang ada kelapangan dan suami teringin makan masakan air tangan ibu sendiri. Alhamdulillah selera suami amat serasi dengan masakan 'ala kampung' tersebut. Ibu bersyukur sangat, Allah permudahkan ibu, tidak perlu kerap ke dapur lagi kecuali jika terdesak. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Komitmen dalam meraikan kerja-kerja luar, khususnya iJDK zon utara yang dibuat di Matri, ibu dikecualikan agar fokus merawat ustaz tidak tergendala. Salah seorang sahibah yang perihatin hantar ke wassap group Haluanita Perlis;
'Not to worry Norlida, kami ramai, tapi anti seorang sahaja yang tau jaga Ustaz Omar yang kami semua kasihi'

![]() |
14 Dec, dirawat oleh ustaz Zaki & diziarahi oleh family Prof Ahmad Yusuf |
هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي
"Ini, dengan limpah kurnia Tuhanku,"
Alhamdulillah, doa dan sokongan moral seperti ini yang ibu harapkan agar terus istiqamah, istimroriyah fii hamasah fii jiddiyyah wa jundiyyah (Nilai teras HALUAN ke-6).
Tetamu-tetamu juga amat menyokong idea ibu menempah lauk dari sahibah. Ibu rasa amat tenang jika semua pihak memahami. Semoga selepas ini tiada lagi salah faham yang sengaja diadakan menganggu ketenangan ini.

Dahulu ibu juga sering harap dapat makan masakan air tangan Almarhum bonda bila balik kampung. Apabila memahami bonda semakin berumur dan uzur, tugas kita yang muda inilah yang memasak/ beli serta menyuapkan makanan kegemaran bonda. Besar pahalanya bagi mereka yang memahami kudrat orang tua tidak sama macam orang muda. Sekarang ini sering juga terasa sakit pinggang jika asyik ulang alik ke dapur. Bila sakit pinggang, dah tak larat nak duduk fokus untuk menaip...
Ibu teringat awal-awal ibu hijrah ke Perlis, salah seorang jiran warga emas berumur 60-an mengadu (kami sudah kenal sejak tahun 1980an),
"kak sampai la ni kena buat kerja dapur, cuci baju, sidai kain, sebenarnya kak tak larat dah...tapi anak menantu tidak memahami..."

Masha Allah, kasihannya ibu tunggal tersebut, sepatutnya anak-anak carikan pembantu rumah untuknya bukan jadikan ibunya macam pembantu rumah. Ibu sarankan jiran tersebut sering beristirehat di rumah adik beradik atau anak-anaknya yang memahami. Ini salah satu jalan keluar terbaik untuk memahamkan mereka yang tak faham. Tinggalkan mereka agar mereka faham...
Alhamdulillah, mendapat khabar berita hujung tahun lepas ibu tunggal itu sering bersama adik bungsunya (juga ibu tunggal) dapat melancong ke Turki. Sekali sekala ke rumah anaknya di Shah Alam.
Beginilah hakikat kehidupan, masalah akan timbul apabila mereka tidak faham visi dan misi kehidupan ayah dan ibu masing-masing. Benar kata murabbi ibu. Orang yang faham dakwah dan tarbiah itu, bila cakap sikit sahaja (beri ilmu) dia faham banyak. Berbeza mereka yang tidak mahu tarbiah, cakap banyakpun mereka tidak mahu atau sukar untuk memahami.
"Allahumma faqeehu fiddeen, wa alimhu ta'wil..."
Ya Allah berilah dia kefahaman tentang Deen-Mu dan beri dia faham tafsir Al-Qur'an." Jangan berputus asa mengharapkan rahmat dari Allah, terus berdoa selagi hayat dikandung badan.

Comments
Post a Comment