Bagaimana Mempelajari Iman Sebelum Al-Qur'an?
Hingga hari ini, krisis politik di Malaysia masih belum reda lagi. Pihak yang 'tumbang' mulai menyalak bukit berbekalkan prinsip-prinsip Rukun negara. Tanpa kita sedar semasa mereka berkuasa, sempat mereka membela 'komunis' hingga dalam buku Teks sejarah pun mengagungkan Komunis sebagai pejuang negara.
Ibu masih ingat salah seorang daripada mereka pernah mengkhianati murabbi kami (Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Bin Md.Zain) sekitar tahun 1992-1993. Sebelum penubuhan Parti barunya (serpihan dari PAS), team mereka mengkhianati presiden PAS. Peribahasa Melayu menyebut apa yang mereka rasai ini seperti 'pulang paku buah keras'. Pengkhianatan mereka demi mengejar 'takhta' akhirnya dia sendiri dapat rasakan betapa pedihnya dirinya kononnya di'khianati' oleh team yang ingin menyelamatkan masa hadapan Islam dan negara.
Tajuk 'bagaimana Mempelajari Iman Sebelum Al-Qur'an sangat perlu diulangkaji selalu sebagai peringatan pada diri sendiri. Kini ramai ustaz mampu hafal al-Qur'an tetapi gagal mensucikan jiwanya. Tanpa pensucian jiwa, proses tarbiyah tidak berlaku dan para asatizah itu mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur jahiliyah di luar sana. Apalagi jika parti sekutunya memiliki dana yang banyak membantu mereka menghidupkan parti baharu. Sangat merbahaya sekiranya di dalam perjuangan ada matlamat kepentingan diri dan mengejar dunia. Berlaku inhiraf atau penyimpangan dalam matlamat mencari keredhaan Allah.
Perkataan 'inhiraf' atau penyimpangan memang sering suami ibu sebut dalam ceramahnya hingga sekarang. Semoga anak-anak muda sentiasa fokus matlamat mencari keredhaan Allah sebagai wawasan utama dalam kehidupan. Allahu ghoyatuna ( Allah matlamat kami).
Alhamdulillah, Allah aturkan pada 21 Febuari lalu anak-anak MASDAR mewakili team penerbitan telah menziarahi kami mengumpul maklumat tentang syuyukh UOHS. Semoga temu bual itu menjadi sumber inspirasi dalam perjuangan mereka tanpa berlaku berlaku sebarang 'inhiraf'.
Alhamdulillah, dalam 'usrah santai' dengan izin Allah, ibu kendalikan dua minggu sekali pada hari Selasa selepas Asar di sebuah di sebuah cafe terdekat merujuk halaman 34 buku 'Power of the Quran' hasil tulisan Dr Majdi Al-Hilali. Selepas membacakan kisah seorang sahabat ra bernama Jundub al Bajali, katanya;"

![]() |
3 Putera MASDAR selepas wawancara |
![]() |
Puteri MASDAR turut mewawancara |
Berlakunya inhiraf kerana masalah IMAN yang belum mendarah daging dalam jiwa. Ada PHD pun tiada gunanya kerana proses mensucian jiwa tidak berlaku. Petandanya adalah jika ada rasa tidak berdosa menjaja aib orang di sana sini. Semoga Allah ampuni dosa-dosa semua umat Islam di Malaysia, menyatukan jiwa mereka demi masa depan Islam yang gemilang untuk generasi pewaris kita hari ini.
Alhamdulillah, dalam 'usrah santai' dengan izin Allah, ibu kendalikan dua minggu sekali pada hari Selasa selepas Asar di sebuah di sebuah cafe terdekat merujuk halaman 34 buku 'Power of the Quran' hasil tulisan Dr Majdi Al-Hilali. Selepas membacakan kisah seorang sahabat ra bernama Jundub al Bajali, katanya;"
"Pada waktu muda, kami selalu menyertai Nabi. Kemudian kami belajat tentang Iman terlebih dahulu sebelum mempelajari Al-Qur'an. Setelah selesai, baru kami mempelajari al-Qur'an dan ternyata iman kami dapat bertambah. Tetapi sekarang, sebenarnya kalian mempelajari al-Qur'an terlebih dahulu sebelum belajar tentang Iman."
Kisah ini telah mengejutkan salah seorang ahli usrah lalu beliau bertanya "Apa maksud mempelajari iman dahulu?" Ibu sudah menjangka soalan ini pasti akan timbul. Alhamdulillah mujurlah dalam halaqah santai ini ada seorang ustazah yang tolong menjawabnya.
Penting sekali memahami dan mengimani rukun iman yang pertama, percaya kepada Allah terlebih dahulu sebagai paksi kepada keimanan yang lain. Itu dari aspek keyakinan, apa yang tertancap di dalam qalbu perlu dibenarkan dengan amal. Amal yang pertama terkandung di dalam rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Dua kalimah syahadah ini perlu dijadikan zikir harian. Zikir yang paling utama yang boleh menjana bateri jiwa adalah kalimah "La Ilaha Illallah" (لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ).
"Ooo patutlah malas aje nak baca Qur'an sebab iman tak kuat..selalunya baharu baca 2-3 ayat dah mula mengantuk, cuba baca Qur'an tetapi tidak menambah iman...apa yang perlu kita buat? " sahut sahibah yang bertanya tadi.
Kadang-kadang kita berusaha hendak perbaiki diri tetapi ada halangan seperti gangguan syaitan, hawa nafsu yang dituruti dan godaan dunia yang tidak pernah berhenti. Selepas faham tentang pentingnya Iman dan cara hendak suburkan iman, tidak boleh tidak amat perlukan keikhlasan. Niat ikhlas bukan boleh kita dapat sendiri tanpa pertolongan Allah.
Amru Khalid dalam bukunya 'Hati Sebening mata air' menegaskan pentingnya kita mohon pertolongan Allah dalam urusan perbaiki niat dan perbaguskan niat kita setiap hari. Contohnya, setiap pagi kita sentiasa berdoa seperti berikut;
"Ya Allah perbaguskan niatku, ikhlaskan niatku agar melakukan sesuatu hanya untuk-MU. Luruskan niatku ya Allah agar tidak berlaku sebarang penyimpangan dalam beramal"
Hayatilah sedalam-dalamnya doa iftitah yang kita baca setiap kali solat Subuh;
"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekelian alam"
Tanpa pertolongan Allah, sukar untuk kita menikmati ikhlas dalam beramal. Justeru itu asas IMAN (hubungan hati dengan Allah SWT) perlu disuburkan dari masa ke masa seterusnya menjana keikhlasan dalam beramal. Tanpa ikhlas kita tidak akan dapat rasa kepuasan betapa manisnya iman.
Contoh terbaik yang menjadi kegemaran ibu dan salah seorang ahli halaqah adalah peribadi Saidina Umar Al Khattab. Daripada Saidatina Aisyah, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya syaitan menyingkir (menghindar) apabila berjumpa dengan Umar.” (Hadis riwayat Ibnu Asaakir)
Keikhlasan beliau menyebabkan syaitan takut hendak mendekatinya apalagi hendak menganggu. Beliau selalu mendekatkan diri kepada Allah. Di tengah malam dan penghujung siang, beliau berzikir. Selepas diangkat menjadi khalifah, beliau selalu berdoa:
“Ya, Allah, seperti Engkau tahu, aku ini berwatak keras. Oleh kerana itu lunakkanlah aku. Aku ini lemah, ya Allah, maka kuatkanlah aku. Aku ini kikir, maka jadikanlah aku hamba-Mu yang pengasih, pemurah dan dermawan.”
Ketika terjadi kelaparan pada tahun kemarau panjang Umar berdoa:

“Ya, Allah? janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku"
Ketika dia akan melepas ekspedisi penyebaran Islam, Umar sentiasa berdoa:

Ya, Allah, anugerahkan bagiku rezeki gugur di jalanmu atau wafat di kota nabi-Mu.”
Selepas usiaku makin tua, dia berdoa: “Ya Allah, usiaku makin tua, kekuatanku makin surut (lemah), rakyatku makin menyebar luas, maka wafatkanlah aku tanpa mensia-siakan dan melalaikan tanggungjawabku.” .

Hakikat iman sering turun naik bergantung kepada keikhlasan kita. Pernahkah kita merungut dan rasa tidak puas hati? Selepas merungut dan marah-marah, kita akan rasa malas hendak beribadah. Sungutan, banyak komen dan menjaja aib orang itu membuktikan lemahnya iman dan tiada keikhlasan beramal hanya untuk Allah.
Ini sekadar perkongsian pengalaman. Senang cerita DIAM dan 'no komen.' Baca Quran dengan penuh kesedaran dan merenung tafsirnya sekali, baharu akan rasa sejuk dalam jiwa untuk maintain ketenangan. Amar maaruf, nahi mungkar dan beriman kepada Allah menepati firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 110. Sepatutnya dengan amar maaruf dan nahi mungkar akan menambah keimanan seseorang.
Ramai sahabat awal dahulu syahid sebelum sempat membaca Qur'an kerana sebaik sahaja memeluk Islam terus ke medan jihad. Masha Allah, untungnya mereka masuk syurga tanpa hisab. Semoga Allah kurniakan kepada kita semua rezeki syahid di medan jihad. Aamiin

Comments
Post a Comment