Covit-19 Doa Tolak Bala Bencana

Alhamdulillah, segala puji-pujian  hanya milik Allah
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, kaum keluarga  dan para sahabat baginda

Syukur Alhamdulillah di atas nikmat kurniaan Allah SWT, kini ibu berpeluang  menikmati sejarah perjuangan pahlawan Turki  bernama Eutugrul. Beliau  adalah moyang  kepada Sultan Muhammad Al Fateh yang telah  berjaya menawan kota Contantinople. Bekas guru sejarah,  baru kali ini dapat peluang menikmati sejarah tersebut. mudah-mudahan  dapat membantu  kerja-kerja  dakwah  dan tarbiyah untuk diwarisi  oleh generasi muda hari ini. 
Pentingnya niat dalam setiap aktiviti kita hingga  menonton video juga  menjadi ibadah  jika niat kerana  Allah.


Di sini  ibu ingin berkongsi  hasil muhasabah  diri kesan  dunia  dilanda  bencana  Covit-19. Dalam bab teguran Allah betapa  ramainya  manusia  yang dilanda  'virus  syirik' termasuk  umat Islam  seluruh dunia  khususnya di Nusantara  dan di Tanah Arab. Para pemimpin Islam tidak bersatu hati  menangani isu-isu politik, ekonomi dan sebagainya mengikut acuan Allah. 

Kini sudah sampai masanya  mereka  bersatu dan mendaulatkan perlembagaan Islam merujuk al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Sewajarnya sekaranglah  masanya untuk mengubah perlembagaan yang men'syirik'kan Allah. Syirik  adalah  mungkar  Al-Akbar yang  mengundang mala petaka dan kemurkaan dari Allah SWT bukan sahaja di dunia bahkan di Akhirat.

Syukur  Alhamdulillah, Allah hantar  Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia sekarang, Mudah-mudahan  dalam pimpinan beliau   Malaysia  akan mendaulatkan Al-Qur'an  sebagai  dusturuna (Perlembagaan Kami). Ini teras  jika  hendak selamat di dunia  dan di akhirat. Jika tidak, Allah akan hantar  Perdana Menteri yang lain menunaikan amanah Allah  agar  Islam memimpin  dunia. 

Kepada  semua ibu bapa, sebaik-baiknya ajaklah anak-anak, cucu-cucu dan seluruh ahli keluarga menonton kisah Eutugrul, semoga  semangat dan roh Islam sentiasa  hidup dalam jiwa mereka  untuk membawa perubahan  dalam politik, ekonomi dan sosial  dunia, bermula dengan sistem pendidikan yang mendaulatkan Deen Allah. Hanya  Sibghah Allah (Acuan Allah) sahaja  yang dapat meyelamatkan kita daripada  bencana dunia dan akhirat.  Sama-samalah kita baca doa berikut sebagai rutin harian; 
Maknanya:
Wahai Tuhan yang menolakkan Bala bencana
Ya Allah wahai Tuhan yang menolakkan Bala bencana
Ya Rahman, 
Wahai Tuhan yang menolakkan Bala bencana Ya Rahim..
Tolakkanlah daripada kami sekelian Bala dunia dan akhirat Dan juga bencana yang datangnya dari musuh-musuh, dari manusia Dan jin Dan dari syaitan Dan iblis. Dan apa-apa yang turun dari langit, Dan keluar dari bumi. Dengan rahmat Engkau, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Dan Allah memberi selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW Serta keluarganya, sahabat 2nya sekelian.
Dan segala pujian itu bagi Allah, Tuhan pengatur sekelian Alam.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil