Jadilah Sehebat Pemuda Sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam


 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang 


Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi bahkan Maha Mengetahui segala bisikan hati para hamba-Nya yang lebih 8 billion banyaknya. Subhanallah.

Alhamdulillah, diam-diam tak sangka dah 10 tahun cucu sulung ibu. Tinggi lampai meningginya.  Ketika berkomunikasi malam 19 hb Disember lalu, "Apa cita-cita Abang Ayi?"

Jawabnya "nak masuk syurga" dengan Penuh yakin. Nak masuk syurga mesti faham dan laksanakan kandungan dalam Qur'an. 

"Faham tak apa yang Abang Ayi baca?" Jawabnya faham. Alhamdulillah semoga istiqomah faham untuk melaksanakan kerja-kerja Islam kini dan selamanya. 

"Allahumma faqeehu fiddeen wa alimhu ta'wil" Inilah doa Rasulullah sallallahu alaihi untuk Abdullah Ibn Abbas semasa kecil. Rindu sangat melihat cucu-cucu kami semua menjadi tokoh hebat sehebat  Abdullah Ibn Abbas, Mus'ab bin Umair, Usamah bin Zaid dan Muadz bin Jabal...Allah beri rasa jiwa ibu sentiasa  bersama mereka, rindu ingin bersama mereka di alam barzakh sana.

Ketika sedang membaca kisah Muaz bin Jabal, tiba-tiba tergenang air mata terbayang kesolehannya amat bermanfaat untuk masa depan ummah. Walaupun meninggal dunia di usia muda, 33 tahun, namun telah meninggalkan  bànyak manfaat untuk ummah hingga sekarang. Ibu share kisahnya bersama warga Gema Fajar.

Terkenang anak ibu di Madinah sekarang, dihantar gambarnya di Raudah. Allahu Akbar, berapa rindunya hati ini hendak dapat husnul khotimah di Raudah Masjid Nabawi.

Berikut sedikit kisah Muaz bin Jabal Ra.

💖Tokoh pemuda dirindui  di akhir zaman💖        

Alhamdulillah saya rasa terpanggil hendak berkongsi kisah  ketokohan sahabat muda Rasulullah sallallahu alaihi wassalam iaitu Muaz bin Jabal. Esok semasa taddabur mungkin tak sempat nak ceritakan, jadi saya share di sini dulu untuk dibaca agar semua ternanti-nanti apakah pesanan beliau tentang keagungan Al Qur'an.             

Seerah  perjanjian Aqabah yang ke-2, di antara 70 orang yang datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, hadir juga seorang pemuda Ansar, yang tampan sehinggakan sesiapa sahaja yang melihat sikap dan ketenangannya pasti akan terpesona. Subhanallah 

Muaz Bin Jabal merupakan golongan yang terawal memeluk agama Islam. Muaz  memeluk Islam semasa umurnya 18 tahun. Wajah yang berseri, pandangan menarik dan gigi putih berkilat. Sikapnya yang tenang memikat perhatian sesiapa yang melihat.  Jika anak muda ini bercakap, maka, orang yang melihatnya akan bertambah terpesona.

 Muaz bin Jabal RA, seorang tokoh dalam kalangan Ansar yang turut serta dalam bai'ah ketika perjanjian Aqabah. Istimewanya Muaz, beliau antara sahabat Rasulullah SAW yang paling pakar dalam bidang fiqh dan hal ehwal hukum Islam. Kehebatannya begitu tinggi sehinggakan layak menerima pujian daripada Rasulullah SAW dengan sabda baginda:"Umatku yang paling banyak mengetahui perkara halal dan yang haram ialah Muaz bin Jabal." Kemampuan Muaz untuk berijtihad dan keberaniannya menggunakan akal semaksimanya, selain disokong oleh kecerdasan yang tinggi , Allah izin beliau menguasai ilmu fiqh.

Bahkan, kecerdasannya itu turut mendapat pujian Rasulullah SAW sebagai 'orang yang paling tahu tentang yang halal dan yang haram'.

Malah, beliau juga menjadi sumber rujukan Khalifah Umar al-Khattab RA mengembangkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Selain Abdullah Ibn Abbas, sebagai 'think thank' dalam majlis Syura zaman khalifah Umar, Muaz jugavtidak kurang hebatnya. Pemikir yang sentiasa diminta pandangannya.

Beliau adalah salah seorang sahabat nabi (assabiqun awwalun) yang alim, warak dan soleh sehinggakan Saidina Umar al-Khattab pernah menyebut bahawa tidak akan lahir lagi seorang bayi atau pemuda yang hebat, “sehebat Muaz Bin Jabal”.

Meskipun Muaz seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap kecuali atas permintaan ramai namun, jika mereka berbeza pendapat, beliau akan menjadi rujukan untuk memberikan satu keputusan.

Jika Muaz telah bersuara, seolah-olah dari mulutnya keluar cahaya dan mutiara! Subhanallah 

Muaz meninggal dunia ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab ra. pada usianya belum lagi mencecah 33 tahun. Ada riwayat menyatakan meninggal pada umur 38 tahun. Wallahu alam


Alhamdulillah program Gema Fajar kini hampir 50 ahli yang istiqomah setiap pagi mendengar kupasan taddabur yang sekarang sudah mula juz 7, surah At-Taubah. Beberapa orang tidak hadir kerana menunaikan Umrah, ada yang melancong Dan family day dengan anak-anak di luar kawasan dan ada gangguan internet katanya. 

Ibu terharu di atas hadiah dan nikmat terbesar dari Allah SWT. Tahun 2018 ibu ada hasrat Dan cita-cita menyambung pengajian ke peringkat PHD. Allahu Akbar hujung tahun itu suami semakin uzur keadaan jantungnya. Semoga pengorbanan ini Allah gantikan PHD yang lebih baik. Subhanallah, penyusunan Allah memang sentiàsa indah Dan tidak pernah salah. Biarlah sisa-sisa umur ibu sentiasa bersama dengan Al Qur'an  dan sebarkan hingga ke selatan Johor sana. Insha'Allah

Bukan bilangan yang ramai yang ibu harapkan. Cukuplah berapa yang Allah izinkan tetapi sama-sama istiqomah membangunkan ummah yang kenal Allah dan Rasul serta melaksanakan isi kandungan Al Qur'an dalam kehidupan.

La haula wala quwatta Illa Billah Aliyyil Azim 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil