Kemanisan Taddabur Asmaul Husna

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi  Maha Penyayang

Alhamdulillah, Salam Jumaat @ Saidul Ayyam yang penuh barokah bersamaan dengan 14 Jamadil Awwal 1444 Hijrah. 
Artikel ini ibu mula taip sejak hari Jumaat lalu tetapi tergendala seketika kerana ada sedikit gangguan emosi yang perlu ibu rawat. Sebenarnya gangguan emosi ini jika dilayan memang amat meletihkan dan ibu terpaksa tidur awal agar dapat bangkit seawal jam 2.00 pagi untuk mengadu kepada Allah SWT kuatkan kembali jiwa yang terluka. Harapan ibu agar luka lama tidak berdarah kembali. 

Ibu tidak mahu layan rasa sebak berlama-lamaan. Ibu hendak 'move on!', istiqomah menolong Deen Allah hingga syahid. Insha Allah. 
Ibu tidak tahu hendak membenci tetapi sekadar sayu hati... Ibu hanya insan biasa yang tidak terlepas dari kekurangan dan kelemahan.
Insha'Allah istiqomah 
Alhamdulillah,  seronok dan terhibur pula cuba hafal doa Allahu Ya Kafi (Yang Maha Mencukupkan) yang diamalkan oleh Syeikh Abdul Kadir Al Jailani seperti dalam you tube ini,



Selawat dan salam khusus untuk junjungan tercinta, lagi dirindui iaitu junjungan Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa- jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT. Semoga Allah sentiasa pandang dan memilih kita dan anak cucu cicit kita hingga hari kiamat  sentiasa bersama mereka ( roh ) ar Rafiqul 'Ala

Mujur hari Sabtu taddabur surah Al Nasr (Pertolongan) disampaikan oleh adik bungsu, Nor Hairiah. Nama ibu tetap kak Ngah bubuh sebagai pengerusi dan kupas buku Gurbatul Quran oleh Dr Majdi Al Hilali untuk meraih kembali kekuatan Al Quran. Rakaman suara kami empat beradik menjayakan taddabur Quran hari Sabtu dikongsikan bersama cucu-cucu di Melaka. Inilah legasi kami ingin suara kami bergema ke seluruh pelusuk zaman, sama-sama mengajak manusia mentauhidkan Allah. Semoga usaha kecil dan kerdil ini Allah berkati dan disambung oleh pencinta Al Quran selepas kami. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

10.12.2022, kakak ipar ibu, isteri almarhum Hj Mustapha Md.Top remind ibu agar ingatkan Mubarak agar hadir pernikahan anak bungsunya di Shah Alam. Terselit rasa rindu hendak turun ke Shah Alam, tapi apa kan daya, tangan tak sampai. Cuaca di sana hujan memanjang, tak sempat mereka hendak bekejar kerana masih belum siap packing barang musafir, dengan urusan tadika dan program anak-anak di Melaka.

Ahad, 11.12.2022 anak ibu berangkat membawa rombongan umrah di samping survey hotel di sana. Semoga Allah permudahkan segala urusannya di sana. Minggu lepas sempat Mubarak balik Perlis seorang naik ETS mohon restu dan doa. Alhamdulillah, semoga Allah Al Fatah membuka pintu hati pemilik hotel terkemuka di Makkah dan Madinah berikan harga istimewa untuk Hayya Travel terus maju, Allah Ar Razzaq kurniakan dengan rezeki yang berkah yang berlimpah ruah untuk anak ibu infaq lebih banyak untuk menolong Deen Allah.

 Allah Ya Ghaniy Ya Mughniy kayakan kami dengan rezeki yang berkah untuk kami infaq sebanyak mungkin hanya mengharapkan redha Mu.

Alhamdulillah taddabur 4 beradik kami seawal jam 4.00 pagi kini selesai juz 30, 29, 28, 27 dan sekarang sedang taddabur surah Muhammad  dalam Juz 26. Subhanallah sebenarnya anugerah ini dari Allah berkat didikan kedua ibu bapa kami sangat mementingkan adab dan Al Quran seawal usia kami. Adab yang sangat ditekankan adalah sentiasa ucapkan terima kasih kepada pemberi nikmat terbesar iaitu iman dan Islam. Lagi satu Adab ialah ketaatan, tidak berani hendak  protes atau kritik apa sahaja kebaikan yang ibu bapa kami sarankan. Ikut sahaja agenda yang diaturkan sejak awal usia. Bila ibu dah dewasa, Almarhum Abah sedia menerima pembaharuan yang ibu sarankan, solat berjemaah anak beranak dan jadikan rumah abah sebagai pusat Ijtimak am setiap hari Jumaat. Abahpun rajin jemput sanak saudara bersilaturahim. Subhanallah, haza min fadhli Rabbi,

Sayang sekali di Perlis ibu tak mampu nak teruskan budaya ilmu itu mungkin faktor usia semakin tua, suami semakin uzur, masalah pendengaran dan sukar bagi ibu memahami ragam anak-anak dan cucu-cucu tiri. Yang penting telah cuba, natijah milik Allah. Selalu suami pesan begitu.

Biarlah ibu sentiasa berada dalam suasana diuji dan hadapi ujian sepanjang masa. Bila mood exam kita akan sentiasa buat persiapan semaksima mungkin agar Allah terima amal kita. Tiap-tiap hari selepas urus dan santuni keperluan suami, ibu fokus buat persiapan exam. Memasak, mengemas, mengurus kain baju bukan kerja ibu lagi. Alhamdulillah itu menjadi urusan pembantu rumah.

Allah sudah takdirkan agar setiap detik dan masa yang terluang fokus ibu bersama Al Quran. Setiap hari Selasa hingga Jumaat selepas Isya' ibu bertalaqqi (bersanad) bacaan Quran secara online dengan Syeikh Arab di Shah Alam.  

Alhamdulillah ibu rasa izzah berdamai dengan takdir dan takdir Allah tidak pernah salah, sentiasa  membahagiakan ibu di hujung usia ini.


Berbalik dengan kelas  taddabur online  selepas Subuh, kini kami baharu selesai juz 9 dan akan mulakan Juz 10 pula. Insha Allah. Maha baiknya Allah sering kali taddabur jam 4.00 pagi sangat banyak membantu ibu berikan kupasan taddabur selepas Subuh. Inilah impian kami sejak dahulu mencari-cari kelas tadabur, rupa-rupanya Allah latih kami takmil wal istikmal saling lengkap melengkapi wujudkan satu legasi dan membumikannya dalam masyarakat. 

Ruang dan peluang sangat luas sekarang di bawah pentadbiran PMX DSAI, Alhamdulillah. Ibu sarankan kepada kak Ngah agar buat kertas kerja program Gema Fajar yang telah sama2 kami jayakan setiap pagi mulai Ramadhan yang lalu, kini sudah masuk  juz 10.

Serapkan program ini di sekolah-sekolah agama khususnya satu hari satu ayat mulai Surah Fatehah hingga selesai persekolahan mereka tamat taddabur dan memahami 30 juz kandungan Al Quran. Ini cara mudah menerapkan Adab, Akhlak dan Integriti yang seperti yang disuarakan oleh menteri pendidikan, YB Fadhlina Sidek. Sewajarnya tarbiyah  guru-guru terlebih dahulu, khususnya asatizah yang wajib mendidik anak didik supaya ada ilmu makrifatullah (ilmu mengenal Allah) . Ini ilmu teras, tauhid atau akidah merentas kurikulum. Sepatutnya belajar sains anak- anak lebih mengenal Allah, belajar matemati, fizik, kimia, geografi serta semua subjek mengajak anak-anak mengenal Allah. 

Ini kegembiraan kedua Ibu sepanjang Disember. Kegembiraan ketiga ibu ialah apabila PMX mengumumkan Seri Perdana yang sepatutnya dihuni oleh keluarga DSAI, dimanfaatkan untuk majlis ilmu dan bersilaturahim antara NGO dan asatizah. Terus ibu teringat ibu pernah menulis artikel 20 tahun lalu  tentang Tun Perak dan menyamakan watak DSAI dengan Tun Perak alaf siber. Sejarah Tun Perak perlu diketengahkan bagaimana kebijaksanaannya mengurus tadbir dengan penuh ketaqwaan di bawah naungan 4 0rang sultan,iaitu Sultan Muzafar Syah, Sultan Mahmud Syah , Sultan Alaudin Riayat  Syah dan sultan Mahmud Syah. Sayangnya di hujung usia tak dapat terus berkhidmat dan tiada legasi bendahara sejujurnya yang menjadi pengganti akhirnya Melaka tumbang ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Beberapa kenalan  tertanya-tanya  kenapa ibu sokong PH dan tidak sokong PN yang kini sudah memerintah Perlis. Ibu fahamkan mereka bahawa ibu berkecuali dan memang tak balik mengundipun di Tangkak. Ibu menyokong semua individu yang bertaqwa dalam PH dan PN begitu  juga Pejuang. Pertolongan Allah amat dekat dengan orang yang bertaqwa.Orang bertaqwa itu sebenarnya wali Allah di bumi ini. Jangan mempermain-mainkannya, kelak musibah menimpa kalian. 


Contohnya bulan Ogos 2020, tidak silap ibu ada isu seorang yang memperlekeh dan mengejek kemampuan salah seorang ahli panel forum keluarga SAMARA. Sampai hari ini pangkal lidah hamba Allah itu masih keras belum dapat dipulihkan lagi.Tak mungkin ahli panel itu doakan keburukan untuknya, kenal pun tidak.

Perbaikilah diri masing-masing agar taqarub ilallah, jangan asyik nampak kuman di seberang lautan, gajah depan mata tidak nampak. 

Agenda buruk yang keanak-anakkan "sikit- sikit ngadu, sikit sikit ngadu" itu bagaikan anai-anai merosakkan silàturahim. Anai-anai makan dalam seperti sel darah putih makan sel rah merah. Maka  kikislah segera anai-anai perosak ukhuwwah jangan diwariskan kepada anak-anak kalian. Budayà buruk itu kesànnyà menyebabkan ada àhli keluarga rasa tersinggung dan terasa jauh hati. Adu domba itu sewajarnya tidàk ada di kalangan orang dewasa. Kesan buruknya Allah tarbiyah dengan sakit memanjang yang sukar sembuh , maka cepat-cepatlah bertaubat.

Latih anak-anak banyak mengadu kepada Allah agar silaturahim bertaut kembali, lahirkan legasi cucu-cucu yang mantap akidah dan pandai berterima kasih@bersyukur.

Satu lagi kenangan yang ingin ibu rakamkan dalam artikel ini pasukan bola Maghribi@Marocco dapat kalahkan Portugal dalam sepak bola Piala Dunia ( FIFA World Cup Qatar 2022). Ibu amat terhibur melihat  pemain Maghribi bersujud ramai-ramai menyamai gambar anak-anak bersujud di padang bola dalam novel kanak-kanak yang ibu tulis pada tahun 2016. Gambar itu menjadi kenyataan di Qatar sebagai medan dakwah untuk anak muda sekarang. Lagi satu betapa hormat dan sayangnya mereka kepada kedua ibu bapa mereka. Subhanallah.


Berbalik kepada tajuk, sepanjang minggu ini ibu rasa seronok dapat selitkan satu hari satu nama Allah dan kongsi doa bersama menggunakan Asma tersebut. Ibu terpanggil kongsikan asma Allah yang dilazimkan oleh bekas muazin masjidil haram yang pernah dua kali menziarahi kami (bersama Mubarak dan ayahnya). Kali pertama semasa kami di Shah Alam sekitar tahun 1992/93.

Kali kedua ketika kami berhijrah ke Batu Pahat selepas tahun 1994. Memang ibu lazimkan zikirnya itu iaitu

Allahumma

 Ya Fatah, (Yàng  Maha Pembuka)

Ya Razaq, (Maha Pemberi rezeki)

Ya Mughni, (Yàng Maha Memperkayakan)

Ya Kafi, (Yang  Maha Mencukupkan)

Ya Rahim, (Yång Maha Penyayang orang Mukmin )

Ya Wadud ( Yang Maha Pencinta)

ulang 100 kali selepas Subuh. 

Semoga dapat manfaat dan memanjangkan amal jariyahnya. Insha Allah


Sejak tahun 1985, tarikh 12.12 merupakan tarikh rutin tahunan dalam kehidupan ibu. Selepas 03.05.2013 tarikh ini hanya menjadi sejarah untuk dikenang agar doa untuknya tidak terputus... Insha Allah

Sanah Helwah yang ke 61 kepada insan yang lahir pada 12.12.1961 semoga sentiasa istiqomah bersama sahabat awal dalam tarbiyah madrasah Rasulullah sallalahu alahi wassalam yang sama-sama kita warisi daripada ulamak muktabar...

Lahirkanlah legasi pencinta Al Quran di sana bagi memanjangkam amal jariah Almarhum bonda tercinta di alam barzakh sana. Aamin ya rabbal alamin.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil