Nilai Persahabatan

Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi bahkan Maha Mengetahui segala bisikan hati para hamba-Nya. 

Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda para sahabat Dan jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT hingga hari kiamat.

Lumrah hidup memang  tidak boleh lari dari ujian susah senang dan jerih payahnya. Namun apa sumbangan yang hendak diberikan ikut kemampuan agar tidak hilang  nilai keikhlasan. Contohnya di umur 60-an, dapur bukan lagi medan jihadnya kerana tangan mulai kebas, bànyak cawan, piring  dan tutup pyrex jadi mangsa, pecah tanpa sedar terlepas dari tangan. 

Menjelang  tahun 2023 ibu amat berterima kasih kepada semua anak menantu dan cucu kerana semakin memahami kudrat ibu yang semakin melemah dan sentiàsa proaktif menyiapkan juadah sarapan keluarga sebelum ibu selesai solat Dhuha. Nak makan bersama, ajak, cadangkan dan buat pot luck, ibu tidak akan menolak Jika mengeratkan silaturahim. Ibu sudah serik  mencadangkan macam- macam alasan yang keluar. Justeru itu lebih selamat masak dan makan masing-masing. Alhamdulillah jiwa ibu semakin tenang, tidak berharap apa-apa dari makhluk yang selalunya akan mengecewakan.

Cuma nak berpesan, bagi bapa yang uzur, tanggung jawab anak yang urus dari A sampai Z. Jangan berlepas tangan, berdosa! Kehadiran ibu sebagai isteri ayah hanya membantu, bukan ambil alih tugas anak. Perlu faham tu! Sekurang-kurangnya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana ada yang sudi hendak membantu. Bila tak ada rasa syukur dan berterima kasih, timbul musibah demi musibah sebab Allah nak sedarkan agar kita sama-sama bertaubat. 

Lagi satu pesanan ibu,  nafkah anak kepada ayah adalah wajib. Jangan ingat ibu nak ambil kesempatan kerana favorite dish ayah dan ibu tidak sama, ibu suka pedas. Ayah tak tahan pedas. Jangan bimbang, ibu mampu urus makan minum ibu sendiri. Selalu ibu oder, Mubarak bayar online. Alhamdulillah.

 Nafkah ibu dan ayah kepada anak cucu adalah sunat. Kalau ibu tak sediakan makan untuk ayah, yang berdosa anak. Pandai-pandailah aturkan yang sewajarnya agar dosa-dosa anak tidak akan mengundang musibah lain pada tahun-tahun mendatang.

Tugas ibu hanya menemani ayah di samping meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah ayah. Apa sahaja penyampaian yang ibu buat, ayah dengar sekali untuk ditegur  agar ada penambah baikkan. Apabila faham dan sedar tentang Hal ini, sami'na wa atho'na, jangan bànyak songel membantah dan mengkritik kerana akibat buruknya kembali kepada diri masing-masing.

Subhanallah, hari gembira buat ibu, tanpa diduga Dan tidak menyangka sama sekali, Allah aturkan, nama sahibah USM junior ibu yang ziarah rumah semalam sangat mengetuk pintu hati. Terbit air matanya dapat bertemu dalam misinya 3 hari menjejak kasih untuk merapatkan silaturahim mana yang rasa jauh dan sudah lama tidak berjumpa.

Dari jauh senyumannya memang ibu sudah biasa dan amat rindukannya tapi sayang ibu lupa di mana pernah bina ukhuwwah bersama ya?

" Kak Norli kenal tak? " Sambil2 memeluk ibu dengan air linangan air matanya.




Allahu Akbar, Kenangan lama yang me'refresh' ukhuwwahfillah. 
"Dari mana Hasni dapat tahu akak di sini?"
"Dah lama cari, Alhamdulillah dapat tahu dari Kak Ina akhi Khairul. Kami sama-sama belajar di USM, tapi masa tu akak dah pindah UM"

Alhamdulillah, syukur mereka sekeluarga ziarahi Akhi Khairul yang kami panggil 'Usu', daripada isteri Usu, Hasni dapat cari ibu. Subhanallah.

"Kak Norli ingat tak saya turun KL masa akak baru pindah UM, saya ikut akak masuk kelas dalam kampus UM... Malunya saya..."
Allah, ibu tak ingat tetapi itu merupakan Kenangan Manis untuknya. Subhanallah, tak sangka sungguh dia ingat secara terperinci sejak kenal ibu di USM...



Dalam kerinduan, Allah hantar insan yang merinduiku. Allahu Akbar. Paling rindu hendak bertemu warga Gema Fajar, setiap hari bersua di alam Maya tetapi tak dapat hendak peluk.


Dengar khabar adik bungsu ibu sedang usahakan satu bas dari Johor ber 'rehlah' ke Krabi Dan akan singgah ziarah kami di Tunjung. Mungkin bulan Febuari 2023

 Insha'Allah 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil