“Kami masih dalam proses Membina Bahagia'
Booklet Samara ini telah ibu siapkan bersama anak menantu pada tahun 2011 menjelang pernikahan mereka pada tahun2012.
![]() |
Setelah baitul dakwah kami diuji dengan poligami dan perceraian, ibu terus terlupa tentangnya.
Setelah beberapa kali bermesyuarat dan terpilihnyatajuk ini baharu ibu teringat tentang bookletini dan minta anak menantu cari kembali sumbernya dari e mel
Kenali Keluarga SAMARA
Dalam apa jua ujian dan tekanan yang kita hadapi di Era pendemik Covid-19, sebenarnya kehidupan ini sungguh indah jika diniatkan untuk beribadah, dipandu dengan ilmu dan dibina dengan cinta .
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Dan Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”
(Surah Az-Zariyat: 56)
Cara ahli keluarga mendidik
diri dan ahli keluarga, mengolah lintasan hati, mencorakkan pemikiran dan
bertindak untuk tujuan ibadah akan memudahkan banyak urusan ke arah melahirkan
syurga di dalam rumah tangga.
Dalam proses menghidupkan syurga rumah tangga perlu ada ciri-ciri ‘Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah (SAMARA)’.
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri
dari jenis kamu sendiri, supaya kamu merasa tenteram (senang hati dan mesra)
dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih
sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir.” (Surah Ar-Rum: 21)
Ayat ‘litaskunu ilaiha’ bermaksud Allah menciptakan jodoh manusia agar
saling merasa tenteram, rasa selamat dan selesa.
Dalam bahasa Arab, ‘sakinah’
bermaksud tenang, terhormat, aman, penuh kasih sayang, mantap dan memperoleh
pembelaan. Mawaddah adalah jenis
cinta membara, yang menggebu-gebu atau sepenuh hati, sedangkan rahmah adalah jenis cinta yang lembut,
sedia berkorban dan sedia melindungi orang yang dicintai.
Mawaddah saja belum cukup untuk menjamin kelangsungan rumah tangga
sakinah. Sebaliknya, rahmah, lama-kelamaan menumbuhkan mawaddah. Rahmah bererti
rasa sayang. Rasa sayang kepada pasangannya merupakan bentuk kesetiaan dan
kebahagiaan yang dikecapinya.
Keluarga SAMARA merupakan
taman-taman syurga di dunia hanya akan wujud jika suami ingin memiliki jiwa
Syurga bercita-cita membahagiakan isteri dan anak-anaknya. Kewujudan keluarga SAMARA
perlu diperluaskan untuk membendung gejala-gejala sosial yang sedang
bermaharaja lela dalam masyrakat kini. Keganasan gejala sosial kini hanya boleh
dibendung dengan kegigihan kita semua menghidupkan dan menyebarkan bahagia
melalui terbentuknya keluarga SAMARA, insya-Allah.
Jemputlah syurga dalam
keluarga. Caranya telitilah firman Allah SWT yang bermaksud,
“Wahai orang-orang beriman, bertaubatlah
kepada Allah dengan taubat nasuha. Mudah-mudahan Allah menghapuskan
kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam syurga.”
(Surah At-Tahrim: 8)
Segala
kebahagiaan bermula dari TAUBAT dan kembali ke pangkal jalan lurus iaitu ISLAM.
Hanya cara hidup Islam yang lengkap yang Allah redha. Moga kita semua beroleh
keampunan dari Allah SWT kerana kejahilan kita sebelum ini. Amin.
Masalah Keluarga Kini
Firman Allah SWT bermaksud,
“Wahai orang-orang beriman, sesungguhnya dari
kalangan anak-anak dan isteri-isteri kamu menjadi musuh kepada kamu maka
awasilah mereka.” (At-Taghobun: 14)
Al-marhum Dato’ Kaya Bakti
Ustaz Dahlan bin Mohd Zain pernah berwasiat,
“Anak-anak, isteri atau suami bukanlah penghalang mutlak, cuma kalau
tidak kena gaya ia akan menjadi penghalang dalam usaha-usaha amal Islami.
Sebenarnya anak-anak, isteri atau suami boleh dijadikan faktor utama kepada
kemajuan amal Islami.”
Amal Islami amat perlu digerakkan untuk membanteras 1001 gejala sosial
yang berleluasa kini. Gejala seperti ketagih seks bebas, kelahiran anak tidak
sah taraf dan kes buang bayi yang bermaharaja lela mencerminkan betapa serius
dan tenatnya keruntuhan institusi keluarga sejak cara hidup Islam diabaikan
dalam kehidupan seharian.
Melahirkan Amal Islami perlukan doa berterusan dan proses yang betul
serta berperingkat-peringkat (bertahap-tahap) berfokus kepada 3 S (Spiritual,
Skill dan Step) akan dijelaskan oleh Cikgu Azmi Bahari.
Dalam buku ‘Petunjuk
Sepanjang Jalan’, Syed Qutb telah mengingatkan bahawa keadaan jahiliyyah hari
ini semakin pekat dan manusia berlumba-lumba menuju ke jurang kehancuran dan
kebinasaan. Inilah akibat apabila ketetapan Allah SWT itu tidak dipatuhi maka
akan berlakulah kerosakan demi kerosakan di alambini. Firman Allah SWT yang
bermaksud,
“Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu
mereka, pasti binasalah langit dan bumi dan semua yang terdapat di dalamnya.
Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al-Quran) mereka
tetapi mereka berpaling daripada kebanggaan tersebut” (Al-Mu’minun: 71)
Cara untuk membendung
kepincangan dalam masyarakat adalah dengan mensyurgakan tanggung jawab semua
ahli keluarga. Ketua keluarga wajib meningkatkan kualiti iman, ibadah diri dan
kualiti iman serta ibadah setiap ahli keluarga dan bertanggung jawab membawa
mereka semua ke syurga seperti yang termaktub dalam firman Allah yang
bermaksud,
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah
dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka..”
(At-Tahrim: 6)
Ayat ini dijadikan ukuran sejauh mana suami isteri dan ibu bapa telah
berusaha semaksimanya untuk membawa seluruh ahli keluarga masuk ke pintu
gerbang syurga. Dalam realiti kehidupan, ada tiga proses utama yang mesti
dilalui oleh setiap orang iaitu;
1.
Pendidikan
2.
Kerjaya
3.
Keluarga
Dalam
proses pendidikan ada peperiksaan dan tahap sijil kelulusannya. Cemerlang
akademik dan baik akhlaqnya menjadi ukuran kejayaan.
Dalam
kerjaya ada pelbagai jenis jawatan, pangkat, gaji dan persaraannya. Semakin
tinggi pangkat, semakin besar gaji atau pendapatannya.
Dalam
proses membina keluarga akan berlanjutan sampai tujuh keturunan bahkan akan
ber‘re-union’ di Akhirat nanti.
Justeru
itu memang perlu kita membangunkan keluarga Islam secara serius dan terancang.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sebaik-baik kamu
adalah yang terbaik kepada keluargamu.”
Jika
kita tidak dapat membawa semua ahli keluarga kita ke pintu gerbang syurga
bermakna kita telah gagal. Masalah keluarga bukan sahaja masalah dunia tetapi
menembus dimensi Akhirat.
Setiap kita akan
kembali ke rumah. Hari ini mungkin ada yang balik ke rumah sebagai anak. Esok
kalian akan balik ke rumah sebagai suami atau isteri. Apabila sudah ada anak,
kalian balik ke rumah sebagai ayah atau ibu. Sudah ada cucu, kelak balik ke
rumah sebagai datuk atau nenek.
Masalahnya,
adakah kita kembali ke rumah sebagai orang yang terbaik atau tidak?
Apabila
kembali ke rumah dengan niat hendak menjadi ahli keluarga yang terbaik, ingin
wujudkan suasana rumah tangga yang terbaik, maka inilah keluarga sakinah yang
merupakan modal awal keluarga SAMARA. Masalah keluarga merupakan satu persoalan
berkaitan hidup kita selama-lamanya.
Modal Keluarga SAMARA
Keluarga SAMARA tidak macam bola akan
datang bergolek atau seperti kertas atau kapas mudah melayang begitu saja,
tetapi ada syarat untuk mewujudkannya. Ia harus diusahakan, diikhtiarkan dan
diperjuangkan.
Titik
bertolaknya adalah makrifatullah dengan mengenal Allah terlebih dahulu. Nak
makrifatullah mestilah dalam keadaan hati yang bersedia dan mencari-cari
hidayah. Bersihkan jiwa dan persiapkan qalbu untuk disejahterakan ( qalbun
salim )
Sakinah
(ketenteraman) demikian juga mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (dirahmati
Allah) bersumber dari dalam qalbu, lalu terpancar keluar akan terserlah dalam
ketenangan wajah bagaikan ais/ ‘ice' yang sentiasa sejuk dan menyejukkan.
SAMARA mencerminkan niat ikhlas, cara berfikir positif, tidak mudah melayan
emosi negatif, bersangka baik, tidak panas baran dan mudah memaafkan. Tiga
modal utamanya ialah;
● Niat unggul untuk beribadah kepada Allah.
“Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,
Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162)
● Sumber rujukan utama adalah mengamalkan Al-Qur’an
dan Sunnah Nabi SAW supaya menjadi insan TERBAIK. Allah berfirman,
“Kamulah sebaik-baikmumat yang dilahirkan
untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu
menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”
Hanya
Al-Qur’an dan sunnah dapat menyatukan keluarga dengan membina kebersamaan berikut:
i. Wahdatul
akidah [kesatuan akidah]
ii. Wahdatul
fikri [kesatuan fikiran]
iii. Wahdatul
manhaj [al-Islam]
● Wujudkan suasana baik (biah hasanah) melalui
musyawarah dan majlis-majlis ilmu, iqra’ (baca), taalim, tazkirah, usrah,
mentor-mentee, seminar, konvensyen keluarga, memanfaatkan semua kemudahan media
sosial seperti FB, GMeet, Zoom, Tik Tok,
You Tube yang semuanya Islami.
Ustaz Abdul Hadi Othman mengingatkan, “Kita perlu wujudkan biah hasanah
dalam rumah tangga supaya anak-anak dapat menyaksikan contoh kehidupan secara
Islam, percakapan Islam dan perkara-perkara yang boleh menghubungkan hati
mereka kepada Allah SWT.”
Visi Keluarga SAMARA
Memang ideal jika kita berjaya membawa
seluruh ahli keluarga kita ke syurga... Yang penting bagaimana kita melihat
perspektif dengan visi yang berbeza. Ibarat orang mengerjakan suatu pekerjaan,
mungkin mereka ada visi yang
berbeza.
Seorang
pelancong ingin mengenal budaya di
sebuah tempat lalu bertanya 7 orang
yang berbeza jawapannya. Soalannya “anda sedang buat apa?”
Jawab
pekerja A, “Saya sedang kerja sendiri”.
Jawab
pekerja B, “Saya sedang membangunkan sebuah tembok”.
Pekerja
C pula menjawab, “Saya sedang membangunkan sebuah bangunan”.
Pekerja
D tersenyum lalu menjawab, “Saya sedang membangun sebuah masjid”.
Pekerja
E dengan senyum lebih lebar lagi menjawab, “Saya sedang membangun sebuah
peradaban dunia”.
Wah!
Hebat…
Pelancong
itu kagum tetapi masih belum berpuas hati lalu terus beralih
ke pekerja F .
Jawab pekerja F dengan senyuman manis dan wajah berseri-seri, “Saya
sedang membina rumah saya di syurga”
Wah!
Lebih hebat…
Pelancong
itu masih ingin tahu dan bertanya
kepada pekerja terakhir, iaitu pekerja
G. Saya amat yakin jawapan
G sama seperti semua yang membaca booklet ini.
Apa
jawapannya? Sungguh menakjubkan. Katanya, “Saya
sedang membangun sebuah peradaban dunia ( khairu ummah) dan menempah rumah saya
di syurga”.
Inilah VISI kita iaitu membangun sebuah
peradaban dan sebuah rumah di Syurga..
Matlamat
jauh kita harus dimulai
dengan diri sendiri, diikuti oleh setiap ahli keluarga SAMARA,
masyarakat dan negara.
Misi Keluarga SAMARA
● Menjadi sumber kebahagiaan dan jauhi azab.
● Rumah tangga dan keluarga sebagai tempat yang
disediakan untuk setiap ahli keluarga menikmati
ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan sebagai anugerah Allah terhadap hamba-Nya. Anak-anak bahkan pembantu
rumah juga turut rasa tenang dan selamat sepanjang berada di dalam keluarga
SAMARA. Firman Allah SWT bermaksud,
“mereka itu adalah pakaian, dan kamu pun
adalah pakaian bagi mereka.”
(Al-Baqarah: 187)
Hubungan
antara suami isteri harus atas dasar saling memerlukan, seperti pakaian dan
yang memakainya (hunna libasun lakum wa antum libasun lahunna, Al-Baqarah:
187). Fungsi pakaian ada tiga iaitu:-
1.
Menutup aurat
2.
Melindungi diri dari
panas dingin
3.
Perhiasan
Suami
terhadap isteri dan sebaliknya harus menfungsikan diri dalam tiga hal tersebut.
Jika isteri mempunyai suatu kekurangan, suami tidak menceritakan kepada orang
lain, begitu juga sebaliknya. Jika isteri sakit, suami segera mencari ubat atau
membawa ke klinik begitu juga sebaliknya. Isteri harus selalu tampil
membanggakan suami, suami juga harus tampil membanggakan isteri. Saling
melengkapi (takmil wal istikmal).
● Menjamin keselamtan ahli keluarga dari azab Neraka.
Firman Allah SWT bermaksud.
“Hai
orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu; penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap
apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan”. (At-Tahrim: 6)
Di
antara penjelasan dalam kitab tafsir fi Zillal al Qur’annya, Syed Qutb ulas
tentang ayat di atas;
“Bahawa
setiap mukmin diwajibkan untuk memberikan petunjuk kepada semua ahli
keluarganya dan memperbaiki seluruh anggota keluarganya, sebagaimana ia
diwajibkan terlebih dahulu memperbaiki dirinya. Islam adalah suatu agama yang
mengatur keluarga, maka ia mengatur kehidupan berumah tangga. Rumah tangga yang
Islami akan menjadi dasar terbentuknya masyarakat yang Islami. Seorang ibu
harus memiliki peribadi dan perilaku Islami sebagaimana pula seorang ayah harus
memiliki peribadi dan perilaku Islami sehingga mereka dapat mendidik
anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah”.
● Mensyurgakan peranan dan tanggungjawab.
Kita
semua adalah pemimpin yang akan disoal sejauh mana melaksanakan tanggung jawab
tersebut sebagaimana dijelaskan dalam sabda Nabi SAW bermaksud,
“Kalian semua adalah pemimpin dan semuanya
akan diminta pertanggungjawabkan atas apa yang dipimpin. Penguasa adalah
pemimpin, seorang laki-laki adalah pemimpin, wanita juga adalah pemimpin atas
rumah dan anak suaminya. Sehingga seluruh kalian adalah pemimpin dan setiap
kalian akan dimintai pertanggungjawaban atas yang dipimpin.”
(Muttafaqun A’laihi)
● Lelaki bertaqwa sebagai suami dan ayah adalah
pemimpin keluarga merancang dan melaksanakan plan syurga rumah tangga.
● Wanita solehah ‘sebaik-baik perhiasan dunia’
sebagai isteri, ibu mengurus dan mensyurgakan rumah tangga.
● Anak-anak terdidik menghormati dan mentaati kedua
ibu bapa penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang menceriakan lagi syurga rumah
tangga.
|
● Banteng pertahanan yang kukuh.
Keluarga
adalah institusi dan benteng atau kubu terakhir kaum muslimin yang sangat
diperhatikan oleh musuh-musuh Islam. Musuh-musuh Islam sentiasa merancang
menyesatkan akidah umat Islam melalui pelbagai program hiburan dan sukan yang
melampau. Jika tidak dikawal, program seumpama itu akan melemahkan bahkan boleh
melumpuhkan akidah seluruh ahli keluarga.
Mereka
berusaha merosakkan benteng ini dengan pelbagai cara serangan yang ‘up to date’ tanpa kenal jemu. Walaupun masih terdapat keluarga yang tetap
kukuh dan dapat pertahankan keharmonian namun banyak sekali yang telah runtuh
dan hancur berakhir dengan penceraian. Demikianlah para musuh Islam tidak
pernah berputus asa sentiasa menyerang kita dan keluarga kita. Firman Allah SWT
yang bermaksud,
“Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu
sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu kepada kekafiran, seandainya mereka
sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati
dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di
akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 217)
RUKUN KELUARGA SAMARA
● Memiliki kecenderungan mencari ilmu Dan menghayati
Islam yang lengkap.
● Yang muda menghormati yang tua dan yang tua
menyayangi yang muda.
● Bersifat qanaah (Sederhana dalam belanja).
● Santun dalam bergaul.
● Selalu muhasabah diri (introspeksi).
FAKTOR KEBAHAGIAAN KELUARGA SAMARA
● Suami/isteri yang setia (soleh/solehah).
● Anak-anak yang berbakti.
● Persekitaran sosial yang sihat.
● Berkat rezekinya.
Proses Pembentukan Keluarga SAMARA
1.
Mengukuhkan akidah
setiap ahli keluarga
1.1. Buku ‘Mengenal Rumah Tangga Rasulullah SAW’ oleh Dr
Abdul Azhim menjelaskan ciri-ciri kehidupan rumahtangga Rasulullah SAW adalah
seperti berikut:
● Adanya keimanan ahli keluarga bahawa hidup mereka
hanyalah untuk Allah SWT yang telah mengarahkan untuk memakmurkan bumi ini.
● Adanya keyakinan bahawa kehidupan ini adalah
sementara dan kita akan mati. Kemudian akan dibangkitkan kembali pada hari
Kiamat.
● Setiap ahli kelurga hendaklah beramal untuk Akhirat
sebagaimana yang berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia.
● Adanya keyakinan kepada ahli keluarga untuk
berhimpun bersama melaksanakan perintah dan larangan Allah SWT di samping yakin
bahawa Allah SWT juga akan menghimpun orang-orang beriman di Syurga.
1.2. Suburkan keikhlasan.
Keikhlasan
dalam jiwa ini diwujudkan dengan komitmen terhadap Al-Qur’an dan Sunnah,
beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Rasai Allah sentiasa melihat dan
memerhati apa yang kita lakukan. Suburkan Iman sebagai pemancar dan motivasi
kita lakukan amal soleh. Cara menghidupkan hati → Sentiasalah lintaskan dalam
hati atau lafazkan:
“Allah Melihatku, Allah Bersamaku & Allah
Memeliharaku”
Hubungan
yang jelas dan berterusan (online) dengan Allah akan turut menyuburkan ukhuwwah
dan silaturahim dengan orang lain. Sentiasa mohon ampun kepada Allah dan
memaafkan orang lain. Insya-Allah jiwa akan lembut dan memudahkan Iman bertapak
di hati yang bersih.
1.3. Muhasabah diri
Perlu
muhasabah diri setiap hari. Musibah orang sibuk ~ tidak sempat muhasabah.
Keadaan ini perlu diubah. Waktu paling efektif hendak mulakan tugas ketika
sebelum tidur.. +muhasabah & perbanyakkan istighfar+
10
minit sebelum tidur, check sepanjang hari apa yang telah anda lakukan. Mana
yang lebih banyak dilakukan? Pahala atau dosa? Apa yang tidak kena sepanjang
hari tadi? Apa kesilapan yang telah kita lakukan kepada Allah? Kenapa
isteri/suami dan anak-anak bermasalah? Bagaimana hendak perbaikinya? Apa yang
perlu kita perbaiki hari esok? Plan rancangan pagi esoknya.
1.4.Tindakan susulan (Mutaba’ah)
Pasangan
suami isteri perlu istiqamah dalam taqwa. Disiplinkan diri dengan lakukan
tindakan susulan atau “follow-up” dalam kita beramal. Kita sendiri perlu
tunjukkan contoh kepada ahli keluarga. Tanpa usaha untuk “follow-up”, keadaan
keluarga anda akan jadi ‘pi mai..pi mai tang tu juga’.
Berikut
ada 3 jadual mutaba’ah. Sejujurnya tandakan (/) dalam ruangan hari, minggu dan
bulanan jika anda memang melaksanakannya. Rekodkan agar menjadi teladan kepada
anak cucu kelak.
Contoh
jadual mutaba’ah harian
|
Aktiviti |
Isnin |
Selasa |
Rabu |
Khamis |
Jumaat |
Sabtu |
Ahad |
1. |
Istighfar
70-100 kali |
|
|
|
|
|
|
|
2. |
Tilawah al-Qur’an ( min 1 ms) |
|
|
|
|
|
|
|
3. |
Zikir
al-Mathurat |
|
|
|
|
|
|
|
4. |
Solat Berjemaah |
|
|
|
|
|
|
|
5. |
Solat
Sunat Rawatib |
|
|
|
|
|
|
|
6. |
Muhasabah 10 minit |
|
|
|
|
|
|
|
CONTOH
JADUAL MUTABA’AH MINGGUAN
|
Aktiviti Mingguan |
1 |
2 |
3 |
4 |
1. |
Qiyamulail (1 – 7
kali) |
|
|
|
|
2. |
Hafalan Qur’an (2-7
kali) |
|
|
|
|
3. |
Hafalan Hadis (2-7
kali) |
|
|
|
|
4. |
Solat Dhuha (2-7
kali) |
|
|
|
|
5. |
Puasa Isnin dan Khamis |
|
|
|
|
6. |
Baca buku & majalah Islami |
|
|
|
|
7 |
Musyawarah keluarga |
|
|
|
|
8. |
Bersukan / Riadhah |
|
|
|
|
CONTOH
JADUAL MUTABA’AH BULANAN
|
Aktiviti
Bulanan |
J |
F |
M |
A |
M |
J |
J |
O |
S |
O |
N |
D |
1. |
Sedekah/ Zakat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2. |
Seminar / Majlis Ilmu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3. |
Picnic/ Rekreasi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4. |
Musafir & Ziarah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
angkan bagaimana indahnya suasana Rasulullah SAW didik isteri mengukuhkan diri dan membentuk keluarga SAMARA?
Caranya
dengan memantapkan qiamullail (solat malam). Mohon kekuatan dari Allah SWT.
Tanpa kekuatan dari Allah SWT, kita tidak akan mampu buat apa pun..
Semoga
Allah merahmati seorang suami yang bangun malam lalu solat dan membangunkan
isterinya lalu ia pun solat. Apabila isterinya tidak mahu maka ia memercikkan
air ke wajah isterinya. Dan semoga Allah merahmati wanita yang bangun malam
lalu solat dan membangunkan suaminya lalu suaminya pun solat. Apabila suaminya
enggan maka ia memercikkan air ke wajah suaminya.
2.
Pergaulan yang baik
(mu’asyarah bil ma’ruf)
Di
antara yang dapat menjaga hubungan baik ahli keluarga adalah Mu’asyarah Bil
Ma’ruf iaitu pergaulan yang baik. Hal ini tidak terlaksana kecuali dengan
pengetahuan pasangan suami isteri tentang hak dan kewaji bannya. Suami isteri dalam bergaul memperhatikan kesantunan yang
patut (ma’ruf), asal benar dan hak. Besarnya mahar, nafkah, cara bergaul dan
sebagainya harus memperhatikan nilai-nilai ma`ruf. Tidak membebankan pihak
lelaki. Permudahkan pernikahan dengan mahar yang rendah.
Mencari
kesempurnaan dalam rumah dan keluarga adalah tidak mungkin. Bercita-cita
menyempurnakan sifat-sifat keluarga juga merupakan suatu perkara yang sukar.
Namun menjemput cinta dan syurga masuk
ke dalam rumah tangga memang wajar...bagaimana caranya? Syurgakan
peranan masing-masing.
2.1. Mensyurgakan peranan lelaki sebagai pemimpin
Di
dalam Al-Qur’an Allah menceritakan bagaimana orang-orang yang bermartabat
tinggi mengamalkan doa agar diangkat menjadi seorang pemimpin bagi orang-orang
yang bertakwa. Allah SWT mendidik para Muslim Mukmin agar sentiasa membaca doa
berikut:
Firman
Allah SWT bermaksud,
“Dan juga Dan juga mereka berdoa dengan
berkata "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami para isteri kami dan
keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada
orang-orang yang bertaqwa."
Jadikan
doa ini zikir harian kerana ia adalah salah satu doa terbaik memohon kepada Allah
SWT jadi kalian ketua atau pemimpin dari kalangan orang yang bertaqwa
kepada-NYA.. Mengapa Allah SWT sarankan mereka hanya meminta kepada Allah untuk
menjadi pemimpin bagi orang yang bertakwa? Dalam doa ini sudah terangkum indah
ciri-ciri orang yang dipimpin kelak akan menyenangkan pemimpin iaitu para
isteri solehah dan anak- anak yang soleh yang membentuk syurga rumah tangga.
Firman Allah bermaksud,
“Lelaki adalah pelindung kepada wanita
(Qawwamuna) sebab Allah melebihkan sesetengah mereka daripada yang lain kerana
mereka memberi belanja daripada hartanya. Wanita yang baik (qanitat menjaga
dengan baik kehormatannya. Perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz, maka
nasihatilah mereka, dan pisahkan dari tempat tidur dan pukullah (daraba).
Kemudian jika mereka mentaatimu janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan
mereka”.
(Surah An Nisa’: 43)
Berbekalkan
ilmu dan Iman yang mantap, lelaki dituntut memimpin rumah tangga melindungi
seluruh ahli keluarganya. Suami perlu menahan diri dengan lebih banyak bersabar
berbanding dari kaum wanita. Mesti
mengetahui wanita itu biasanya lemah fizikal dan akhlaknya. Hatta hendak
meluruskan tulang rusuk yang bengkok itu perlukan cara yang terbaik. Dengan cara
paksaan boleh menjadi punca kepada perceraian. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Berlemah lembutlah kepada wanita, kerana
mereka diciptakan dari tulang rusuk
yang bengkok dan sungguh yang paling
bengkok dari tulang tersebut adalah yang paling atasnya. Apabila kamu berkeras
maka kamu telah mematahkannya dan bila kamu biarkan maka ia terus bengkok. Maka
berlemah lembutlah kepada wanita.”
Diulangi
sabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik
kepada isterinya dan akulah yang terbaik
terhadap isteriku”.
[Contohi
Sifat Romantik Rasulullah SAW]
Gedung
segala sifat kesempurnaan yang tiada tandingan terdapat dalam peribadi
junjungan Rasulullah SAW. Baginda sentiasa merawat cinta kasih bersama
para isterinya. Firman Allah yang
bermaksud,
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi
pekerti yang agung.” (Surah al-Qalam: 4)
Budi
pekerti agung inilah yang membuat jiwa kita merasa dekat dengan Rasulullah SAW,
hati kita mencintai baginda, bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras
telah berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpikat
dengan kemuliaan akhlak serta budi Nabi
SAW.
Saidatina
Aisyah menisbahkan keperibadian Rasulullah SAW dengan kitab suci al-Quran.
Walaupun
Rasulullah SAW seorang panglima perang dan pemimpin tertinggi umat Islam, jiwa
baginda dipenuhi nilai kasih sayang dan amat romantis dengan para isterinya.
Indahnya akhlak Rasulullah SAW amat wajar diikuti oleh umatnya hingga
akhir zaman.
●
Setiap pagi Baginda
akan mengunjung semua isterinya bertanya khabar tanpa sentuh. Baginda hanya
menyentuh isteri mengikut gilirannya secara adil.
●
Mencium isteri.
Saidatina Aisyah r.a katanya” Rasulullah SAW mencium salah seorang isteri
baginda sewaktu sedang berpuasa lalu baginda tersenyum. (Hadis Sahih Muslim).
Umar bin Abu Salamah r.a: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Bolehkah orang
yang sedang berpuasa mencium isterinya? Rasulullah s.a.w menjawab: Tanyakan
kepada wanita ini sambil menunju ke arah Ummu Salamah yang kemudian memberitahu
kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w pernah melakukannya. Lalu Umar bin Abu
Salamah berkata: Wahai Rasulullah! Bukankah Allah telah mengampuni dosamu yang
telah lalu dan yang akan datang? Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah aku
adalah orang yang paling bertakwa dan paling merasa takut kepada Allah daripada
kamu. (Hadith Sahih Muslim)
●
Diceritakan,
Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih bukhari
diriwayatkan Aisyah berkata: “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu
bekas air yang disebut al-faraq.”
Nabi mandi bersama isteri tanpa sebarang tabir menunjukkan ia satu sunnah
terutama selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan.
●
Berpegangan tangan
ketika bersama isteri di mana Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
“Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar
melalui celah-celah jari mereka”. Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan
dengan Aisyah ketika di dalam rumah.
●
Baginda kerap bantu
memotong kuku isterinya.
●
Bermusafir.
Rasulullah sering mengajak isteri bermusafir (mengikut undian) untuk
menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. “Rasulullah apabila datang
waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Rasulullah juga membawa Aisyah makan bersama di luar sehinggakan suatu ketika
Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah
mereka jika isterinya Aisyah tidak diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
●
Menemani isteri
keluar rumah dan naiki kenderaan. Nabi SAW berkata kepada isterinya Safiyyah
binti Huyay: “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke
pintu).” (Hadis Bukhari dan Muslim). Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya
menaiki kenderaan. Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan: “Nabi Muhammad SAW
duduk di sisi unta baginda. Kemudian Baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri
Baginda, Safiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga
naik atas unta.”
●
Menyuap makanan ke
mulut isteri. Disaran suami menyuap makanan ke mulut isterinya. Dalam sahih
Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya apapun yang
kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke
mulut isterimu.”
●
Bantulah isterimu
melakukan tugas rumah tangga seperti mana Rasulullah menjahit sendiri
pakaiannya yang koyak dan bersegera pulang ke rumah untuk membantu isteri
mengurus rumah tangga.
●
Rasulullah SAW suka
bersenda gurau dengan isterinya, hinggakan semasa Rasulullah bergurau dengan
isterinya, dia sanggup menurunkan darjatnya. Rasulullah turut bergurau macam
seorang perempuan bergurau iaitu sindir menyindir, cubit mencubit dan
sebagainya. Pernah dalam satu gurauannya dengan Siti Aisyah, Baginda mengajak
isterinya itu berlumba lari. Sedangkan ketika itu Siti Aisyah berusia 16 tahun
manakala Rasulullah sudah berumur 60 tahun, tapi Rasulullah tetap lakukan juga
kerana hendak menghibur hati isterinya. Walaupun begitu, apabila baginda
berlumba lari dengan Siti Aisyah, Rasulullah tetap menang aginda adalah ahli sukan yang pantas sentiasa beriadah dengan
menunggang kuda, memanah dan bermain pedang.
● Bersabar dan tersenyum. Siti Aisyah pernah memarahi Rasulullah. Kata Siti Aisyah: "Engkaukah orang yang mengaku Nabi?" Nabi hanya senyum sahaja. Kemudian Rasulullah berkata, "Aku tahu, kalau engkau marah kepadaku, kau cakap begini, "Demi Allah Tuhan Ibrahim." Kalau engkau gembira denganku, kau kata "Demi Tuhan Muhammad." Jawab Aisyah, "Betul katamu itu. Masa aku marah, aku tidak sebut namamu."
Suatu ketika pernah
Saidatina Aisyah telah menolak Rasulullah saw dari belakang hingga hampir
jatuh. Ibu Aisyah ra ternampak lalu menampar muka anaknya. Kemudian berkata
Rasulullah saw, "Biarkanlah dia begitu. Sebenarnya dia telah banyak
berbuat baik kepada aku, lebih dari itu lagi."
●
Sentiasa memaafkan.
Saidatina Aisyah dan madunya Saidatina Hafsah pernah mengugut Rasulullah SAW
hingga Rasulullah ‘terpaksa’ mengharamkan suatu yang dihalalkan oleh Allah demi
menjaga hati isterinya. Allah SWT tegur
dalam surah at-Tahrim beri pilihan kepada isteri nabi samada ingin bertaubat
atau diceraikan. Mereka pilih untuk bertaubat lalu Nabi SAW memaafkan mereka.
Romantik
gaya Rasulullah SAW memang harus diteladani. Sesibuk manapun para suami dan
isteri, carilah peluang mengambil sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dengan
salaman dan peluk cium sebelum keluar rumah.
Alangkah
bahagianya hati isteri jika suami sudi membuka pintu kereta untuknya. Carilah
peluang membawa isteri bersiar-siar. Tidak ada isteri yang akan kecewa
sekiranya suaminya melayannya seromantis Rasulullah SAW, bahkan bertambah
sayang, cinta dan kasih. Justeru itu para suami jika ingin semulia akhlak
Rasulullah SAW berusahalah mengingati segala kebaikan isteri yang telah banyak
berkorban untukmu. Apabila terasa ada sesuatu kekurangan padanya, ingatlah
sabda Rasulullah SAW:
“Janganlah seorang mukmin membenci mukminah,
apabila ia tidak menyukai satu perilakunya maka redha dengan perilaku yang
lainnya”.
Akhlak
Rasulullah SAW juga diwarisi oleh As-Syahid Dr Abdullah Azam, sahabat karib
Syeikh Ahmad Yassin (Palestine). Sekembali ke rumah beliau minta isteri buatkan
kopi tetapi dalam masa yang sama menyusuli isterinya ke dapur pergi ambil air
putih sendiri dengan alasan tidak mahu lepaskan peluang menambah pahala dalam
urusan rumah tangga..
[ketegasan]
Dalam
aspek kebendaan dan singkir kemungkaran, pemimpin keluarga perlu ada
ketegasan!! Jangan sampai hendak penuhi kehendak isteri dan
anak-anak, terpaksa menzalimi diri melanggar nilai syara’ dan berhutang
keliling pinggang.
A.W.A.S!!!
Kezaliman dan wang haram @ riba’ sangat mempengaruhi sikap negatif isteri
dan anak-anak serta akan merosakkan keharmonian rumah tangga.
Rasulullah pernah menegur anak sahabat sedang bermain tertendang
bola hingga terkena ke muka baginda. Rasulullah SAW tegur
“anak ini ada makan makanan haram.” Abu Darda, sahabat Nabi amat terperanjat
dan bertanya isterinya. Mereka amat sedih dan menyiasat. Puas Abu
Darda dan isterinya menyiasat,
baru teringat ada tetangga ahli maksiat hantar
makanan ke rumahnya dan anak ini paling banyak
makan..
2.2.
Mensyurgakan peranan
mar’atus solehah
● Solat Istikhorah ~ Pilih kerana agama ~ Amat
BARAKAH
“Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”.
Benarlah analogi “silap gunting rambut,
kesalnya seminggu, silap pilih kasut, kesalnya sebulan. Jika silap pilih
isteri, kesal selamanya... Penting memilih sebelum buat keputusan menikah.
Pilih isteri atas kesolehannya.. pasti bahagia. Istikhorah dahulu kerana
keputusan Allah paling tepat.
Menurut
Al-marhumah Ustazah Yoyoh Yusroh, “Pentingnya pilih pasangan yang bermula dari
pilihan isteri bukan setakat cantik, baik keturunan, berharta tetapi kalau pilih
kerana agama akan diberkahi”.
Pilih
kerana keturunan saja nilainya 0,
pilih
kerana cantik saja nilainya 0,
pilih
kerana harta sahaja, nilainya 0
tetapi
pilih kerana agama nilainya 1.
Kalau
pilih kerana agama + cantik nilainya 10
Pilih
kerana agama +cantik + keturunan baik nilainya 100
Pilih
kerana agama+cantik+baik keturunan+berharta nilainya 1000
Isteri
Nabi Ibrahim, Siti Hajar dari keturunan hamba. Sarah isteri pertamanya
jauh lebih cantik.. Ada hikmah yang tersirat.
Rasulullah
SAW pilih Saodah sebagai isterinya selepas Khadijah wafat. Saodah
tidak cantik tetapi dikenali kerana agamanya..
● Realistik memberi mahar atau mas kahwin ...
tidak menyusahkan pihak lelaki yang bakal memimpin keluarga. Mahar yang
tidak membebankan itulah permulaan barakahnya perkahwinan...
● Melaksanakan hak dan kewajipan. Faktor
penunjang dalam pembentukan keluarga SAMARA adalah
realistik dalam melaksanakan hak dan kewajipan. Laksanakan
kewajipan seikhlasnya maka akan terpenuhilah hak masing-masing. Jika hanya
menuntut hak dan mengabaikan kewajipan, akan banyak menimbulkan masalah...
Contohnya, jika suami ajak bermesra tetapi ditolak oleh isteri
kerana merajuk dan sebagainya, maka wanita itu akan dilaknat
malaikat sampai pagi.. Tiada keberkatan...
● Kebahagiaan, kasih dan sayang tidak sempurna kecuali ketika ia menjaga kehormatan dan agamanya. Wajib bagi isteri mentaati suami dan menjaga dirinya dan harta suaminya, melaksanakan pekerjaannya dengan baik dan memperkemaskan diri dan rumahnya, ibu yang penuh kasih sayang dan pengurus yang bertanggung jawab dalam rumah suaminya. Sehingga sentiasa menjaga nama baik suami, mengakui kebaikan suami dan tidak mengengkarinya.
Rasulullah SAW bersabda,
“Dinampakkan kepadaku neraka ternyata
kebanyakan penghuninya adalah wanita, kerana mereka kufur. Ada yang bertanya:
Apakah mereka kufur kepada Allah? Baginda
menjawab: Tidak, mereka kufur terhadap suaminya, seandainya kamu telah
berbuat baik kepada salah seorang mereka sepanjang waktu kemudian dia melihat
darimu sesuatu (yang buruk), ia berkata: saya tidak pernah melihat kebaikan
darimu walau sedikitpun”.
● Suburkan sikap saling memaafkan dan saling
melupakan kelemahan masing-masing. Kenangi selalu saat manis kalian bermesra
ketika awal pernikahanmu...
Janganlah
para isteri terikut-ikut arus kebanyakan wanita kini yang selalu menceritakan keburukan suami masing-masing
kepada rakan sekerja. Nauzubillah..beristighfarlah! Jaga nama baik suami di
mana sahaja kalian berada. Dengan ini akan terjadi saling redha dan akan kekal
hubungan suami isteri yang dipenuhi keberkatan, kasih dan sayang.
Rasulullah
SAW menjanjikan syurga bagi wanita yang suaminya redha dalam sabdanya:
“Wanita yang meninggal dan suaminya redha
dengannya maka akan masuk syurga”.
Daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
2.3.Mensyurgakan peranan penyejuk hati ibu bapa
Anak-anak yang terdidik akan menjadi penawar dan penyejuk hati ibu bapanya. Bina hati budi anak-anak agar sentiasa menghormati orang tuanya.
Rujuk surah Luqman mulai
ayat 13-19 di mana Luqmanul Hakim
memberi wasiat kepada anaknya diringkaskan dari Tafsir Fi
Zilalil Quran dan Tafsir Ibn Kathir. Ada
9 proses untuk membina hati budi
anak-anak:
● Sembahlah Allah, jangan mempersekutukan-Nya kerana
syirik adalah perbuatan zalim yang sangat besar. Seseorang muslim tidak mungkin
mencampur adukkan iman dan keyakinan mereka dengan kezaliman.
● Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa. Luqman
menjelaskan kepada anaknya perihal pengorbanan seorang ibu yang telah
mengandung dalam keadaan lemah dan bersangatan lagi apabila menyusukannya
sehingga waktu selewat-lewatnya berceraisusu pada usia 2 tahun. Ibu
mentarbiyah dengan baik sejak mulai hamil, melahirkan dan mendidik hingga
dewasa. Pernah seorang lelaki mengerjakan tawaf dengan mendukung ibunya lalu ia
bertanya Nabi SAW samada dia telah membalas hak ibunya. Jawab Nabi SAW,
“belum, belum, walau senafas pun”.
Diriwayatkan
oleh Thalhah Bin Muawiyah As-Sulami, beliau datang bertanya kepada Rasulullah
SAW bahawa dia ingin sekali hendak turut serta berjihad fi sabilillah bersama
Baginda. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Beliau menjawab,
“Masih.” Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Duduklah terus di sisinya, di
sanalah terletaknya syurga.”
Al-Quran
menyuruh manusia bersyukur kepada Allah selaku pengurnia ni’mat yang
pertama dan berterima kasih kepada ibu bapa selaku pembina hati budi atau
pemberi ni’mat yang kedua. Walaupun begitu tinggi darjat ibu daripada
bapa seperti dalam sebuah hadis nabi yang menyebutkan kata-kata ibu 3
kali dan ayah 1 kali serta perihal
syurga di bawah tapak kaki ibu, ayat
dalam surah ini menjelaskan tentang keutamaan
mensyukuri nikmat iman kepada Allah dan keduanya syukur kepada
Allah dengan berterima kasih kepada dua ibu bapa atas nikmat tarbiyyah
yang datang dalam pelbagai cara samada
tersurat mahupun yang tersirat.
● Tidak wajib menurut perintah atau saranan kedua ibu
bapa untuk mempersekutukan Allah namun Islam tetap mengajar agar tetaplah
beristiqomah dengan tali Allah serta berbuat baik kepada dua ibu bapa walaupun
mereka kafir. Ayat ini diturunkan untuk menegur Sa’ad bin Abi Waqqash atas
sikap kasarnya memberi jawapan apabila ibunya menyuruhnya meninggalkan Islam
atau ia akan mogok lapar hingga mati biar orang Arab akan mengatakan bahawa
Sa’ad itu pembunuh ibunya. Saad menjawab, “Demi Allah walau engkau
mempunyai seratus nyawa dan keluar satu per satu nescaya aku tidak akan
keluar dari Islam”.
● Luqman menjelaskan lagi kepada anaknya bahawa
setiap amalan ada balasannya walau sebesar zarah sekalipun kerana balasan dan
ganjaran Allah sesuai dengan besar kecilnya perbuatan itu.
● Pesan Luqman lagi, dirikan solat. Ia perintah yang
wajib kepada manusia. Solat yang khusyuk memberi kesan terhadap keupayaan
kita mencegah diri daripada perbuatan keji dan mungkar. Amalan solat
mensucikan jiwa dan roh serta melunakkan hati. Rasulullah bersabda,
“kesenanganku dijadikan dalam solat”.
● Hendaklah bersabar dari musibah yang menimpa
kehidupan, hinaan dan celaan dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar
kerana sabar itu adalah cahaya dalam kehidupan yang akan menerangi
hati seorang mukmin dan sabar adalah sebahagian dari iman.
● Jauhi sifat sombong dan janganlah berjalan di bumi
seperti orang yang angkuh kerana Allah membenci orang yang sombong dan
berbangga hati. Rasulullah bersabda, “tidak akan masuk syurga
seseorang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun sebesar zarah
dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya ada keimanan walau
sebesar zarah.”
● Berjalanlah dengan sederhana, tidak cepat dan juga
tidak lambat. Maksudnya berjalan dengan hemat, jimat dan tidak melampau,
tidak membuang tenaga berlagak dan lenggang-lenggok yang sombong malah menuju
tempat tujuan dengan mudah dan lancar.
● Merendahkan suara dalam bertutur kata yang dimaksudkan dalam ayat ini menunjukkan adab sopan, yakin diri dan keyakinan kita kepada kebenaran dan kekuatan yang diucapkan.. Orang-orang yang biadap sahaja bercakap dengan suara yang keras dan bahasa yang kesat atau orang-orang yang ragu terhadap nilai perkataannya atau terhadap nilai dirinya sendiri lalu dia berusaha melindungi keraguannya di sebalik kata-katanya yang tajam, kasar dan keras. Al-Quran membidas mereka dengan gambaran yang hina dan buruk apabila mengulas “sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai” dengan satu pemandangan yang lucu dan menjijikkan serta menimbulkan perasaan benci dan memandang keji. Rasulullah SAW bersabda: “kalau mendengar rengekan himar maka berta’awuzlah kepada Allah kerana himar itu melihat syaitan"
MODEL Keluarga SAMARA
Tuntutan wujudkan
keluarga SAMARA ada konsepnya di dalam Al-Qur’an dan ada
contoh-contohnya dalam Sunnah. Model keluarga SAMARA memang sering kita
lafazkan ketika berselawat. Kita ulang-ulang minimanya 10 kali kita sebut
nama Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim dan ahli keluarganya
dalam solat fardhu.. (semasa tahiyat awal dan tahiyat
akhir):
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ('ibaadi) Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW merupakan peribadi terpilih dan amat sukses dalam membentuk keluarga SAMARA. Sukses membina keluarga bukan ikut ukuran kebendaan tetapi bagaimana akhir hayat mereka semua menjadi ahli syurga.
Nabi Ibrahim, siapa isterinya?? Isteri pertama bernama Sarah adalah
wanita Palestin melahirkan Nabi Ishak. Manakala isteri kedua adalah bekas hamba
bernama Hajar, wanita Habsyah, dihantar ke Mekah bersama anaknya ismail yang
masih menyusu. Doa Nabi Ibrahim:
"Ya Tuhan , sesungguhnya aku telah
menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang gersang (tidak
mempunyai tanam-tanaman) di sisi rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati,
ya Tuhan (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat,
maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada
mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka
bersyukur." (Surah Ibrahim: 37)
Siti Hajar redha dan beliau bukanlah wanita yang pasif tetapi dia adalah wanita yang dinamis. Anaknya Ismail menangis kerana kehabisan air. Siti Hajar ikhtiarkan berlari ulang-alik 7 kali mencari air. Ikhtiar dan kesungguhan yang penuh keikhlasan mengharap kepada Allah, akhirnya Allah kurniakan mereka air zam-zam.
Ada sejarawan mengatakan Siti Hajar adalah
pendiri dan pembentuk peradaban dunia. Kerana setelah air itu mengalir di Kota
Mekah, tempat itu dijadikan tempat transit pedagang-pedagang besar. Siti Hajar
belajar bahasa Jurhum agar dapat berkomunikasi untuk berdakwah kepada
mereka...memang perlu belajar bahasa jika tinggal di tempat asing. Kita perlu
berdakwah kepada masyarakat sekitar kita.
Lemah-lembut memanggil atau mengajak anak beramal soleh. Di dalam Al-Qur’an, nabi Ibrahim sebut “ya bunaiya”. Nabi Nuh juga sebut “ya bunaiya” walaupun anaknya menderhakainya. Dalam surah Luqman (ayat 12) sebut “ya bunaiya”. “Ya bunaiya” bermaksud “wahai anakku”.
Allah SWT menegur iblis yang khianat juga dengan bahasa yang lembut, “Wahai iblis apa yang menyebabkan kalian.....”.
Allah perintahkan Nabi Musa
berdakwah kepada Fir’aun juga dengan bahasa yang lembut. Fir’aun yang zalim dan
iblis yang sesat mendapat layanan bahasa yang lembut, maka selayaknya isteri
dan anak-anak mendapat layanan bahasa yang lembut. Justeru itu, wahai para
suami isteri dan ibu bapa, maintain ketenangan hati, berlembutlah dan jika
ingin menawan hati generasi pewaris kita mencintai kebaikan dan menjauhi
kemungkaran.
Kita perlu
didik anak-anak dengan kisah-kisah keluarga Rasulullah SAW.
Anak-anak perlu makan seperti keluarga dan sahabat Rasulullah
SAW. Berakhlak seperti akhlak Rasulullah dan ahli keluarganya. Anak-anak
kita perlu tahu isteri-isteri dan siapa anak-anak
Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW bangga dengan kelahiran 4
orang puterinya, Zainab anak sulung, diikuti oleh Ruqaiya, Umi Kalthum dan yang bungsu Fatimah az-Zahra.
Ketika semua anak ini dilahirkan oleh Saidatina Khadijah di Mekah,
suasana masyarakat Quraisy ketika itu budaya jahiliyah sangat kuat.
Keluarga Rasulullah SAW banyak perempuan.
Dalam
masyarakat jahiliyah, kelahiran anak perempuan dianggap pembawa sial
dan akan memalukan ibu bapanya. Anak perempuan akan dibunuh seperti dilakukan
oleh Umar Al-Khattab yang menangis teresak-esak apabila teringat pernah
bunuh/tanam anak perempuannya hidup-hidup, kemudian ketawa terbahak-bahak
kerana sembah dan makan tuhannya (kuih adunan isterinya). Dalam keadaan
masyarakat Jahiliyyah benci anak perempuan tetapi Rasulullah SAW mampu
membentuk puteri-puterinya menjadi solehah. Perlu difahami agar pola kita
mendidik anak mengikut pola Rasulullah agar semuanya akan menjadi ahli Jannah
(syurga).
++ Keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad
semuanya soleh & solehah belaka ++
Kedua-duanya menjadi model kepada para sahabat asabiqun awwalun. Mereka
juga berjaya melahirkan anak soleh, contohnya Ummu Aiman dinikahkan dengan Zaid
Harithah, bekas hamba dan anak angkat dicintai Nabi. Mereka lahirkan anak yang
terunggul di dunia iaitu Usamah bin Zaid. Usamah dilantik oleh Rasulullah SAW
sebagai Panglima tentera Islam ketika usianya 16-17 tahun!!...
Anas Ibn Malik- anak Ummu Sulaim yang diberikan kepda Nabi untuk menjadi
pelayannya menjadi periwayat hadis. Dipesankan kepada Anas oleh Nabi SAW,
“Anakku, jika pada pagi dan petang kau mampu menghindarkan hatimu dari
kedengkian, lakukanlah!! Itulah sunnahku! Siapa yang menghidupkan Sunnahku, ia
akan bersama ku di syurga.” [H.R Tirmidzi]
6 Peranan Ibu Bapa Mensyurgakan Anak-Anak & Keluarga
●
Sebagai qudwah
(contoh)
●
Sebagai pendidik
●
Sebagai pengarah
●
Sebagai perawat
●
Sebagai pemberi
nasihat
●
Sebagai sumber
rujukan semua permasalahan hidup anak..
|
<< Komunikasi berkesan >>
Dalam membangun keluarga, komunikasi masyarakat kita kini ternyata
seperti sebuah album...ada 5 gambaran komunikasi kelaurga yang harus kita kenal
pasti:
● Potret arena tinju ~ sentiasa bergaduh, buruk
sangka, meninjau-ninjau kelemahan pasangan dan saling menyalahkan antara satu
sama lain..
● Potret pasar (perhitungan untung rugi) ~ terlalu
berkira, inginkan keuntungan, tidak mahu rugi, tidak mahu beri lebih banyak,
tidak mahu berkorban dari segi pembiayaan, korban perasaan, korban tenaga,
korban masa dsb ~ buat sesuatu hilang keikhlasannya kerana ada udang di sebalik
batu..
● Potret sekolah (saling melengkapi, saling asuh dan
saling mengasih) ~ dipenuhi oleh warna-warni kehidupan, saling berkongsi
maklumat, saling sayang-menyayangi.
● Potret hospital atau klinik (pola hubungan seperti
pesakit dan doktor) ~ Kalau pesakit dari golongan rendah, dapat layanan buruk. Kalau golongan pendapatan tinggi, ada ramai doktor peribadi. Selalunya
pesakit perlukan doktor. Kadang kala doktor cari pesakit. Isteri kaya senang-senang
marah suami kerana dia yang warisi harta dari bapanya. Suami berpangkat marahi
isteri tidak bekerja. Mereka saling
mengungkit.
● Potret tanah perkuburan (tidak pernah bertegur
sapa, ada hambatan komunikasi) sepi, tiada komunikasi antara suami isteri.
Perlu ada jambatan. Anak-anak jadi jambatan. Keadaan semakin rumit, anak-anak
salah faham. Guna surat menyurat, e-mel, SMS dan sebagainya.. ~ Ada kes
pasangan 20 tahun tidak bertegur sapa. Ingin bercerai tetapi suami kata “tunggu
anak bungsu dapat ijazah dan boleh berdikari”. Setelah semua anak mereka
bekerja barulah mereka bercerai.
Persoalannya
adalah, potret keluarga mana satu yang akan kita pertahankan?
Tepuk dada
tanya iman masing-masing…
Peranan semua ahli keluarga hanya boleh
disyurgakan dalam potret sekolah atau
madrasah di mana berlakunya
proses pendidikan (tarbiyah) yang
berterusan. Keluarga adalah madrasah pertama untuk anak-anak. Ibu bapa adalah
guru pertama mereka. Nak jadi guru dalam keluarga perlu ada kemahiran mendidik.
Majlis Ta’lim menjadi medannya melalui usrah dan seumpamanya.
Guna bahasa yang
lunak memanggil anak. Beruntung
anak-anak jika ibu bapanya memanggil “manja”, “sayang” , “rijal ayah”,
“qowi macam abah atau ummi”. Panggilan positif
seperti ini amat membantu anak-anak membesar dalam keadaan jiwa yang
sejahtera.
Analisa komunikasi
Nabi Ibrahim menyebut "Ya bunaiya...
aku bermimpi dalam tidurku disuruh menyembelihmu, Maka bagaimana
pendapatmu?" ~ Lembut dan berhikmah, meruntun jantung hati anaknya..
Jawab
Nabi Ismail ketika itu berumur sekitar 14-15 tahun; "Wahai ayah. Laksanakan apa yang
disuruh oleh Allah...mudah-mudahan Ayah akan dapati aku adalah orang yang sabar”.
Lihatlah betapa sakinah komunikasi Nabi Ibrahim diwarisi oleh
anaknya Ismail. Sakinah ibunya Hajar.. anak juga akan jadi sakinah..
melahirkan keturunan yang baik...
Kenapa kita susah
nak ajak atau suruh anak kita? Tetapi Nabi Ibrahim senang suruh
anaknya taat kepada Allah bahkan sanggup disembelih kerana patuh
kepada perintah Allah. Ismail amat patuh “silakan ayah, apa yang
disuruh Allah”.. Si ayah taat kepada Allah, anak juga akan taat kepada
Allah. Kalau anak-anak bermasalah sukar mentaati Allah,
Yang perlu dikoreksi adalah diri kita sebagai ibu
bapa...Mungkin ibu bapa kurang mentaati Allah.
Saling beralah
menawan hati pasangan. Ada lelaki inferior menikahi wanita cantik. Suami tak
lawa.. Si isteri pujuk, “abang, kenapa tidak bersyukur beristerikan saya
sedangkan saya boleh bersabar bersuamikan abang”.
Bahagia itu ibarat
bunga memang selalunya indah. Namun bunga semakin lama akan alyu akhirnya
“tiada lagi senyum lembutmu..” dan akan berguguran. Apa yang perlu dibuat agar
bunga itu sentiasa cantik dan harum mewangi??
JAWAPAN → Ada
beberapa hal yang sangat penting disedari. Kita perlu saling memberi dan menerima, saling melengkapi,
saling mendoakan, sentiasa
bersyukur dan sabar berpanjangan.
Harmoni dan
bahagianya sesebuah keluarga bergantung kepada
sejauhmana kita dapat mempertahankan
jiwa dan fikiran kita berada di dalam keadaan positif… ~ Perlukan SAMARA dalam jiwa, fikiran dan
tindakan. Mohon kepada Allah jauhi segala gangguan dan bisikan syaitan. Baca
hujung surah al-Hasyr setiap pagi dan
petang. ~
Jika fikiran dan jiwa berubah menjadi negatif,
ketika itulah jarum-jarum syaitan menyucuk-nyucuk menghasut dan merosakkan
ketenteraman hati.. Nafsu mula
bergelora, menyemarakkan amarah…
Kawal nafsu dengan Iman. Iman akan subur apabila hati tenang
mengingati Allah SWT.. inilah S.Y.U.R.G.A. D.U.N.I.A
Berdoa selalu “Ya
Allah perbaguskan niatku untuk beribadah
kepada-Mu”
Sangkaan buruk
datangnya dari fikiran negatif pasti bukan sahaja menyusah dan membebankan diri
sendiri bahkan mengganggu orang lain kerana asyik mengintai-intai aib dan
menyalahkan orang lain
Cara berfikir positif
mampu mengatasi segala masalah. Tangani masalah dengan membawa syurga dalam
rumah tangga dengan fikiran positif dan husnuzhon (sangkaan baik). Proses
mengenal pasangan dan anak-anak perlu berterusan. Maka amat perlu proses taaruf hingga akhir hayat. Bila kenal
baru faham, sudah faham baru berbunga rasa cinta. Tidak kenal maka tidak cinta.
Proses taaruf
disusuli pula dengan tafahum (saling memahami). Apabila sudah kenal dan saling
memahami, tidak sukar wujudkan keseimbangan dalam membahagikan tugas dan
peranan dalam rumah tangga.
|
Ustaz Budi Dharmawan & isterinya (Al-Marhumah ustazah Yoyoh Yusroh ~ meninggal dunia 21 Mei 2011) pernah ditanya bagaimana mereka mencipta bahagia dalam keadaan anak ramai, 13 orang!!. Anak sulung sudah melepasi 24 tahun, anak bungsu baru 24 bulan.. Menurut beliau,
“Kami
masih dalam proses bina bahagia dan amat perlukan keredhaan Allah yang
berpanjangan”. Setiap anak dilahirkan ada rezekinya masing-masing. Allah
sudah cukupkan rezeki mereka. Tidak perlu bimbang.
Kalimah Akhirah
Perasaan SAMARA itu ibarat tumbuhan yang
perlu dibaja dengan baik, disiram akan membesar dengan subur, kemudian berbunga
dan berbuah dengan buah-buah cinta dan kasih. Sungguh membahagiakan ahli keluarga bagaikan
berada di syurga… Hasil itu bukan sahaja
untuk diri dan keluarga bahkan
bermanfaat untuk orang lain.
Semua ahli
keluarga perlu didik diri masing-masing sebagai
pelaksana Al-Qur'an dan sunnah Rasulullah SAW, barulah layak
memiliki syurga rumah tangga dan rumah
di syurga akhirat nanti. Suami bertaqwa melaksanakan amanah secara ADIL,
Insya-Allah isteri rasa qonaah, akan lahir anak-anak soleh dan solehah.....
“Apabila telah mati seorang anak Adam, maka
putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang
bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya"
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita semua dan kurniakan kebaikan berpanjangan. Amin, wassallam.
Comments
Post a Comment