Alhamdulillah Kurniaan Dari Allah jua.

Segala Puji-Pujian Hanya Milik Allah yang telah mengatur dan mengurus tadbir segala kehidupan di langit dan bumi tanpa rehat dan tidak pernah tidur...Apabila fikirkan kehebatan Allah sejak dulu, kini dan selamanya, terasa amat kerdil diri ini hidup hanya mengharapkan rahmat-Nya. Tanpa rahmat-Nya, alangkah hinanya diri ini di dunia, apa lagi di akhirat. APABILA WUJUD RASA HINA, PASTI KITA AMAT TAKUT KEHILANGAN HIDAYAH DAN TAUFIQ DARI Allah. Rasa hiba dan hendak menangis sahaja...

Allah izin pagi hari Isnin, 28 Febuari ibu dikunjungi oleh seorang ibu muda, dengsn linangan air mata meluahkan dirinya rasa tersisih dalam pandangan ahli keluarga dan rakan seperjuangan. Membanding-bandingkan diri hanya suri rumah tangga dan kerja sendiri berbanding mereka yang makan gaji. Kelihatan dirinya amat letih kerana kurang rehat mencari nafkah. Ibu yakin sangkaan rasa tersisih itu hanyalah mainan perasaan apabila seseorang itu rasa 'stress'. Ibu dengar dan layankan sahaja kerana diapun sudah lama ghaib dari menghadiri halaqah kerana terlalu sibuk dengan business. Mujurlah Allah bagi dia rasa 'tersisih' , maka adalah ruang dan peluang kami berhalaqah one to one. 
Ibu kongsikan juga perasaan ibu ketika sama dengan usianya dulu  memang sering diganggu oleh mainan perasaan, menyangka sesuatu  yang tidak sewajarnya hingga rasa 'down' . Kita kena lawan perasaan 'sangka buruk' kepada sesuatu peristiwa atau seseorang demi menjaga akidah yang akan kita bawa di alam abadi. Bila kita sangka buruk kepada seseorang bermakna kita telah bersangka buruk kepada Allah yang menemukan kita dengan orang itu.
Ibu tidak jawab macam tu sebab tak mahu dia rasa terbeban dan rasa terhukum, lebih-lebih lagi dalam keadaan dia terlalu letih secara fizikal dan mental. Cuma ibu berpesan dapatkan istirehat yang cukup, dan rasa mulialah kita ada Iman dan Islam. Allah muliakan orang yang selalu baca Al Quran. 

Ibu doakan semoga Allah muliakan ibu muda itu yang ibu perhatikan memang peramah dan aset untuk masa depan dakwah dan tarbiyyah. Beliau akur dengan kesibukan itu Allah izin dia dapat dengar rakaman suara ibu berhalaqah online, menyentuh tajuk khusyu'  dalam solat. 'Apa makna solat kita berpuluh-puluh tahun, tetapi lepas solat masih aktif bergossip, mengumpat dan mengata orang?. Ibu ingatkan diri ibu dahulu sebelum ingatkan orang lain . Allah izin sempena Isra' mi'raj 27 Rejab kita sama-sama cuba perbaiki kualiti solat fardhu kita seiring kita perbaiki kualiti syahadah kita. Insha Allah.

Hari Isnin malam Ahad, 28 Febuari suami ibu masih meneruskan tugas utamanya dalam halaqah gabungan secara online. Kini bukan sahaja diikuti oleh para sahabat dan sahibah  kepimpinan Perlis, bahkan di Johor sana. Subhanallah, ibu rasa amat terharu suami ibu masih dimuliakan walaupun telah uzur. Dari berbaring, kali ini beliau gagah-gagahkan cuba duduk. Alhamdulillah dengan kehendaknya sendiri, Allah permudahkan.
Rakaman ini sebagai kenangan kepada semua generasi pewaris agar menghargai syuur dakwah dan tarbiyah yang sudah mendarah daging dalam dirinya. Selagi masih ada hargailah kehadirannya agar kita semua dimuliakan oleh Allah. Insha Allah










Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil