Rutinkan Story Telling

Dengan Nama Allah

Rabb yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah syukur Alhamdulillah hari ini, 

Jumaat, 11 Mac seawal pagi dapat video call, cucu-cucu di Melaka on the way hendak berkhatan. Masing-masing senyum. Bila ditanya nak baca doa apa?. 


Mereka terus baca doa nabi Yunus. Semoga Allah berkati dan permudahkan. Mula-mula senyum, hilang ubat bius mula menangis rasa sakit. Alhamdulillah gagah-gagahkan juga solat fardhu.

 Hari ini juga, team  Usrah Amal Aisyah gagah-gagahkan diri cuba menjayakan program 'Story Telling by aunty Nally'  untuk  warga syurga (kanak-kanak). Projek Story telling ini  telah lama kami rancang sejak tahun lepas cadang hendak mulakan di masjid tetapi sering tertangguh.  Pelbagai faktor penghalang yang kami hadapi, lebih-lebih lagi SOP jauhi jangkitan Covid-19. Syukur, Alhamdulillah ibu sudah dapat kebenaran dari suami  hendak mulakan di halaman rumah Tunjung.

Subhanallah, cantiknya Allah aturkan kami mendapat kerjasama daripada para pemudi Perkampungan Tunjung sedia mengurus serba serbi yang tidak terdaya ibu nak buat termasuk jamuan.  Ibu sekadar menyediakan  tempat dan pembantu rumah siapkan minuman. Ada permintaan  yang berhajat ajak kawan-kawan dari kampung sebelah.  Memandangkan Covid-19  belum reda dan ruang halaman tidak luas, ibu terpaksa tolak dahulu permintaan itu. Jika ada dewan yang lebih luas dan Covid-19 sudah mereda, baharulah sesuai ajak lebih ramai kanak-kanak dalam projek ini. Fokus di Tunjung dahulu.

Syukur Alhamdulillah cucu-cucu rumah ini tolong tiupkan belon sebagai hadiah untuk kanak- kanak yang boleh jawab soalan kuiz dikendalikan oleh Ustazah Ameenah, jiran kami sebelah rumah. Ibu rasa seronok kerana beliau sering menawarkan diri...

"ada apa-apa yang boleh ana tolong esok?" Terasa ringan bahu ibu untuk fokus santuni keuzuran suami. 

Sedang  team kami rancak merancang,  kami diuji, anak kedua  ditahan wad dan menjalani pembedahan hari Selasa lalu. Memang di luar jangkaan sama sekali tetapi  suami pasrah, hakikat ujian dari Allah.  Istiqomah tenang dan berdoa untuk kesembuhannya. Insha Allah bagi ibu  setiap takdir Allah, pasti ada hikmahnya. Allah beri peluang yang sakit beristirehat di samping muhasabah diri. 

Ibu juga sedang muhasabah berjuang pulihkan diri dari  gejala gangguan emosi kerana berdepan situasi baharu keadaan suami sering terjaga hampir setiap dua jam tak boleh lena dan hendak duduk di kerusi. 

Ibu  kena ambil peluang perubahan ini sebagai persiapan Ramadhan nanti. Lebihkan aktiviti  di waktu malam. Tidur semula sebelum Subuh dalam keadaan duduk agar mudah terjaga waktu azan Subuh. Jadual makan pun sering berubah ikut keselesaan suami. 

Harapan ibu, Insha Allah semoga semua ahli keluarga memahami, agar mudah ibu fokus makan minum  ikut jadual  baharu.  Ibu ingat pesan anak ibu " ibu fokus jaga ayah sahaja, jangan fikir tentang orang lain...Depa kena faham!"

Betul! memang ibu patut ikut idea itu, namun ada tetapinya,  kecuali aktiviti dakwah dan tarbiyyah. Tak boleh  nak lupakan  projek dakwah yang telah lama kami rancang. Dalam keadaan tersepit macam mana sekalipun projek dakwah perlu diteruskan. Ini pesanan suami...Insha Allah

Benarlah jika kita ada peluang dapat berkumpul kerana mengharapkan redha Allah, terasa manisnya iman, lebih-lebih lagi bersama murabiah kak Wan Nazaliah yang ibu kenal sejak awal tahun 1980an. Semasa belajar di USM, ibu sering  bermalam  rumah Mak Wan Ros di Jalan Pegawai dan banyaklah ibu taaruf tentang dakwah dzn tarbiyah secara live melalui Kak Nally. Selepas selesai slot story telling, kak Nally tidak kekok nak makan awal kerana perlu makan ubat, anggap seperti rumah sendiri. Alhamdulillah, kami dah lama saling kenal kelemahan masing- masing dan  boleh saling melengkapi.

Insha Allah program ini akan dirutinkan sebulan sekali. Aunty Nally  sebagai perintisnya. Jika beliau ada keuzuran, Insha Allah kami sedang  merancang  modul agar generasi pewaris  akan meneruskannya jika ditakdirkan kami kembali ke dakapan Rahmat Allah SWT. 

Jika ada masalah tempat lagi, halaman rumah ini sudah kami wakafkan dijadikan taman syurga untuk aktiviti mulia ini. Ibu tidak mampu buat sendiri, perlu ada team work menjayakannya seperti hari ini.

Jazakumullahu khyran kathira kepada pihak kepimpinan Haluanita Pusat  masih beri kepercayaan ibu  sama-sama terlibat dalam projek mengemaskini modul Taska dan Usrah keluarga. Ibarat burung ciak cuba berusaha memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim hanya dengan membawa air menggunakan paruhnya. Insha Allah Semoga Allah terima segalanya sebagai amal soleh di sisi-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil