Latihan Meraikan Roh Menjelang Ramadhan

 Dengan Nama Allah

Rabb Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Rabb Yang Menguasai  dan memiliki sekelian alam. 

Syukur Alhamdulillah, diam tak diam terasa begitu cepat masa berlalu, hari ini 20 Mac, 7 tahun lalu ibu terjebak dalam majlis pernikahan  di hari Jumaat yang penuh barokah di Jalan Badek, Shah Alam. Move on!

 Terkenang hari bersejarah itu, terhibur rasa hati kerana memang ibu tidak menyangka sama sekali Allah aturkan ibu berhijrah ke Perlis. Syukur Alhamdulillah seronoknya ibu di sini  kerana berpeluang menemani suami menyubur dan memperkasakan dakwah dan tarbiyah semampu  mungkin.  Tanpa dakwah dan tarbiyah tidak mungkin ibu dapat bertahan lama berada di sini. Hazamin fadhli rabbi

Subhanallahi wabihamdhi, subhanallah al Azim. 

Cukuplah sekadar terkenang dan masih ada insan yang ingat dan mendoakan kesejahteraan jodoh kami. Ada yang sediakan kek kegemaran suami, namun kerana keadaan kesihatannya kurang selesa untuk raikan majlis makan, ibu raikan dengan makanan roh dahulu dengan perbanyakkan baca Quran dan doa, lanjutan dari malam nisfu Syaaban yang jatuh pada hari Khamis malam Jumaat lalu. 


Syukur Alhamdulillah suami masih larat berpuasa Isnin dan Khamis dan membaca Quran.  Jika tak larat, akan ulang baca apa yang telah dihafaz ketika berbaring . 

Alhamdulillah, ulangtahun  ke-7 perkahwinan kami raikan bukan makan-makan seperti dulu tetapi puas hati dengan  bacaan Quran dan perbanyakkan  berselawat. Makanan roh yang sering kami  terlepas pandang sebelum ini.  Rasa syahdu dan lebih tenang dan tidak kelam kabut . Suasana seperti ini sebenarnya yang dirindui oleh warga emas. Alhamdulillah, hazamin fadhli Rabbi. 


Persiapan sebelum mati yang perlu dijadikan rutin dengan me'ramadhan'kan 11 bulan yang lain. Semoga Ramadhan yang dinantikan ini merupakan Ramadhan yang lebih baik bagi kami walaupun keuzuran  fizikal suami masih belum nampak ada perubahan.

Hari Rabu yang lalu, kami raikan cucu lelaki di rumah ini  yang ditawarkan masuk asrama SMA Arau dan cucu perempuan yang nak balik USIM hujung minggu ini. Entah macam mana tiba-tiba rasa gatal nak bergurau dan  bagitahu " kalau dapat masuk Matri atau MASDAR, nak juga jamu kambing golek". Secepat kilat hati nuraniku menegur "belum sesuai sekarang, akan sampai masanya, tunggu masa cucumu sendiri..." Ibu terdiam.

Ketika mereka menjamu selera makan satay dan laksa sarawak, suami lebih santai berbaring. Ibu perasan ada perubahan dirinya rasa tidak selesa beramai-ramai seperti dahulu. Keadaan ini yang perlu difahami oleh kita yang masih sihat. Utamakan kesihatan dan keselesaan orang uzur. Tidak ada ruginya jika tak  dapat makan bersama. Kita perlu rasa rugi yang amat sangat apabila kita tidak  menghargai khazanah yang tersimpan di dalam dadanya.

Sebentar tadi, selepas ibu selesai membentangkan pengenalan  bedah buku Abul Hasan Aliy Nadwiy yang  bertajuk  "kerugian dunia kerana kelemahan umat Islam" semasa halaqah Amal, tiba-tiba dengan cerianya suami ucapkan "terima kasih" . 

Ibu rasa pelik. "Kenapa? Tadikan dah ucap terima kasih?" (Memang setiap malam sebelum tidur suami akan ucap terima kasih, minta maaf, halalkan.. doakan..) wujudkan SAMARA antara kami. 

Rupa-rupanya suami belum lena dan tumpang dengar ibu bedah buku tersebut, dengan kata pengantar oleh almarhum Syed Qutb, ulama  muktabar kegemaran suami. Ibu perasan jika masuk bab dakwah dan tarbiyah memang ceria wajahnya. Anggaplah ini hadiah ulangtahun perkahwinan kita.  Bahagianya kerana  rumahnya diserikan dengan taman-taman syurga, ini petanda suasana yang perlu kita suburkan dari masa ke masa. 

Alangkah seronoknya jika semua dapat hadir secara sukarela tak perlu diajak atau rasa seperti dipaksa. Bab mengajak mereka yang tak sudi  ini buat ibu cepat letih. Oleh kerana kudrat makin kurang, ibu diingatkan agar fokus kepada mereka yang mencari.

Terbayang-bayang wassap dari Sahibah Bangi pada Jumaat lalu menyatakan rasa kagum ibu menyantuni UOHS. Hazamin fadhli Rabbi.  Sebenarnya banyak ujian taaruf kami melibatkan hawa nafsu dan gangguan syaitan yang sentiasa bertali arus menganggu ketenangan ibu untuk stabilkan emosi mengurus keperluan suami. Memang bukan kerja yang senang, berkorban perasaan, kadang-kadang terikut juga perasaan bila terlalu letih. Istighfar dan istighfar selalu memang kena harungi pelbagai kesilapan dalam trial and error memenuhi keperluan pesakit. Diam adalah jalan keluar terbaik.

Kadang -kadang benar juga peribahasa Inggeris 'Practise make perfect'. Namun  ibu perlu letak priority ilmu dulu sebelum kemahiran(practise). Iman dulu sebelum ilmu.  Yang selalu menyejukkan hati ibu yang cepat panas mengeleggak apabila ada bisikan malaikat dalam qalbu terdalam...

' dia sakit...bukan dia nak sakit macam tu' . Syukur Alhamdulillah, Allah pilih kau yang sihat merawatnya...

Besar pahala tanpa baas jika  terus sabar mengurus kesucian wudhu suami nak solat  dan baca Quran...

"Di syurga nanti segala yang busuk2 yang kau lalui bersamanya akan jadi wangi selama-lamanya" Insha Allah.  

Ceramah di bawah ini menyejukkan sekali hingga ibu buat rumusan bersyukurlah Allah kurniakan suami yang memahami dakwah dan tarbiyyah. Jika tanpa dakwah dan tarbiyah, sasana jahiliyah akan menyebabkan hidup ini menderita. Nauzubillhi min zalik. Berdoalah selalu semoga rohmu  sentiasa dihimpunkan bersama roh para anbia, syuhada, siddiqin dan roh para solehin.



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil