Nikmatnya Dalam Dakapan Tarbiah

الحمدلله  والصلاة  والسلام على رسولالله  وعلى  اله  وصحبه  ومن  اتبع  هداه


Alhamdulillah, syukur  Alhamdulillah, Allah aturkan pada hari Jumaat malam Sabtu, ibu berpeluang  menemani  dua kaunselor  muda ke mesyuarat Kluster Pendidikan di Pejabat Haluan Bangi. Objektif utama ibu menemaninya  agar mereka dapat memainkan peranan penting membangunkan ummah  melalui program yang diaturkan di seluruh negara menjelang tahun 2020. Ibu hanya sebagai mentor mereka dan tidak larat mengambil bahagian dalam menggerakkannya  kerana fokus utama ibu lebih kepada bidang penulisan. 

Kini ibu sedang  berusaha keras untuk mengumpulkan bahan D n T yang terpendam dalam lubuk  jiwa UOHS untuk dibukukan mengikut trend yang difahami oleh  anak muda kini. Akrabnya  UOHS dengan Almarhum Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Bin Md.Zain, kini rahsia kemenjadian Dakwah dan Tarbiah berada di dalam dirinya seizin Allah SWT. Khazanah itu bukan boleh dibukukan melalui dokumen  bercetak, perlu dengar dan lihat sendiri setiap  patah perkataan  yang keluar dari lisannya yang menjadi mutiara-mutiara berhikmah untuk manfaat  ummah. Pengalaman mereka bersama-sama membangunkan Matri hingga tertubuhnya Yayasan Matri. Kini Yayasan Matri dibangun dan digerakkan secara aktif oleh anak-anak  muda lepasan Matri. 

Mengikuti perjalanan mesyuarat Kluster pendidikan itu memang menarik persembahan anak muda berwawasan akhirat. Namun kepala  ibu rasa berpinar-pinar, migraine datang kembali hingga rasa hendak muntah. Mungkin kurang tidur agaknya. Sepanjang musafir sentiasa berdoa agar  'isu tergempar' yang bertubi-tubi menyalahkan ibu terjadi sebelum ibu bertolak ke Putra Jaya dapat ditangani  dengan baik dan ada jalan keluarnya. Bisikan doa  surah Ghafir  ayat 44 sentiasa mengiringi perjalanan ibu hingga sampai Putra Jaya. Ibu yakin  pasti ada hikmah tersirat di sebalik peristiwa tergempar tersebut.  Menyerahkan segala urusan kepada Allah, Alhamdulillah, jiwa  rasa tenang dan lapang. 
A044
....dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku);                                     Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".


Tersentuh  melihat  video seorang ulamak Arab ditanya "sampai bilakah  ujian ini akan berakhir?" Ulamak itu menjawab; "sehingga  kalian redha menerima ujian tersebut..." Selagi  ada sungutan, tidak puas hati, ungkit-ungkit, maka ujian itu akan terus bertali arus... Senang sahaja  formulanya. Redha terima ujian itu. Hikmah di sebalik ujian...


Dalam penantian kami naik flight berlaku  lagi satu isu tergempar dalam wassap group yang sama dari individu yang lain pula meluahkan fakta-fakta seolah-olah menembak ibu kiri kanan, depan dan belakang menyatakan segala  kebimbangannya. Ibu tidak menjawab sepatahpun, sebaliknya terus berdoa dan surah Ghafir ayat 44 menjadi penghibur  ibu. Masha Allah, tenangnya jiwa ini apabila serahkan segala urusan kepada Allah. Lagi satu nikmat, Allah izin kelu lidah ini, tidak sedikitpun ibu ceritakan masalah ini kepada orang lain.  Cukuplah Allah sahaja yang mendengar segala aduan ibu. Ibu perlukan Allah sahaja ketika itu. Biarlah Allah aturkan jalan keluar yang terbaik. Terasa benar-benar  berada di dalam Dakapan Allah. "Ya Allah terima kasih kurniakan aku  ujian ini agar aku sentiasa  berada di dalam dakapan-MU...."

Alhamdulillah, memang benar, Allah aturkan jalan keluar yang terbaik. Terbukti sungguh ayat 44 surah Ghafir itu amat  mustajab, khususnya diulang-ulang baca waktu musafir, cuaca hujan dan menjelang Maghrib. 

Jika anak ibu berada di hadapan mata, ingin sekali ibu mendakap sekuat-kuatnya kerana Allah izin maruah ibu terpelihara dengan ikhtiar dan usahanya walaupun dirinya dalam keadaan terlampau sibuk dengan urusan keluarga  dan kerjaya. Ibu tidak luahkan sedikitpun kesedihan atau tekanan kepadanya. Keadaan menjadi semakin tenang dengan tekad dan azam suami ibu bertegas ingin teruskan musafir tarbawi mendapatkan rawatan anak didik  yang disayanginya pada 27 November nanti.  Tiada siapa berhak menghalangnya lagi. 

Hikmah di sebalik peristiwa ini adalah betapa bahagianya jika segala urusan kita serahkan kepada-Nya dan mohon Allah yang uruskan. Ini membuktikan  betapa indahnya jika kita bersama-sama menikmati kemanisan  berada di dalam dakapan tarbiah.  

Peristiwa ini menyebabkan ibu, terkenang kembali himpitan yang ibu alami pada hujung bulan April 2013. Ibu difitnah dan dimalukan dalam mesyuarat keluarga tergempar tanpa diberi peluang membela diri. Maruah ibu diinjak-injak sepuas nafsu oleh orang yang sepatutnya menjaga amanah yang diambil  secara baik daripada Almarhum abah ibu. Ibu tidak salahkannya dirinya atau sesiapa lagi. Kini ibu sudah faham, takdir Allah pasti ada hikmahnya dan memang rezeki ibu diatur kehidupan sebegitu  agar sentiasa selamat  berada di dalam Dakapan Allah.

Alhamdulilah, walaupun dengan deraian air mata, anak ibu menyahut  cabaran untuk memulihkan kembali maruah ibu kandungnya. Allah izin, lanjutan dari itu ibu diselamatkan  oleh abang-abang yang sangat bertanggungjawab  bagaikan  'ayah' menyelamatkan anaknya ketika dirempuh gelora badai dan hentaman ombak yang sangat  kuat. Merekalah 'hero' ibu selamanya. Insha Allah. Ketika  itu jiwa  ibu amat tenang setenang air di lautan kerana  ibu redha dan sudah bersedia menerima apa sahaja  keputusan dari Allah. 

Indah dan nikmatnya ketika berada di dalam Dakapan Tarbiah. Tanpa  memahami proses tarbiah Islamiyah Harakiyah, tidak mungkin ibu dapat hadapinya  dengan tenang. Sebenarnya Allah  yang selamatkan ibu  melalui insan-insan yang mulia ini. Allah ilhamkan agar ibu tidak  mengungkit "kenapa  aku diuji??" kerana ibu  sudah difahamkan bahawa  inilah sunnatullah warisan para anbia, ranjau-ranjau  dalam dakwah dan tarbiah yang memang perlu ditempuhi  untuk lulus dalam peperiksaan Rukun Iman pertama  hingga  rukun Iman  ke-6.  

Ya Allah, kukuhkan  aku dengan nilai teras  dakwah dan tarbiah ini.
i.   Iman & takwa
ii.  Ikhlas
iii. Ukhuwwah  & Mahabbah
iv.  Amal jama'i
v.   Pengorbanan
vi. Istiqamah wa istimrariyah, fii hamasah, fii Jiddiyah wa jundiyah

Membawa syiar 'Berakhlak, mendidik dan Berbakti' demi  mencapai  visi Menjadi Khairu Ummah yang menghayati  Islam yang menyeluruh melalui misi Dakwah merubah masyarakat  dan tarbiah membina pemimpin. Sekarang  ini ibu sedang memantau dua kaunselor  muda  menyiapkan kertas kerja 'PRS H1' dan 'One Stop Centre H1' Semoga  Allah permudahkan segala  urusan kami. Aamiin.







Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil