Law Of Attraction Cara Rasulullah SAW

Alhamdulillah, segala puji-pujian  hanyalah milik Allah. Kita semua  insan kerdil  yang tidak layak dipuji kerana dalam  kehidupan ini kita sangat  bergantung  kepada  Allah SWT. Selawat dan salam buat  Rasul junjungan Muhammad  SAW, kaum  keluarga, para sahabat, para tabieen, para salafus  soleh serta jiwa-jiwa yang  mengabdikan diri kepada Allah SWT  hingga akhirat. 

Alhamdulillahi Rabbil Alamin,  sepanjang  perjalanan  penuh risiko membawa suami ke Sungai Buluh, ibu yakin diiringi doa anak menantu  dan sahabat-sahabat. Kami bertolak hari Selasa, jam  6.30 pagi dari Tunjung. Dalam perjalanan  kami mendapat berita  salah seorang  bekas pelajar Matri  yang datang melawat murabbinya hujung September lalu di Tunjung telah meninggal dunia dalam tidur. Almarhum Luqman berusia 35 tahun masih belajar sambil bekerja, isterinya Dr Fatimah (ayah bondanya) juga  pernah menziarahi  kami di Tunjung, Perlis. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa Almarhum Lukman, dan himpunkan rohnya  bersama  roh para solehin. Syurga menanti anak soleh ini. Aamiin.

Sepanjang perjalanan 8 jam itu, ibu perhatikan suami tidak stress seperti  yang didakwaoleh banyak pihak. Kami hanya singgah dua kali untuk ibu buang air  dan isi minyak kereta. Makanpun di dalam kereta, kerana tidak ada  upaya suami  hendak keluar macam sebelum ini. Selesai makan , sepanjang  perjalanan suami tidur tenang sekali. Sampai di Simpang Pulai, cadangan hendak bermalam di situ kami batalkan kerana  suami lebih selesa berada  di Sungai Buluh pada hari itu juga. 

Sepanjang  memandu, Alhamdulillah ibu tidak mengantuk, sentiasa bersemangat. Sekali sekala  ibu ulangi nilai teras ke-6. Istiqamah, istimrariyah fii hamasah fijundiyyah wa jiddiyah. Suami tersenyum dalam pembaringannya. Ketika beliau tidurpun ibu tidak sendirian, pergantungan ibu memang  100% kepada  Allah dari awal lagi. Ibu amat yakin Allah pasti akan  permudahkan segala urusan ibu menyampaikan hasrat suami ingin sangat  bertemu anak-anak didik  yang dirindui...

Katanya "sudah lama mengidam  ingin bertemu Prof....  dan sahabat-sahabat.". Mudah-mudahan Allah redha segala ikhtiar dan  usaha kerdil ini  sahaja untuk suami bahkan untuk  keluarga  besar  kami  (HALUAN)  dan ummah  seluruhnya.
Sampai  jam 2.50, terus  istirehat  di Hotel S-Damansara. Temu janji telah diaturkan  pada jam 12.30  hari Rabu, 27 November  2019.  

Benarlah MAHA  BAIKnya Allah, jika ada niat  baik, lintaskan, nyatakan dengan setegas-tegasnya  kerana  Allah semata-mata. Apabila ikhlas buat kerana  Allah, Allah aturkan  agenda-NYA  yang terbaik  untuk hamba-NYA  yang soleh, walaupun  ada yang tidak menyukainya.

Masha Allah  memang semua  di luar jangkaan dan ibu memang tidak menyangka sama sekali Allah aturkan penginapan  yang terbaik untuk suami mendapatkan rawatan susulan di Private UITM Medical Centre.  Malam pertama UOHS risau  juga sampai kurang tidur, jika menginap di Wad Jade, bilik 502 ini tergolong  dalam  pembaziran dan bimbang  membebankan mereka yang  membayar kos tersebut. Apabila insan soleh itu datang  sendiri ziarah dan menyatakan  "Jangan fikir urusan itu" Alhamdulillah  baharulah rasa lega. Alang-alang sudah sampai sejauh ini, rawatlah keseluruhannya hingga  pulih. Insha Allah

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil