Uzlah Syuuriyyah Tammah

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabiin, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar dan jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT  hingga  ke hari kiamat. 


Alhamdulillah  hari ini ibu rasa lega sedikit  kerana  telah dapat tunaikan amanah  yang diberikan walaupun masih belum sempurna lagi. Dalam proses menyelesaikan amanah tersebut, memang fokus habis-habisan menjalani proses  'Uzlah Syuuriyah Tammah' . Selagi mana  tidak terdesak, ibu sentiasa berkurung di rumah. Semua program, kelas dan halaqah  ibu minta dikecualikan selama seminggu semata-mata hendak selesaikannya kerana Allah. Buat kerja  Islam. Buku itu perlu diterbitkan segera  untuk kita semua dan generasi pewaris muhasabah kembali apakah peranan kita untuk Islam sudah tertunai atau sebaliknya?. Fikir masa hadapan ummah, generasi anak cucu kita  bersama.


Kesan uzlah ini sangat menenangkan jiwa ibu walaupun agak kalut nak siapkan proses 'edit terakhir' buku HALUAN. Manuskrip itu perlu dihantar  cetak  sebelum hujung minggu ini. Proses penerbitan dan percetakan akan diurus oleh pengerusi HALUANITA pusat. Harapan ibu, sibuk buat kerja Islam di medan penulisan...moga besar manfaatnya  untuk ummah dan untuk masa hadapan Islam yang gemilang. Semoga  amalan soleh ini menjadi  bekalan selepas  mati dan dibangkitkan kembali. Aamiin...

Apabila sering lupakan dapur, Alhamdulillah  fokus ibu tidak terganggu. Tidak  ada rasa nak lari ke tempat lain. Cuma lari dari dapur sahaja sudah memadai  ibu dapat lega dari stress. Semoga  Allah ampunkan kami di atas  tidak ada daya upaya ibu hendak  bersantai  dengan family besar lagi seperti dahulu. Ibu tanya suami  "tidak berdosa ka saya?," Maksud ibu, tidak seperti dahulu sering  adakan jamuan makan-makan di rumah.  Suami ibu menjawab "Depa faham..." Ringkas sahaja jawapannya. Anak ibu juga sering berpesan "selagi mana  ayah diam, ibupun perlu diam sahaja, tak perlu fikirkan urusan lain. fokus  jaga kebajikan ayah aje"

Uzlah  adalah  salah satu  cara berkesan untuk elak salah faham. Uzlah ibu berlanjut dengan mereka  yang tidak mahu bersama kita.Cara dan gaya pemikiran berbeza. Sebab itu suami lebih suka diam, dia lebih berpengalaman dan mengenal sikap dan watak mereka. Memang ibu perasan, jika ibu  bersuara sahaja, memang akan timbul salah faham. Inilah kesan  dari  tidak wujudnya proses pembentukan 'wahdatul akidah, wahdatul fikrah dan wahdatul  amal.' 

Mungkin suatu ketika dahulu sang ayah pernah berusaha, namun tiada  respon (tidak berminat), Setakat ini berdoa sahaja, mudah-mudahan nanti ada respon di kalangan cucu-cucu,Insha Allah.  Selepas siapkan buku HALUAN, baru ibu faham proses kenapa dalam keluargapun ada yang  tercicir untuk memahami  fikrah ini. Bukan salah ibu mengandung dan bukan salah ayah yang mendidik. Ini adalah ujian dari Allah. Apabila visi dan misi berbeza, memang sukar untuk kami berkomunikasi. Sebab itu DIAM adalah sebaik-baik untuk mengelak timbul masalah 'tersinggung,'  sering 'berkecil hati,'  dan menarik muka (bermasam). 

Yang penting kita  sentiasa  berbaik sangka kepada segala apa  yang sudah Allah aturkan. Husnu zhon dengan Allah, segalanya serahkan kepada Allah yang uruskan.  Baca selalu surah Al Ghafir  ayat 44.


 Insha Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu rahsia ujian ini...


Alhamdulillah hari  ini  terasa lapang sedikit  nak buat kerja lain. Ala bisa tegal biasa. Syukur, kesan uzlah syuuriyah tammah itu, ibu sudah terbiasa urus  hal penting sahaja ikut kudrat  umur 58 tahun. Tidak mampu lagi hendak  ke dapur belakang selepas  waktu Zohor dan ketika tiada pembantu rumah. Fokus ibu jika perlu, urus  di dapur kering  di ruang tamu ibu. Di situlah mihrab ibu sebenarnya. Sesiapa sahaja hendak  jumpa, mereka  akan ke mihrab ibu.

Detik paling  berharga  hari ini ibu dapat ziarah jiran  yang sudah lama sakit. Kaki kirinya  rasa berat tidak boleh bergerak. Doktor sahkan, kesan dari  masalah jantungnya. Dia sering  rasa penat. Kini dirawat  oleh  jururawat hospital KPJ yang datang  ke rumahnya. Ya lah, orang sakit, dia yang merasai  kesakitan itu.
"Bilalah nak senang ni...penat  sangat!..." Inilah keluhan  yang diulang-ulang. 
Ya Allah kesiannya...
"Kak, saya faham memang akak sakit. Mungkin sakit ini  akan berkurang  kalau akak sebut selalu Allah, Allah, Allah macam mana jantung selalu sebut Allah..." Ibu ceritakan keajaiban yang berlaku tentang  jantung pesakit  berdetik menyebut Allah...

https://detikislam.blogspot.com/2014/10/keajaiban-allah-pada-jantung-manusia.html

Allahmma Ya Qawi. Allah  Yang  Maha Kuat, kepada MU kami berpaut  kepada  yang Maha Kuat. Hilangkanlah keletihan yang ditanggung  oleh kakak ini, pulihkan jantung  dan kakinya agar  dia dapat  menyempurnakan ibadah hanya kepada-MU..."

Uzlah Syuuriyah Tammah...banyak nikmat  yang tersirat di sebaliknya

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil