Cerita Dapur VS Prinsip Mengukuhkan Akidah
الحمدلله والصلاة والسلام على رسولالله وعلى
اله وصحبه ومن
اتبع هداه
Alhamdulillah, ibu amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana banyak urusan ibu dipermudahkan tanpa memikir urusan di dapur lagi. Teringat tazkirah Ustaz Budi Ashari, realiti masyarakat sekarang terlalu menekankan aspek 'makan' mengisi perut ikut nafsu berbanding mencari makanan 'roh' meningkatkan iman. Sejak remaja, memang berada di dapur adalah agenda paling ibu tidak suka, namun ter'paksa' kerana kasihan melihat emak terlalu penat sampai migrain. Semoga Allah himpunkan roh mak dan abah bersama roh para sidiqqin dan solehin
Sejak berumah tangga tahun 1985, jika berlama-lamaan di dapur ibu akan menangis keletihan, terasa banyak masa buat kerja yang tidak aula, sedangkan banyak lagi kerjaya yang lebih utama perlu ibu lakukan. Mujur Allah hantar beberapa pembantu rumah (Erna@sebelum 1990, Siti Ruqayyah@sebelum 1992 dan Ikem Safitri hingga tahun 2009 dan hingga sekarang Rohaya) yang setia meringankan kerja di dapur. Ibu akan berada di dapur jika ada kerjasama padu pembantu rumah mengemas semula dapur tersebut. Tanpa pembantu rumah, jarang sekali dapur akan berasap. Inilah kelemahan ibu yang anak-anak dan cucu-cucu kena faham.
Setelah bermuhasabah baharu ibu dapat kenalpasti punca ibu sering 'tertekan' atau stress hingga rasa nak lari mencari tempat yang tiada dapur. Hakikatnya memang ibu sering 'lemas' berada di dapur. Kini agenda makan menjadi agenda terakhir dan tidak penting lagi dalam hidup ibu. Jadi, sesiapapun, anak kandung mahupun anak tiri, usahlah berharap ibu sering berada di dapur. Bersyukurlah Allah kurniakan kesabaran menjadi peneman suami sahaja.
Jika ditakdirkan Allah, panjang umur, harapan ibu di hujung usia ini, tidak mahu fikir urusan dapur lagi. Ibu sudah ber'wasiat' dengan anak ibu, ibu hanya perlukan bilik yang ada toilet tanpa dapur. Ibu ingin menikmati dan mewarisi sunnah keluarga Rasulullah SAW makan apabila lapar, jika tiada makanan, sebaiknya berpuasa.
Sejak kebelakangan ini, sudah dua bulan ibu sering adakan halaqah di Melati Cafe. Tak perlu fikirkan buat persiapan 'makan'. Cuma modalkan RM6.00, staff cafe sediakan minuman untuk 10 orang. Bab makanan, ahli halaqah oder dan bayar sendiri. Tuan punya Cafe rasa seronok, anak-anak halaqah ibu memeriahkan suasana cafenya.
![]() |
Halaqah Maratus solehah~ Di Melati Cafe 1 November 2019 |
Ibu ingin sisa-sisa umur yang ada untuk mendalami Deeniyah yang sebelum ini sering ibu abaikan. Semoga Allah ampuni segala dosa ibu di atas kecuaian semasa muda tidak mengutamakan Al-Qur'an, sunnah, seerah nabawiyah.Semakin mendalami, rasa semakin banyak yang ibu tertinggal, mudah-mudahan sempatlah ibu mengejarnya sebelum ajal menjemput.
![]() |
Bersama pemudi Haluanita ~ Pewaris dakwah & Tarbiyah |
Alangkah ruginya masa berlalu, umur kita disia-siakan tanpa memahami akidah yang salim. Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam @ 'Maza Ya'ni... ditulis oleh ulamak Fahty Yakan sepatutnya kita kena faham sampai menjadi darah daging sepanjang hayat kita.
![]() |
Khazanah yang cukup berharga... ' |
Alhamdulillah melalui Daurah Murabiyyah setiap bulan murabbi kami sentiasa mengulang-ulang sekurang-kurangnya satu prinsip sebagai bahan ulang kaji agar kami sentiasa ingat bahawa setiap aktiviti akan menjadi ibadah jika kami sedar dan faham 19 prinsip tersebut menjadi akar tunjang dalam memurnikan ubudiyyah hanya kepada Allah.
Menurut Ustazah Khairol Badriah, "19 prinsip ni kita kena hafaz sampai hadham supaya semua ibadah kita,ada akidah...." Beliau mengemas kini agar mudah difahami dan dihafal seperti berikut:
1. Saya mesti yakin yang mencipta alam ini adalah Allah.Dia Maha Bijaksana,lagi Maha Mengetahui.DIA tidak perlu pun sebarang petolongan dari makhluk atau sesiapapun
Semua ciptaan Dia, amat indah, tersusun rapi dan terjamin pula keselamatan sebab Dia kan Maha Berkuasa? 😁
2.Saya mesti yakin Allah tidak cipta alam ni sia-sia, main-main, atau tanpa sebarang tujuan.. Kalau Dia buat lagu tu, tu tak layak bagi Allah sebab Allah ni sifat Dia Maha sempurna
3.saya yakin Allah telah utus Rasul2,walaupun saya tak pernah jumpa dan tengok. Tujuan Allah utus, nak ajaq kita kenai Allah,tahu matlamat hidup dan kemana akhirnya kita ni..
Allah perkuatkan Rasul dengan mukjizat Al-Quran
4. Saya beriman dan yakin hidup ni untuk kenai Allah,beribadah ,taat kat Dia
5.saya mesti yakin syurga untuk mukmin yg taat,neraka tu tempat siksa bg yg kafir
6.saya mesti yakin bhw manusia boleh dpt kbaikan dan kjahatan melalui daya usaha,ikhtiar dan kehendaknya. Walaupun begitu, saya tidak akan dapat kebaikan kecuali dengan pertolongan Allah.
Saya juga tidak akan terjerumus dalam kejahatan kecuali dengan kehendak Allah. Semua terjadi dalam lingkungan izin dan kehendak Allah...
7. Saya mesti yakin bahawa syariat, undang-undang, hukum-hukum adalah hak Allah...kita tidak boleh guna pakai hukum sendiri...kena rujuk wahyu..bukan nafsu
8. Saya mesti belajar dan usaha untuk tahu nama-nama Allah...Asmaul Husna, sifat-sifat yang layak bagi Allah...
9. Saya mesti fikir tentang ciptaan Allah, jangan fikir tentang zat Allah kerana akal kita memang tidak mampu memikirkannya.
10. Saya mesti kenal sifat-sifat Allah yang menunjukkan kesempurnaan-Nya
11. Saya mesti yakin bahawa pendapat dan pandangan para salaf lebih utama untuk diikuti supaya dapat selesaikan berbagai perbahasan..
jika ada perselisihan, jangan biar ia berlarutan sampai timbul perbalahan..
rujukan..surah Al Maidah ayat 44,45,47,50
12.saya mesti mghambakan diri kepada Allah@beribadah hanya kepada-Nya,tidak mensyirikkan-Nya. Semua ini saya lakukan kerana taat kepada Allah dan Rasul. Saya tidak tunduk kepada selain Allah...
13. Saya mesti takut hanya kepada Allah. Saya tidak boleh takut kepada yang lain. Perasaan inilah yang menyebabkan saya menjauhi semua larangan-larangan Allah sebab saya takut Allah marah@murka kepada saya.
Comments
Post a Comment