Khutbah Idul Adha Yang Menginsafkan



Ujian sungguh bagi umat Islam di Rohingya...Setiap kali mendengar berita, video dan gambar di media sosial, pasti menitis air mata ini, membayangkan penderitaan saudara kita di sana.
Berderai air mata menonton you tube khutbah Idul Adha dan doa Ustaz Hidayat ...

Cukuplah sekadar menjadi manusia wahai pemimpin Mynmar...Ustaz ini mengulangi kata-kata Recip Taiyyib Erdogan suatu ketika dahulu

Giatkan doa sepanjang masa tanpa jemu. Insya Allah; moga Allah makbulkan doa kita.
Peristiwa Allah hancurkan kaum yang zalim  seperti kaum Firaun, Ad dan Thamud  serta  banyak lagi kisahnya dalam Al Quran  pasti akan berulang lagi, bakal  menimpa kaum yang zalim di Myanmar, Zionis dan seumpamanya di alaf siber ini. Mereka bakal menerima azab yang amat pedih kerana sifat kehaiwanan itu...Perhitungan  Allah  yang  Al-Hakim, tidak pernah salah.

Ya Allah satukanlah jiwa para pemimpin umat Islam sedunia...
Sentuh jiwanya agar sentiasa perihatin dan mengambil berat tentang penderitaan umat Islam yang dizalimi seluruh pelusuk dunia khususnya di Myanmar
                                           Deen Islam tersebar berkat pengorbanan Rasulullah SAW

Dalam kesedihan mendoakan mereka  yang ditimpa  musibah di sana...
Sempena Idul Adha tahun ini, rasa terhibur dengan ilham kurniaan Allah, paling memeriahkan ibu & keluarga setakat ini. Alhamdulillah
2 tahun berturut-turut hanya menyaksikan haiwan korban disembelih dan dilapah di sebelah rumah.
Rasa tidak meriah hanya setakat itu,  macam ada yang tak kena dan ibu akan rasa bersalah jika tidak mulakannya terlebih dahulu.
Idul Adha kali ini ibu berpakat dengan keluarga hendak masak sop untuk petugas yang melapah serta mengajak jiran terdekat.
Persoalan yang timbul...
Laratkah?  dan  Siapa yang  nak tolong?
Ibu Tawakkal... malu nak mengemis pertolongan dengan makhluk dengan pelbagai alasan...last sekali jawapannya  pasti "tak payah buat"
Niat baik, pasti Allah akan tolong, Ibu amat yakin Allah pasti akan tolong. Insya Allah

Anak menantu  yang balik pula tengah sarat hamil, ibu faham mereka tak terdaya namun tetap  bantu setakat yang boleh,
Alhamdulillah, moga Allah permudahkan anak bersalin pada pertengahan bulan September, manakala menantu bungsu pula awal bulan Oktober, Insya Allah...

Subhanallah, Allah Yang Maha Mengatur segala Urusan...tanpa diduga,  Allah hantar ansor, ustazah Aminah, jiran kami menawarkan diri  mengetuai misi masak sop sampai siap. Ibu tunggal yang membantu rumah tangga sejak tujuh tahun lalu  turut serta membantu bersama  adiknya yang baik hati menolong hingga semua tetamu habis ziarah kami. Syukur mereka dua beradik  menawarkan khidmat membantu hingga selesai ...Alhamdulillah
Proses masak lebih cepat dengan adanya periuk Noxxa hadiah anak sulung, tahun lepas
Anak sulung tak dapat bersama kerana ibu mertuanya  beraya di rumahnya dan ramai tetamu, adik beradik suaminya yang ziarah ibu mertuanya yang agak uzur

Ya Allah terima kasih, membahagiakan aku di Idul Adha, hari Jumaat yang penuh barokah ini, tetamu-tetamu yang datang membawa pelbagai rezeki yang membahagiakan kami, khususnya ukhuwwah dan  doa para murabbi dari Aceh dan Timur Tengah datang  bersama ahli keluarga masing-masing..
Insya Allah semoga pertolongan-MU yang lebih baik menyusul pada Aidil Adha  1439 (tahun hadapan), jika belum sampai masanya ibu syahid  di bumi Nabi..
Agak terharu, ada jemputan untuk kami esok dan lusa yang buat jamuan yang sama seperti yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah semakin ramai yang ikhlas dan berani buat jamuan masak daging kurban mengerat silaturahim dan mengukuhkan ukhuwwah fillah. Semoga menjadi rutin tahunan yang membahagiakan ahli keluarga kesan pengorbanan ini. Insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil